NEW
Font size
WorksheetsUnit 20 : Latihan Tatabahasa BM Tingkatan 1
Total questions: 15
Worksheet time: 12mins
" _________ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku," kata Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.
Beta
Saya
Patik
Hamba
Ibu sedang __________ ikan yang baru sahaja dipancing oleh abang.
menyiang
mengopek
memotong
mencencang
Pakar forensik itu _________ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.
menilai
meneliti
menganalisis
memerhatikan
Munir menemui sekaki cendawan yang besar __________ mengikuti ekspedisi mendaki gunung.
agar
ketika
kerana
manakala
Dalam perlawanan badminton itu, kedua-dua orang pemain telah memberikan saingan yang ___________.
sengit
tegang
hangat
tangkas
"________, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya !" kata Lina kepada Syamala.
Cis
Wah
Amboi
Aduhai
Adik mengutip duit syiling yang ___________ di atas lantai.
tabur
bertabur
menabur
bertaburan
Kenal pasti sama ada perkataan bergaris betul atau salah.
Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang pintu pagar sekolah sempena temasya sukan tahunan sekolah. Tiada kesalahan
Bendera-bendera
berkibaran
di
Tiada kesalahan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong yang betul.
I Saudara-mara dan sahabat handai mula menziarahi ayah Azim yang sakit kuat di hospital.
II Beberapa buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut yang kuat malam tadi.
III Siew Leng kuat menghadapi semua dugaan yang menimpannya sejak ibu bapanya meninggal dunia.
IV Lelaki yang kuat itu dapat merebahkan lawannya dalam pertandingan gusti.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, II, III dan IV
Ayat yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih penggunaan bahasa yang betul.
Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.
Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini
Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini
Di antara ketiga-tiga hasil pertukangan tangan ini
Antara ketiga hasil kerja pertukangan ini
Pilih ayat yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
Murid yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato pada peringkat sekolah akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato anjuran sekolah akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Peserta pertama, kedua dan ketiga telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Pidato pada peringkat daerah.
Tiga orang murid dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah kerana berjaya meraih tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato pada peringkat sekolah.
Semua pemenang dalam Pertandingan Pidato peringkat sekolah akan mewakili sekolah pada peringkat daerah.
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Kini ramai di antara pendatang-pendatang asing fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
II Banyak perbezaannya antara Johan dengan Johar walaupun mereka merupakan pasangan kembar.
III Linda duduk mencelah di antara Hasnah dengan Dewi di dewan kuliah itu kerana tidak tahan sejuk.
IV Mereka berbincang antara adik-beradik untuk menyelesaikan isu tanah pusaka tinggalan arwah ibu bapa mereka.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Buku cerita saya yang hilang sejak minggu lepas masih belum saya temukan.
II Setiap murid harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
III Sulaiman didenda kerana lewat menghantar buku karangannya kepada Cikgu Aini.
IV Oleh kerana tidak mengulang kaji pelajarannya, Suzie gagal dalam mata pelajaran Sains.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih peribahasa yang betul.
Selepas berlaku perselisihan faham itu, mereka tidak lagi bertegur sapa. Keadaan ini diibaratkan
jauh panggang dari api
air dicencang tiada putus
antan patah, lesung hilang
berkerat rotan, berpatah arang
Pilih peribahasa yang betul.
Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
