WorksheetsBahasa istana tahun 3
Total questions: 11
Worksheet time: 2mins
Sultan Muazzam Shah _______________ agar kawalan keselamatan di perairan negara diperketatkan.
berkata
bertitah
bersabda
berfirman
Putera Indera Budiman tidak dibenarkan keluar dari kawasan istana kerana baginda __________.
garang
guring
garing
gering
Setelah kemangkatan Sultan Malik Shah, Raja Muda Kamarulzaman menaiki _________ kerajaan negeri Inderapura.
tangga
tahta
kursi
bahtera
Sepanjang malam Tengku Zarina tidak dapat ___________ memikirkan kesihatan baginda sultan yang semakin tenat.
berjaga
bersiram
beradu
bersantap
Putera bongsu sedang nenyak beradu di _________ peraduan.
tahta
kamar
bilik
istana
Maksud mangkat ialah
Dilahirkan
Meninggal dunia
Berangkat pergi
Dianugerahkan pangkat
Halim sedang mandi di dalam bilik air. Pilih perkataan seerti mandi di dalam bahasa istana
beradu
bertitah
bersiram
berkelana
Seluruh rakyat jelata berdukacita dengan keadaan Sultan Azlan yang sedang ___ di Institut Jantung Negara.
mangkat
masghul
gering
murka
Sultan Mahmud Syah ____ apabila Puteri Gunung Ledang menolak pinangan baginda.
murka
gering
mangkat
masghul
Sultan Terengganu akan menghadiri majlis itu. _________ akan diiringi oleh Menteri Besar Terengganu.
Beta
Tuanku
Baginda
Patik
Baginda Sultan Perak telah _________ ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja - raja Melayu.
beradu
bertitah
berkenan
berangkat
