wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

peribahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Maksud peribahasa tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

a)

sesuatu yang masih segar dalam ingatan

b)

persahabatan yang kekal

c)

Adat / sesuatu yang tidak berubah / kekal

2.

Maksud peribahasa alah membeli, menang memakai ialah

a)

pembelian secara boros tetapi barang tidak digunakan

b)

sesuatu barang dibeli dengan harga yang agak mahal tetapi berkualiti dan mampu bertahan lama.

c)

kalah dalam permainan tetapi secara bermaruah

3.

maksud peribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

a)

pertelingkahan antara suami isteri, lama-lama akan berbaik semula

b)

adik-beradik yang berbaik-baik, tetap akan bertelingkah juga

c)

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali

4.

Pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu kelihatan sama cantik dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.

a)

bagai cincin dengan permata

b)

bagai langit dan bumi

c)

bagai laut dan pantai

5.

Robert yang berasal dari negara Barat menjalani kehidupan mengikut adat resam penduduk kampung sejak berpindah dua tahun lalu.

a)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

menang sorak, kampung tergadai

6.

Sazali memiliki bakat bermain muzik kerana dahulu ayahnya juga seorang pemuzik.

a)

biar mati anak, jangan mati adat

b)

perigi mencari timba

c)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

7.

Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

a)

lipas kudung

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

8.

Menerima nasib malang yang berterusan.

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

telunjuk lurus, kelingking berkait,

c)

kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi

9.

Melepaskan apa-apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian

a)

ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni

b)

kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

c)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

10.

Saya tidak mahu menjadi seperti ____________ jika saya terus bermain tenis. Pelajaran saya banyak tertinggal.

a)

gunung dikejar tidak akan lari

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran

11.

Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan dan tidak akan memberi alasan lagi kerana _________________

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

c)

menangguk di air yang keruh

12.

" Semua penduduk Rumah Pangsa Seri Rasa hendaklah bersatu hati umpama ______________ menentang pembinaan kolam pembentungan najis di sini" kata pengerusi penduduknya.

a)

kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janji

b)

seikat bak sirih, serumpun bak serai

c)

, Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

13.

Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan ialah

a)

burung terbang dipipiskan lada

b)

umpama langit dan bumi

c)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

14.

Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa musuh dalam selimut ialah

a)

tangan panjang

b)

sudah jatuh ditimpa tangga

c)

gunting dalam lipatan

15.

Peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah ialah

a)

sikit-sikit lama-lama jadi bukit

b)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

anjing menyalak bukit

16.

Peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit sama maksud dengan peribahasa

a)

sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

b)

beri betis hendakkan paha

c)

habis manis, sepah dibuang

17.

Peribahasa telur di hujung tanduk sama maksudnya dengan peribahasa

a)

Usaha tangga kejayaan

b)

telur sesangkak pecah sebiji pecah semuanya

c)

retak menanti belah

18.

Nasihat yang diberikan tidak diambil peduli

a)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

membuang garam ke laut

19.

kerja yang dubuat perlukan kesungguhan

a)

alang-alang berdakwat biar hitam

b)

longgar sendat,lapang bertukul

c)

genggam bara api biar sampai jadi arang

20.

Hubungan yang mesra dan akrab

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai hempedu lekat di hati

c)

bagai dakwat dengan kertas

21.

Cikgu selalu berpesan kepada saya agar sentiasa berwaspada dengan perkara di sekeliling sebelum ditimpa apa-apa kejadian tidak diingini.

a)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

sirih pulang ke gagang

22.

Emak sukar membuat pilihan apabila melihat pelbagai warna dan corak fabrik ketika mengunjungi sebuah gedung pakaian terkenal di Kuala Lumpur.

a)

bawa berunding

b)

hilang akal

c)

rambang mata

23.

Jika tidak dipantau dengan sungguh-sungguh, ada sahaja peniaga yang akan menaikkan harga barang-barang ekoran kenaikan harga petroleum.

a)

menangguk di air keruh

b)

menahan lukah di pergentingan

c)

lain orang lain hatinya

24.

Setelah berkerja dan berjaya menjawat jawatan yang tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya sakit

a)

habis madu sepah dibuang

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

seperti ulat melupakan daun

25.

Cikgu Khairul berharap Adam dapat menjaringkan gol dalam perlawanan itu kerana Adam merupakan pemain harapan sekolah.

a)

ayam tambatan

b)

tulang belakang

c)

orang harapan

26.

Ikram bukan sahaja pandai menggelecek bola malahan berlari laju mengejar bola menewaskan pemain lawan.

a)

lipas kudung

b)

cari nama

c)

darah muda

27.

keuntungan besar yang diperoleh tanpa perlu berusaha

a)

durian runtuh

b)

rezeki terpijak

c)

gila harta

28.

Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat tetapitidak semudah yang disangkakan

a)

kucing kurap

b)

kutu embun

c)

jinak-jinak merpati

29.

Orang yang mengaut keuntungan yang tinggi

a)

darah muda

b)

lintah darah

c)

cekik darah

30.

Raja yang memerintah

a)

payung mahkota

b)

singgahsana raja

c)

mahkota diraja