wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Keanjalan Harga Penawaran

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Jika nilai pekali keanjalan harga penawaran bagi barang H adalah 2.0, kenaikan harga sebanyak 40% akan menyebabkan kuantiti ditawar ...

a)

naik sebanyak 20%

b)

naik sebanyak 80%

c)

turun sebanyak 20%

d)

turun sebanyak 80%

2.

Keanjalan harga penawaran pakaian adalah 3.0. Kenaikan harga pakaian daripada RM10 kepada RM12 akan meningkatkan jumlah penawaran pakaian daripada 1 000 unit kepada berapa unit?

a)

1 006 unit

b)

1 060 unit

c)

1 066 unit

d)

1 600 unit

3.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri keanjalan harga penawaran yang anjal?

a)

Nilai keanjalan adalah kurang daripada satu

b)

Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan

c)

Kuantiti ditawarkan bagi barang adalah sangat sensitif terhadap perubahan harga

d)

Apabila harga menurun banyak, kuantiti yang ditawarkan akan berkurang sedikit sahaja

4.

Peratus perubahan kuantiti barang Z adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang Z. Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi barang Z?

a)

Anjal

b)

Anjal satu

c)

Tak anjal

d)

Anjal uniti

5.

Antara yang berikut, barang yang manakah mempunyai pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada satu?

a)

Kereta

b)

Komputer

c)

Televisyen

d)

Kelapa sawit

6.

Antara yang berikut, yang manakah akan menyebabkan penawaran barang T anjal?

a)

Firma mempunyai stok barang T yang banyak

b)

Mobiliti faktor pengeluaran barang T adalah rendah

c)

Bilangan firma yang mengeluarkan barang T adalah sedikit dalam pasaran

d)

Penambahan kuantiti barang T memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar

7.

Pernyataan berikut, yang manakah betul?

a)

Semakin banyak firma yang mengeluarkan sesuatu barang, semakin anjal penawaran barang tersebut

b)

Penawaran sesuatu barang adalah anjal jika firma mempunyai inventori yang banyak.

8.

Nilai pekali keanjalan harga penawaran bagi barang X adalah 1.8. Apakah barang yang sesuai bagi barang X?

a)

Beras

b)

Daging

c)

Telefon

d)

Getah

9.

Penawaran barang Z menjadi anjal jika…

a)

Bilangan firma sedikit

b)

Faktor pengeluaran sukar dicari

c)

Jangka masa panjang

d)

Pertambahan kos pengeluaran yang banyak

10.

Antara yang berikut, barang yang manakah mempunyai pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada satu?

a)

Kereta

b)

Komputer

c)

Televisyen

d)

Kelapa sawit