Font size
WorksheetsBab 3: Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Organisasi manakah yang merupakan contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah.
Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?
Spesifik (Specific)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (Attainable)
Jangka masa (Time frame)
"Restoran Taj Banana Leaf diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan operasinya selama dua minggu disebabkan oleh melanggari peraturan penyediaan makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa."
Apakah jenis kos yang perlu ditanggung oleh mereka?
Kos tetap
Kos berubah
Kos separa berubah
Kos pengeluaran
Apakah penyediaan perkhidmatan?
Menjalankan tanggungjawab sosial demi menjaga kebajikan ahli masyarakat
Menjalankan tanggungjawab sosial demi menjaga kebajikan ahli organisasi
Penawaran produk yang baharu atau memperbaik mutu produk yang sedia ada demi menarik minat pelanggan
Penawaran perkhidmatan yang baharu atau memperbaik mutu perkhidmatan yang sedia ada demi menarik minat pelanggan
Apakah objektif fungsian?
Objektif umum seluruh organisasi
Objektif umum seluruh fungsian
Objektif untuk setiap jabatan dalam organisasi
Objektif untuk setiap unit dalam organisasi
Apakah peranan pihak di peringkat atasan dalam organisasi?
Mengawal pekerja di bahagian operasi
Mengagihkan sumber-sumber organisasi
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus
Menentukan hala tuju jangka panjang organisasi
Boboi Sdn Bhd
Sewa RM4500
Kos Bahan Langsung RM13
Kos Buruh Langsung RM22
Harga Jualan Seunit RM50
Hitung Titik Pulang Modal Boboi Sdn Bhd.
150 unit
250 unit
300 unit
350 unit
Apakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?
Ekonomi
Sumber manusia
Sosiobudaya
Undang-undang
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Analisis yang berikut, manakah merujuk kepada kelemahan faktor dalaman?
Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing
Pekerja yang kurang berkemahiran
Kewujudan teknologi baharu
Muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing
Antara berikut yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai objektif?
Jualan merosot
Imej terjejas
Menghentikan pembayaran balik hutang
Menghentikan pembelian bahan mentah atau barang niaga
Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kedai
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?
Pemilik meningkatkan bilangan pekerja
Pemilik mengubah lokasi perniagaan
Hasil meningkat dari semasa ke semasa
Pemilik membawa masuk modal tambahan
Apakah maksud syer pasaran?
A. Jumlah penduduk yang terdapat di sesebuah pasaran
B. Jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran
C. Peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan
D. Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan
Apakah contoh kos berubah?
A. Sewa Kilang
B. Upah Buruh
C. Insurans Kilang
D. Susut nilai mesin
