Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ADAB TAHUN 5 : BERJUAL BELI DENGAN BERHEMAH

Total questions: 25

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Jual beli ialah ___________ harta yang memberikan kesan pemberian pemilikan secara kekal terhadap objek harta atau manfaat.

a)

akad pemilikan

b)

akad pembayaran

c)

akad tunai

2.

Lengkapkan dalil jual beli.

................وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيعَ

a)

وَحَرَّمً الرِّبَواْ

b)

وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيعَ

c)

الْبَيعَ وَحَرَّمً

d)

وَالرِّبَواْ

3.

وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيعَ وَحَرَّمً الرِّبَواْ

Apakah maksudnya?

a)

Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

b)

Dan Allah mengharamkan jual beli dan menghalalkan riba

4.

Hukum jual beli adalah ____________ selagi memenuhi syarat-syarat jual beli yang ditetapkan serta tidak melibatkan perkara perkara yang diharamkan.

a)

harus

b)

haram

c)

sunat

5.

Adab berjual beli ialah...........

a)

Tidak mengutamakan pelanggan

b)

mengucapkan terima kasih setelah selesai jual beli

c)

ambil keuntungan berlebihan

6.

1.mesra dan mudah senyum

2.jujur,berterus terang dan tidak menipu

3.menjual barang yang berkualiti dan halal

.....Pernyataan berikut merupakan berkaitan...

a)

Adab pembeli

b)

Adab penjual

7.

Berikut ialah adab pembeli KECUALI

a)

Membayar dengan wang palsu

b)

Membeli dengan berhemah

c)

Membeli kerana keperluan

8.

Arak,dadah dan daging babi merupakan barang yang _________ untuk dijual dan di beli oleh umat Islam.

a)

harus

b)

haram

9.

Sebagai peniaga restoran makanan, Puan Aminah sentiasa memastikan kedainya bersih dan makanan yang dihidangkan terjamin bersih dann halal.


Berikut merupakan

a)

Adab penjual

b)

Adab pembeli

10.

Pilih adab penjual yang benar

a)

Ikhlas, dengki dan amanah

b)

Ikhlas , jujur dan amanah

c)

Ikhlas, berpura-pura dan zalim

11.

Kita sangat digalakkan untuk membeli barang mengikut

a)

keperluan jiran

b)

keperluan sendiri

c)

trend semasa

12.

Ciri -ciri jual beli barang yang di benarkan syarak. Pilih penyataan yang SEBALIKNYA

a)

Akad jual beli tiada unsur riba

b)

Ada unsur penipuan dan maksiat

c)

Barang jualan adalah halal dan suci

13.

Akad jual beli hendaklah saling

a)

redha dan bukan paksaan

b)

terpaksa dan dendam

14.

Berikut adalah contoh barang yang HARAM dijual beli kecuali :

a)

Arak

b)

Dadah

c)

Sayur-sayuran

15.

Pilih kepentingan beradab ketika berjual beli terhadap individu.

a)

mendapat pahala dan keredhaan Allah s.w.t

b)

Pembeli dan penjual tidak merasa berpuas hati dan gembira

c)

keberkatan hidup tidak terpelihara

d)

imej islam tidak akan terjaga.

16.

Jika kita semua menjaga adab ketika berjual beli , imej Islam akan ___________

a)

tercemar

b)

terjaga

17.

Pak Abu sentiasa memastikan barangan yang dijual dikedainya dalam keadaan baik dan tidak luput tarikh.


Kesan dari sikap Pak Abu ,perniagaannya semakin....

a)

maju dan dikenali ramai

b)

rugi dan tidak diboikot pelanggan

18.

Apakah hukum mencari rezeki yang halal?

a)

Wajib

b)

Haram

c)

Sunat

d)

Harus

19.

Perniagaan yang diberkati merangkumi penjual , pembeli serta barang jualan yang mengikut _____________

a)

peraturan yang ditetapkan syarak

b)

hukum yang dibina sendiri

c)

peraturan oleh Ah Long

20.

Pilih adab penjual yang benar

a)

Ikhlas, dengki dan amanah

b)

Ikhlas , jujur dan amanah

c)

Ikhlas, berpura-pura dan zalim

21.

Bagaimanakah adab kita ketika di kantin sekolah..

a)

memilih-milih makanan yang beli dengan lama

b)

memotong barisan rakan

c)

merancang dari awal makanan yang hendak dibeli

22.

Berikut ialah contoh yang ditunjuk Rasulullah s.a.w dalam berjual beli, KECUALI..

a)

bertolak ansur

b)

banyak kerenah

c)

jujur dan amanah

d)

menunaikan hak orang lain

23.

Individu yang beradab ketika jual beli akan ...

a)

mendapat murka Allah

b)

berlaku pergaduhan

c)

rasa puashati dan gembira

24.

Apabila beradab dalam jual beli, dari sudut negara akan ...

a)

menjaga kestabilan ekonomi

b)

merosakkan imej negara

c)

negara akan huru-hara

25.

BARANGAN JUALAN MESTILAH DAPAT DISERAH TERIMA DAN PEMBAYARAN HARGANYA DIKETAHUI.

a)

BETUL

b)

SALAH