Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Yang Muda Dikasihi, Yang Tua Dihormati

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nabi bersabda "Bukan dari golongan kami yang tidak mengasihi orang yang lebih __________ dan tidak _________ orang yang lebih tua".


Pilih jawapan yang betul

a)

muda......mengasihi

b)

muda.......memuliakan

c)

tua.......membenci

d)

tua ......menyukai

2.

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا


Maksud hadis di atas ialah

a)

Bukan termasuk golongan kami orang yg tidak menyayangi orang yg lebih muda dan tidak menghormati orang yg lebih tua

b)

Sesungguhnya setiap amal itu dimulakan dengan niat

c)

Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman

3.

Adab mengasihi orang muda ialah

a)

Berbicara dengan nada yang mesra

b)

sopan santun dalam berbicara

c)

Bersikap lemah lembut

4.

Adab menghormati orang tua ialah

a)

Memanggil dengan panggilan terhormat

b)

Melihat mereka dengan penuh kasih sayang

c)

Menunjuk contoh teladan yang baik

5.

Hadis penting kerana hadis sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran.

a)

betul

b)

salah

6.

Berikut adalah adab mengasihi orang muda, KECUALI

a)

Berbicara dengan nada yang mesra

b)

Menasihati dengan kata-kata yang baik

c)

Menunjukkan contoh teladan yang baik

d)

Berbicara dengan nada yang tinggi dan kasar

7.

Berikut adalah adab menghormati orang tua, KECUALI

a)

Memanggil dengan panggilan terhormat.

b)

Bersopan santun semasa berbicara

c)

Bersikap lemah lembut

d)

Berbicara dengan nada yang tinggi

8.

KELUARGA HIDUP BAHAGIA

adalah antara kesan mengamalkan adab mengasihi orang yang lebih muda.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

HIDUP TIDAK DIBERKATI

adalah antara kesan menghormati orang yang lebih tua.

a)

SALAH

b)

BETUL

10.

SUKA MELAWAN CAKAP IBU BAPA

adalah satu perbuatan yang tidak baik dan berdosa.

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Berdasarkan video tersebut, apakah yang Omar dan Hana lakukan?

a)

Omar dan Hana tidak ikut cakap ibu bapanya

b)

Omar dan Hana menolong ibu bapanya.

12.

Kita dituntut supaya mengasihi orang yang lebih ___________.

a)

Tua

b)

Berumur

c)

Muda

13.

Lina memberikan tempat duduknya kepada seorang makcik di dalam bas.

Situasi di atas menunukkan Lina ________________________.

a)

mengasihi orang yang lebih muda

b)

menghormati orang yang lebih tua

c)

menyayangi kanak-kanak

14.

Manakah yang berikut adalah kesan mengasihi orang yang lebih muda. Pilih 2 jawapan.

a)

Disayangi dan dihormati

b)

orang muda lebih sopan

c)

kehidupan semakin tegang

d)

keluarga berpecah belah

15.

Suka menolong ibu mengemas rumah adalah salah satu perbuatan menghormati orang tua

a)

BETUL

b)

SALAH