NEW
Font size
WorksheetsPRINSIP AKAUN-BAB 1 TINGKATAN 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara yang berikut manakah pengguna luaran penyata kewangan?
Audit Dalaman
Pihak bank
Pihak Pengurusan
Pekerja
Apakah sub bidang perakaunan yang merangkumi skop kerja berkaitan dengan aspek kawalan dan perancangan?
Perakaunan Pengurusan
Perakaunan Kewangan
Pengauditan
Percukaian
Siapakah pengguna dalaman penyata kewangan Kedai Elektrik Lunas?
Pemborong Elektrik Sungai Petani
Penyelia Kedai Elektrik Lunas
Kedai Elektrik Padang Serai
Syarikat Audit Rozaini
Perniagaan Tan telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran belum bayar sebanyak RM800.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?
Ketekalan
Prinsip Kos
Wang sebagai ukuran
Pengiktirafan hasil dan belanja
Pada 1 Januari 2015, Perniagaan Boney telah membeli sebuah jentera pada harga RM80 000. Pada 31 Disember 2019, nilai semasa jentera tersebut telah berkurang kepada RM55 000. Catatan dalam Penyata Kewangan perniagaan masih menunjukkan harga jentera sebagai RM80 000.
Apakah prinsip perakaunan yang bertepatan dengan situasi di atas?
Ketekalan
Prinsip kos
Kos manfaat
Pengiktirafan hasil dan belanja
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
Sistem perakaunan
Konsep perakaunan
Kitaran perakaunan
Prinsip perakaunan
3.Simpan kira adalah proses
Menyediakan maklumat kewangan sesuatu perniagaan
Merekodkan urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
Merekodkan urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu
Mengelas, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
Apakah asas rekod perakaunan?
Kaedah Pacioli
Kaedah Venice
Kaedah perakaunan
Kaedah catatan bergu
Pihak manakah yang menggunakan penyata kewangan untuk mentaksir cukai pendapatan yang dikenakan ke atas syarikat?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat sendirian berhad
Kitaran perkaunan mempunyai berapa peringkat
6
7
8
9
Apakah bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga
Buku Catatan Pertama
Pelarasan
Penyata Kewangan
Dokumen perniagaan
Antara berikut yang manakah bukan sub bidang perakaunan
Percukaian
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Kebolehsahan
Apakah fungsi Perakaunan Pengurusan
Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman
Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan
Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan
Merancang hal-hal percukaian
Apakah yang dimaksudkan dengan Akauntabiliti?
Perlu bersikap jujur dalam semua hubungan profesional
Keupayaan akauntan untuk menyampaikan maklumat
Tanggungjawab individu atau jabatan untuk melaksanakan fungsi tertentu dalam perakaunan
Membuat sesuatu perkara dengan sambil lewa dan tidak cekap
Luca Pacioli adalah Bapa Perakaunan yang mengenalkan
Rekod perakaunan menggunakan tanah liat
Sistem Catatan Bergu
Rekod perakaunan menggunakan kertas
Rekod perakaunan menggunakan kayu
