wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 2 - Sintaksis : Frasa Sendi Nama

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah binaan yang betul bagi frasa sendi nama?

a)

Kata sendi nama + kata arah + kata kerja

b)

Kata sendi nama + kata arah + frasa nama

c)

Kata sendi nama + kata adjektif + keterangan

d)

Kata sendi nama + kata sendi nama + frasa nama

2.

Frasa sendi nama yang manakah tidak mengandungi kata arah?

a)

ke tengah samudera

b)

di samping emaknya

c)

dari Kangar semalam

d)

dari belakang bangunan

3.

Yang manakah BUKAN fungsi bagi frasa sendi nama?

a)

Sebagai subjek

b)

Sebagai predikat

c)

Sebagai pelengkap

d)

Sebagai keterangan

4.

Yang manakah pelengkap bagi pembentukan frasa sendi nama?

a)

Frasa kerja

b)

Frasa nama

c)

Frasa adjektif

d)

Frasa keterangan

5.

Ayat yang manakah mengandungi frasa sendi nama sebagai keterangan waktu?

a)

Kami sedang berkursus di Pulau Langkawi.

b)

Dia bercadang ke Amerika Latin pada bulan lepas.

c)

Mereka akan menghadiri majlis itu dengan kawan-kawan.

d)

Kejadian itu berlaku pada malam tadi di hadapan restorannya.

6.

Yang manakah unsur peluasan bagi frasa sendi nama?


I - Kata arah

II - Kata bantu

III - Kata penguat

IV - Kata penegas

II -

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Ayat yang manakah yang mengandungi frasa sendi nama sebagai penerang?

a)

Amilah cantik seperti ibunya.

b)

Mereka mahu ke Negeri Sembilan.

c)

Rumah di atas bukit itu sudah usang.

d)

Mereka akan tinggal di kampung buat seketika.

8.

Hadiah daripada tunangnya sangat istimewa.


Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas menunjukkan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai

a)

keterangan

b)

pelengkap

c)

penerang

d)

predikat

9.

Yang manakah ayat yang menunjukkan frasa sendi nama sebagai keterangan kepada frasa kerja?

a)

Kamu harus rajin sejak dahulu lagi.

b)

Kita mesti tabah demi kejayaan kita.

c)

Mereka bersoal jawab tentang vaksinasi.

d)

Cuaca petang ini amat cerah seperti waktu tengah hari.

10.

Yang manakah mengandungi penggunaan frasa sendi nama yang tidak tepat?

a)

Dia memandang ke kiri dan kanan.

b)

Haslan bukan ke kedai tetapi ke pantai.

c)

Mereka sudah berhimpun di luar dan dalam stadium.

d)

Bantuan itu untuk anak-anak yatim atau untuk ibu tunggal?

11.

Yang manakah golongan bagi frasa sendi nama?

a)

Frasa endosentrik

b)

Frasa keterangan

c)

Frasa eksosentrik

d)

Frasa tidak utama

12.

Ayat yang manakah yang menunjukkan penggunaan frasa sendi nama sebagai predikat utama ayat?

a)

Kiriman itu dari Pulau Pinang.

b)

Lampu isyarat di selekoh itu sudah rosak.

c)

Ayah memotong dahan pokok dengan gergaji.

d)

Perhubungan mereka berkesudahan dengan perpisahan.

13.

Yang manakah frasa sendi nama yang diperluas dengan kata bantu?

a)

jejaka dari utara

b)

sangat terkenal di situ

c)

masih belum ke sekolah

d)

di penjuru belakang sebelah kanan dewan

14.

Yang manakah binaan frasa sendi nama yang betul?

a)

dari masa ke semasa

b)

ke depan dan di belakang

c)

ke Amerika atau ke Belanda

d)

berlari dengan pantas ke hulu hilir

15.

Yang manakah ayat yang predikatnya BUKAN frasa sendi nama?

a)

Mi kari itu untuk adik bongsunya.

b)

Kucing kesayangannya di rumah nenek.

c)

Murid miskin diberikan makanan percuma.

d)

Penghulu kampung itu ke rumahnya pagi tadi.