WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Penunggang- penunggang motosikal mencari tempat _____________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
berteduh
bernaung
bermalam
bersembunyi
Polis dan tentera bersiap sedia untuk mengawal keadaan yang semakin ___________ itu.
getir
keruh
bising
genting
Pasar Raya Super Jimat akan membuat ____________ harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Krismas
turunan
menurun
keturunan
penurunan
Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber telah ditubuhkan _________ membanteras jenayah penipuan atas talian yang semakin berleluasa.
bagi
pada
oleh
tentang
Pokok-pokok padi yang _________ ditiup angin itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.
berkibar-kibar
melambai-lambai
bergoyang-goyang
berlenggok-lenggok
Akibat sikapnya yang ___________ batas, syakir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa persetujuan bapanya.
terlampau
melampau
melampaui
melampau-lampau
Peribahasa yang berikut membawa maksud manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu dengan yang lain, kecuali
lain mangkuk, lain cawan
seperti peluru dua setuangan
rambut sama hitam, hati lain-lain
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Puan Hasnita berasa gembira kerana akhirnya kedua-dua anaknya sudah berbaik semula setelah berselisih faham. hal ini diibaratkan
pahit dahulu, manis kemudian
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Peribahasa " pukul anak sindir menantu" bermaksud
membuat dua kerja sekali gus
memburuk-burukkan nama baik keluarga
mencela orang lain tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi
mengatai-ngatai orang, tetapi sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada orang lain
Peribahasa yang berikut membawa maksud sikap tidak kenang jasa iaitu apabila mendapat sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik dilupakan, kecuali
habis madu sepah dibuang
menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang
