wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEND. MORAL F1-UNIT 9: KESELAMATAN TEMPAT TINGGAL

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ancaman keselamatan yang berlaku di kawasan kediaman KECUALI

a)

pecah rumah

b)

peras ugut

c)

penculikan

d)

rompakan bersenjata

2.

Siapakah yang berperanan besar dalam menangani ancaman terhadap keselamatan keluarga anda?

a)

diri sendiri dan keluarga

b)

pemimpin masyarakat

c)

polis

d)

jiran

3.

Pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan penduduk atau komuniti sesebuah kediaman ialah ___________(lebih dari satu jawapan)

a)

setiap penghuni kawasan kediaman

b)

ahli Rukun Tetangga

c)

anggota keluarga

d)

semua pilihan jawapan

4.

Untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman, pelbagai usaha boleh diambil oleh penghuni kawasan kediaman tersebut. Antaranya adalah dengan mewujudkan

a)

Penubuhan Rukun Tetangga

b)

Skim Rondaan Sukarela

c)

Pengawal Keselamatan

d)

Pasukan Tentera

5.

Pilih langkah yang perlu dipraktikkan oleh setiap penghuni di kawasan kediaman.

a)

Menjaga keselamatan anggota keluarga masing-masaing sahaja.

b)

Membiarkan pintu pagar terbuka tanpa dikunci.

c)

Mudah percaya orang yang tidak kenali apabila dia menghulurkan bantuan.

d)

Sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran.

6.

Berikut adalah beberapa cara untuk menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kediaman kecuali.

a)

Sentiasa bertegur sapa

b)

Menghormati jiran tetangga.

c)

Menjemput jiran ketika sambutan perayaan.

d)

Saling bermasam muka sesama jiran tetangga.

7.

Berikut adalah peranan anda dalam menjaga keselamatan anggota keluarga kecuali

a)

Menjaga adik-beradik ketika ketiadaan ibu bapa.

b)

Membiarkan anak bermain di luar rumah tanpa pengawasan.

c)

Mengunci pintu dan pagar rumah.

d)

Tidak bercakap dengan orang yang tidak kenali.

8.

Mengapakah keselamatan kawasan kediaman perlu dititikberatkan?

a)

Supaya gejala negatif semakin berleluasa.

b)

Supaya keharmonian penduduk dapat dijaga.

c)

Supaya penduduk kawasan kediaman hidup dengan ketakutan.

d)

Supaya penduduk kawasan kediaman menjadi mangsa jenayah.

9.

Berikut ialah beberapa program yang boleh dijalankan untuk mengenali penghuni kawasan kediaman demi menjaga keselamatan kawasan kediaman kecuali

a)

Aktiviti gotong royong.

b)

Majlis rumah terbuka.

c)

Sambutan hari jadi

d)

Hari keluarga

10.

Pilih kelebihan penubuhan pasukan Rukun Tetangga dikawasan kediaman

a)

Semua penghuni di kawasan kejiranan saling mengenali

b)

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan jiran yang berlainan bangsa

c)

Kawasan kediaman selamat daripada ancaman luar

d)

Semua pilihan jawapan

11.

Berikut ialah panduan keselamatan rumah ketika pulang ke kampung pada musim perayaan kecuali

a)

Meninggalkan kunci rumah kepada pengawal keselamatan

b)

memaklumkan kepada jiran dan polis sekiranya anda pulang ke kampung

c)

Membatalkan langganan surat khabar

d)

Tidak meninggalkan sebarang tanda bahawa anda tiada dirumah

12.

Apakah kesan terhadap keselamatan kawasan kediaman sekiranya tiada nilai kerjasama dan tanggungjawab antara penghuni kawasan kediaman?

a)

Penghuni saling membantu antara satu sama lain

b)

Penjenayah mudah memasuki kawasan kediaman

c)

Penghuni hidup dengan aman

d)

Penghuni berasa gembira

13.

Nyatakan perasaan anda apabila keselamatan kawasan kediaman anda terpelihara.

a)

Sedih.

b)

Marah.

c)

Gembira.

d)

Belas kasihan.

14.

Jika keselamatan kawasan kediaman anda sering diancam, anda hendaklah menghadapi ancaman tersebut dengan sabar dan tabah. Penyataan tersebut merujuk kepada nilai

a)

Kasih sayang

b)

Kerajianan

c)

Tanggungjawab

d)

Kerjasama

15.

Apakah tindakan anda jika melihat kejadian jenayah ragut?

a)

Menghubungi pihak polis.

b)

Memanggil ambulans.

c)

Mengejar peragut.

d)

Menelefon ayah.