wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bidang Feqah Tingkatan 4

Total questions: 60

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.
Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Pernyataan di atas adalah pengertian ...........
a)
haji
b)
miqat
c)
tawaf
d)
umrah
2.
Menziarahi Baitullah al-Haram untuk mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu
Pernyataan di atas adalah pengertian .............
a)
haji
b)
miqat
c)
tawaf
d)
umrah
3.
Apakah hukum mengerjakan haji dan umrah kali pertama bagi yang berkemampuan dan mencukupi syarat?
a)
wajib
b)
sunat
c)
harus
d)
makruh
4.

Ibadat haji yang diwajibkan ke atas umat islam seumur hidup hanyalah..........

a)

satu kali

b)

beberapa kali

c)

selang setahun

d)

berdasarkan kemampuan

5.
Hukum mengerjakan ibadat haji bagi kali kedua ialah ................
a)
harus
b)
sunat
c)
wajib
d)
makruh
6.

Antara yang berikut yang manakah tidak termasuk bulan-bulan haji?

a)

Syawal

b)

Zulhijjah

c)

Muharam

d)

Zulkaedah

7.

Antara berikut adalah syarat-syarat wajib haji kecuali

a)

Islam

b)

Berakal

c)

Suci dari hadas

d)

Berkemampuan

8.

Apakah perbuatan haji bagi gambar ini?

a)

Tawaf

b)

Sa'ie

c)

Bercukur / bergunting

d)

Wuquf di Arafah

9.

Gambar berikut menunjukkan jemaah haji sedang melakukan Sa'ie. Sa'ie dimulakan daripada bukit apa?

a)

Bukit Marwah

b)

Bukit Uhud

c)

Bukit Jabbal Rahmah

d)

Bukit Safa

10.
Tawaf mengelilingi ________ ialah salah satu daripada rukun haji
a)
Bir Ali
b)
Masjid Nabawi
c)
Masjidil Haram
d)
Kaabah
11.

Apa hukumnya jika seseorang itu terlupa atau meninggalkan salah satu rukun haji?

a)

Sah hajinya

b)

Sah hajinya tetapi wajib bayar dam

c)

Tidak sah hajinya dan hendaklah ditunaikan sekali lagi pada tahun akan datang

d)

Tidak sah hajinya tetapi wajib bayar dam

12.

Antara berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

a)

Niat ihram di miqat

b)

Melontar ketiga-tiga jamrah

c)

Wukuf di Padang Arafah

d)

Bermalam di Muzdalifah

13.

Miqat bermaksud

a)

sempadan untuk berniat ihram

b)

sempadan tempat untuk berniat ihram

c)

sempadan masa untuk berniat ihram

d)

sempadan tempat atau masa untuk jemaah haji berniat ihram haji atau umrah

14.

Miqat (a)   ialah sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram

15.

Di dalam ibadah haji juga terdapat miqat zamani. Menurut bahasa miqat zamani bererti?

a)

Batas wilayah

b)

Batas tanah suci

c)

Sempadan tempat

d)

Sempadan waktu

16.

Berikut merupakan tempat untuk miqat bagi penduduk luar Mekah, KECUALI ____________ .

a)

Qarnul Manazil

b)

Yalamlam

c)

Juhfah

d)

Zul Hajarul Aswad

17.

Di manakah jemaah Malaysia akan berniat ihram sekiranya mereka terus ke Madinah untuk beberapa hari, kemudian mereka bergerak ke Mekah.

a)

Juhfah

b)

Qarnil Manazil

c)

Zul Hulaifah /Bir Ali

d)

Zat Iraq

18.

Bilakah jemaah haji perlu berada di Muzdalifah?

a)

bermula pada 9 Zulhijjah

b)

bermula selepas maghrib 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar

c)

selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar

d)

selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga selepas terbit matahari

19.

Bilakah waktu melontar?

a)

selepas azan subuh sehingga terbenam matahari 13 zulhijjah.

b)

selepas azan zohor 13 zulhijjah.

20.

Berapakah bilangan biji batu pada setiap lontaran jamrah?

a)

6

b)

7

c)

21

d)

70

21.

Berikut adalah larangan kepada jemaah lelaki ketika haji dan umrah kecuali

a)

memotong rambut

b)

memakai pakaian berjahit

c)

menutup kepala

d)

menutup muka

22.

Perbezaan antara rukun haji dan rukun umrah hanyalah terletak pada….

a)

Ihram

b)

Tawaf

c)

Wuquf

d)

Sa’i

23.

Antara yang berikut yang manakah larangan ketika ihram khusus bagi wanita?

a)

Memburu binatang darat

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

Memakai minyak rambut di kepala

d)

Menutup muka dan dua tapak tangan

24.

Talbiah adalah amalan (a)   bagi haji dan umrah.

25.

Apakah maksud sembelihan dari segi bahasa?

a)

memotong

b)

menyiang

c)

memintal

d)

memutuskan

26.

Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat __________ dan urat merih.

a)

simpul

b)

tegang

c)

halkum

d)

tengkuk

27.

Apakah hukum sembelihan?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

28.

Rukun sembelihan ada tiga iaitu _________________.

a)

penyembelih, masa dan tempat sembelihan, binatang sembelihan

b)

penyembelih,binatang sembelihan,alat sembelihan

c)

penyembelih,masa dan tempat sembelihan,alat sembelihan

d)

masa dan tempat sembelihan, binatang sembelihan, alat sembelihan

29.

Penyembelih mestilah beragama Islam atau ahli kitab merupakan _______________.

a)

perkara sunat

b)

syarat wajib

c)

syarat sah

d)

rukun

30.

Apakah hukum sembelihan bagi kanak-kanak dan perempuan?

a)

Sah

b)

Tidak sah

c)

Harus

d)

Haram

31.

Majoriti ulama' menyatakan maksud ahli kitab ialah keturunan Bani Israel yang beragama Yahudi dan (a)  

32.

Saluran makanan dikenali juga sebagai urat _________.

a)

tengkuk

b)

halkum

c)

merih

d)

gusi

33.

Apakah hukum bagi memakan janin yang mati selepas ibunya disembelih atau mati dalam perut?

a)

Haram

b)

Halal

c)

Sah

d)

Tidak sah

34.

Tidak menghadap kiblat merupakan _________________.

a)

perkara sunat sembelihan

b)

syarat sah sembelihan

c)

syarat wajib sembelihan

d)

perkara makruh sembelihan

35.

Menyembelih pada waktu siang merupakan perkara ________________.

a)

sunat

b)

haram

c)

makruh

d)

wajib

36.

Berikut merupakan contoh menyeksa binatang sembelihan tanpa sebab kecuali

a)

memenggal leher

b)

mematahkan kaki

c)

mengheret kaki binatang ketempat sembelihan

d)

menajamkan pisau sembelihan jauh daripada binatang

37.

Apakah maksud ibadah korban?

a)

Memotong leher binatang ternakan yang liar dan boleh dimakan

b)

Menyembelih binatang ternakan al-an'am pada 10 Zulhijjah dan hari tasyrik untuk mendekatkan diri kepada Allah

c)

Menyembelih binatang ternakan pada hari raya qurban untuk dimakan dagingnya

d)

Menyembelih binatang pada 10 zulhijjah untuk bersedekah kepada orang fakir miskin

38.

Hukum sembelihan korban adalah

a)

sunat muakkad

b)

sunat

c)

harus

d)

wajib

39.

Orang yang bernazar (a)   melakukan korban

40.

Binatang yang boleh dikorbankan adalah seperti berikut KECUALI

a)

Kambing

b)

Lembu

c)

Unta

d)

Kuda

41.

Syarat sah korban yang betul adalah

a)

berniat korban ketika menyembelih

b)

menyembelih pada hari raya yang ke-5 atau 14 Zulhijjah

c)

menyembelih unta yang berumur 4 tahun

d)

menyembelih binatang yang berpenyakit & cacat

42.

Bilakah waktu afdhal melakukan korban

a)

Pada pagi 9 Zulhijjah selepas matahari naik

b)

Pada 13 zulhijjah selepas beziarah

c)

Pada pagi 10 Zulhijjah selepas solat sunat hari raya aidilada

d)

pada 11 zulhijjah selepas terbenam matahari

43.

Bilakah waktu haram melakukan korban?

a)

pada 12 zulhijjah selepas terbenam matahari

b)

Pada 13 Zulhijjah selepas terbenam matahari

c)

pada 11 zulhijjah selepas terbenam matahari

d)

pada 10 zulhijjah selepas terbenam matahari

44.

Pembahagian daging korban adalah seperti berikut KECUALI

a)

1/3 daging korban kepada fakir miskin

b)

1/3 daging korban kepada orang ramai

c)

1/3 daging korban kepada orang yang berkorban

d)

1/3 daging korban kepada orang bukan islam

45.

Ibadah korban disyariatkan pada tahun ke______hijrah

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

46.

Korban disyariatkan dalam islam sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi__________ kerana patuh perintah Allah SWT

a)

Yunus

b)

Yakub

c)

Ismail

d)

Idris

47.

Orang bukan Islam_______________ diberikan daging korban

a)

sunat

b)

makruh

c)

harus

d)

haram

48.

Wajib semua daging korban bagi korban nazar disedekahkan kepada golongan _____________dan ____________.

a)

miskin,kedana

b)

fakir, miskin

c)

fakir, susah

d)

susah, merempat

49.

Orang yang berkorban_____________ menjual daging korban, termasuk lemak, susu, kaki, kepala dan bulu binatang korban.

a)

sunat

b)

harus

c)

makruh

d)

haram

50.

Berikut adalah hikmah ibadat korban

a)

Dapat menjejaskan hubungan silaturrahim orang islam dengan bukan islam.

b)

Dapat merasa daging korban yang dilakukan sekali setahun

c)

Dapat menghayati semangat pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim.

d)

Dapat merendahkan syiar dan martabat islam kerana korban untuk orang islam sahaja.

51.

Apakah maksud akikah?

a)

menyembelih binatang ternakan al an'am sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT

b)

menyembelih binatang ternakan al an'am untuk mensyukuri nikmat Allah SWT

c)

menyembelih binatang ternakan al an'am bertujuan menunjukkan ahli keluarga baharu

d)

menyembelih binatang ternakan al an'am agar dapat memberi makanan atau sedekah kepada orang lain

52.

Hukum melakukan akikah ialah

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

sunat muakad

53.

Hukum orang yang bernazar melakukan akikah adalah...

a)

haram

b)

wajib

c)

sunat

d)

makruh

54.

Bilakah hari afdhal melakukan akikah?

a)

Pada hari jumaat kelahiran bayi

b)

Pada hari ke-10 kelahiran bayi

c)

Pada hari ke-7 kelahiran bayi

d)

pada hari ke-3 kelahiran bayi

55.

Berikut adalah padanan umur binatang akikah yang betul kecuali

a)

Unta - 5 tahun

b)

Kerbau - 3 tahun

c)

kambing - 2 tahun

d)

Biri-biri - 1 tahun

56.

Pilih sifat binatang al-an'am yang betul

a)

Binatang kurus

b)

Binatang cacat @ tempang

c)

Binatang yang berpenyakit

d)

Binatang yang sihat & gemuk

57.

Berikut adalah perkara sunat akikah kecuali

a)

Berdoa ketika hendak menyembelih

b)

mematahkan tulang binatang akikah

c)

menyembelih ketika matahari naik

d)

mencukur rambut bayi selepas menyembelih

58.

Tempoh sunat melaksanakan akikah ialah

a)

bila-bila masa sebelum meninggal dunia

b)

ketika bayi berumur 7 hari

c)

ketika bayi sudah bekerja

d)

setelah sempurna kelahiran sehinggalah bayi baligh

59.

Pembahagian daging akikah adalah seperti berikut kecuali

a)

Sunat dimasak manis

b)

sunat disedekahkan setelah dimasak

c)

sunat dimakan oleh orang yang melakukan akikah

d)

sunat disedekahkan dalam keadaan daging mentah

60.

Pilih hikmah akikah yang betul

a)

menzahirkan kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata

b)

tidak menghebahkan berita kelahiran kepada orang lain supaya tidak timbul prasangka

c)

menjauhkan sifat pemurah dan menyemai sifat bakhil

d)

memutuskan silaturrahim sesama masyarakat