wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMSAS- SYAIR SI POHON BULUH

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai kemuncak menara,

Banyak ada ia bersaudara,

Yang ada pula bersama gara.


Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap kedua syair di atas?

a)

Hubungan persaudaraan yang kukuh akan mendatangkan kejayaan walaupun ada kalanya terdapat pelbagai rintangan.

b)

Hubungan manusia dan alam tidak dapat dipisahkan walaupun tinggal di menara yang tinggi.

c)

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara.

d)

Hubungan yang akrab antara anggota masyarakat akan dapat menangkis pelbagai anasir jahat.

2.

Syair Pohon Buluh mempunyai beberapa bentuk dan ciri-ciri iaitu

a)

Bentuk terikat

b)

Mempunyai 4 rangkap

c)

Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap

d)

Mempunyai 4 hingga 6 patah kata dalam setiap baris

e)

Mempunyai 9 hingga 12 suku kata dalam setiap baris

3.

Rima akhir setiap rangkap dalam Syair Pohon Buluh adalah terikat iaitu aaaa.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Terdapat 2 unsur bunyi di dalam Syair Pohon Buluh iaitu asonansi dan aliterasi.

a)

Salah

b)

Betul

5.

Berikut merupakan nilai yang boleh dikenalpasti dalam Syair Pohon Buluh kecuali

a)

Keadilan

b)

Bertanggungjawab

c)

Persaudaraan

d)

Kasih sayang

6.

Berapakah rangkap Syair Pohon Buluh?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

7.

Apakah persoalan berkaitan syair pohon buluh?

a)

Hidup dalam keadaan bermusuh-musuhan

b)

Benci akan kedamaian hidup

c)

Menikmati hidup yang mewah

d)

Anggota masyarakat yang hidup bersaudara

8.

Berikut merupakan bentuk Syair Pohon Buluh KECUALI

a)

Terdiri daripada empat rangkap

b)

setiap rangkap mempunyai lima baris

c)

Rima akhir aaaa

d)

Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.

9.

Antara yang berikut, manakah persoalan yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh?

a)

Bersyukur dengan usaha yang telah dicurahkan

b)

Penjagaan kesihatan amat perlu bagi mengelakkan obesiti.

c)

Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat

d)

Tidak bersopan dalam bertutur

10.

Bagaimanakah cara untuk menentukan rima sebuah syair?

a)

Berdasarkan huruf paling awal

b)

Berdasarkan huruf paling akhir

c)

Berdasarkan perkataan paling awal

d)

Berdasarkan perkataan paling akhir

11.

“Gelapnya di dalam seperti malam”

(Baris 2, Rangkap 4)


Nyatakan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap pantun tersebut?

a)

Aliterasi

b)

Asonansi

c)

Simile

d)

Pengulangan kata

12.

“Pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan darjat”


Pernyataan tersebut merujuk kepada makna rangkap syair yang ke berapa?

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

d)

Rangkap 4

13.

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada Syair Pohon Buluh tersebut?

a)

Kita mestilah menjaga diri kita dan orang lain

b)

Kita haruslah hidup dalam semangat persaudaraan yang kukuh

c)

Kita seharusnya berganding bahu dalam membanteras jenayah di negara ini

d)

Kita perlulah memastikan semua anggota masyarakat hidup dalam keadaan yang selamat

14.

ikatnya licin di luar di dalam,

Gelapnya di dalam seperti malam,

Air tak tiris seperti kolam,

Ikat tingkatnya tak nampak alam.


Apakah maksud kata tiris?

a)

Putus

b)

Bocor

c)

Darjat

d)

Hilang

15.

Bagaimanakah keadaan menara yang terdapat dalam rangkap pertama syair?

a)

dipenuhi pekerja di dalamnya dimana ketua sedang menunjukkan cara kerja yang betul dan ada pengawal menjaga keadaanya.

b)

rendah dan tidak bertingkat, mempunyai sekatan antara bilik, ada tangga naik dan mata- mata menjaga segenap pangkat

c)

tinggi dan penuh perkerja yang sedang melakukan tugas masing- masing.

d)

tinggi dan banyak bertingkat, tiada sekatan antara bilik, tidak bertangga naik melekat, dan mata- mata menjaga segenap pangkat