Font size
WorksheetsJADUAL BERKALA WITH TC. aNiM
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Saiz atom natrium lebih besar daripada atom klorin. Pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan maklumat ini ?
Bilangan prroton natrium lebih kecil
Bilangan elektron valens dalam natrium lebih kecil
Bilangan petala dipenuhi elektron dalam natrium lebih besar
Daya elektrostatik antara nukleuys dan elektron valens natrium lebih kuat
Unsur M dan N masing - masing mempunyai susunan elektron 2.8.3 dan 2.8.7. M dan N bukan simbol sebenar unsur - unsur itu. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur - unsur tersebut dalam Jadual Berkala ?
Kala yang sama, kumpulan yang berbeza
Kala yang sama, kumpulan yang sama
Kala yang berbeza, kumpulan yang berbeza
Kala yang berbeza, kumpulan yang sama
Unsur X terletak dalam kumpulan yang sama dengan natrium dalam Jadual Berkala Unsur. Antara berikut yang manakah sifat X ?
I. Membentuk satu oksida berasid
II. Membentuk sebatian berwarna
III. Membentuk satu larutan alkali apabila ia bertindak balas dengan air
IV. Membentuk satu garam terlarutkan apabila ia bertindak balas dengan klorin
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara berikut oksida yang manakah akan membentuk larutan berasid apabila dilarutkan dalam air ?
SO2
Na2O
MgO
ZnO
Antara gambar rajah berikut, yang manakah mewakili susunan elektron bagi suatu unsur Kumpulan 1?
Pernyataan manakah unsur yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan itu dalam Jadual Berkala?
Bilangan proton bertambah
Jisim atom relatif bertambah
Bilangan elektron valens bertambah
Bilangan petala yang berisi elektron bertambah
Rajah menunjukkan kaedah menyimpanan satu unsur.
Mengapakah kaedah ini digunakan?
Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan cahaya matahari
Unsur itu adalah toksik dan berbahaya
Unsur itu adalah reaktif dan mudah meruap
Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan oksigen dalam udara
Apabila menuruni kumpulan 1, kereaktifan unsur dalam kumpulan ini
bertambah
berkurang
Unsur X ditempatkan dalam kumpulan 13 dan Kala 3 pada Jadual Berkala Unsur. Apakah susunan elektron bagi atom X ?
2.8.3
2.8.3
2.18.3
2.8.8.3
I dan II
III dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara yang berikut yang manakah merupakan unsur Kala 3 dan boleh membentuk oksida amforterik ?
W
X
Y
Z
Ciri manakah yang berikut BETUL tentang unsur - unsur dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur apabila menuruni kumpulan ?
Keamatan warna berkurang
Keadaan fizikal berubah daripada cecair kepada gas
Kereaktifan bertambah
Kecenderungan menerima elektron berkurang
Sedikit logam natrium dimasukkan ke dalam air membentuk suatu larutan. Antara berikut yang manakah boleh bertindak balas dengan larutan ini ?
Larutan kalium karbonat
Larutan hidrogen klorida
Ammonia akueus
Larutan litium hidrogen karbonat
Bahan manakah adalah oksida bes ?
Aluminium oksida
Nitrogen dioksida
Natrium oksida
Sulfur dioksida
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan sifat kimia yang sama bagi ahli kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur ?
Mempunyai bilangan proton yang sama
Mempunyai bilangan petala elektron yang sama
Mempunyai bilangan elektron valens yang sama
Menunjukkan sifat fizik yang sama
Dalam pembinaan JAdula Berkala Unsur-unsur, ahli sains manakah yang meninggalkan tempat-tempat kosong untuk unsur-unsur yang belum lagi ditemui?
Dimitri Mendeleev
Henry Moseley
Lothar Meyer
Antoine Lavoisier
Ciri istimewa bagi logam peralihan......
pepejal lembut
larut dalam air
boleh bertindak sebagai mangkin
Unsur yang manakah boleh membentuk sebatian berwarna?
I Kalium
II Barium
III Ferum
IV Kuprum
I dan II
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan keelektronegatifan?
Keupayaan atom untuk membebaskan elektron
Keupayaan atom untuk menerima elektron
Unsur....... untuk mengisi lampu papan iklan
Helium
Neon
Argon
Unsur yang disimpan dalam minyak parafin.....
Kalium
Magnesium
Kromium
Unsur-unsur dalam sebatian garam ialah
kalsium, karbon dan oksigen
natrium dan klorin
karbon, hidrogen dan oksigen
Unsur merupakan bahan yang paling ringkas. Unsur tidak boleh diuraikan kepada dua atau lebih bahan yang lebih ringkas oleh sebarang kaedah kimia atau kaedah fizikal. Unsur terdiri daripada ________ jenis atom atau molekul yang ________ sahaja.
satu, berbeza
banyak, berbeza
banyak, sama
satu, sama
Berikut merupakan ciri logam
kekonduksian elektrik lemah
ketumpatan rendah
Kekuatan regangan lemah
takat lebur tinggi
_______ mempunyai kedua-dua sifat logam dan bukan logam iaitu semikonduktor yang penting dalam industri elektronik dan komputer
Galium
Stanum
Bismut
Silikon
