NEW
Font size
WorksheetsKuiz Jadual Berkala Unsur
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Antara berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang benar mengenai Jadual Berkala Unsur?
Terdapat 18 Kumpulan dan 8 Kala dalam Jadual Berkala Unsur
Kala merupakan lajur-lajur unsur yang menegak
Kumpulan merupakan baris-baris unsur yang mengufuk
Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron valens yang sama disusun dalam kumpulan yang sama
Dalam Jadual Berkala Unsur, R dan S terletak dalam kumpulan yang sama. Sekiranya nombor proton R adalah 19, apakah susunan elektron untuk unsur S?
2.8.1
2.8.7
2.8.8.2
2.8.8.5
Saiz atom unsur Kumpulan 18 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ini disebabkan oleh
pertambahan bilangan elektron
takat lebur dan takat didih unsur semakin berkurang
kadar keterlarutan dalam air semakin bertambah
pertambahan bilangan petala yang terisi dengan elektron
Semasa tindak balas kimia, setiap atom alkali dalam Kumpulan 1
melepaskan satu elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
melepaskan dua elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
melepaskan tiga elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet.
melepaskan empat elektron valens untuk mencapai susunan duplet atau oktet
Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan 17. Ini disebabkan oleh
saiz atom berkurang menuruni kumpulan
takat didih dan takat lebur semakin berkurang
warna unsur semakin gelap menuruni kumpulan
daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah
Perubahan sifat fizik unsur merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur adalah disebabkan oleh
pertambahan nombor proton
jejari atom semakin bertambah
keelektronegatifan semakin berkurang
perubahan keadaan fizik daripada gas kepada cecair dan akhirnya kepada pepejal
Unsur ini mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza serta membentuk sebatian yang mempunyai warna yang berbeza. Unsur ini merupakan unsur
metaloid
amfoterik
peralihan
logam alkali bumi
Namakan unsur yang digunakan sebagai mangkin dalam Proses Ostwald untuk menghasilkan asid nitrik.
Nikel
Platinum
Besi
Vanadium(V) oksida
Apakah contoh bukan logam?
Kuprum
Iodin
Zink
Besi
Neon tidak bertindak balas dengan unsur lain.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai neon?
A. Neon sentiasa bergabung dengan diri sendiri
B. Neon wujud sebagai gas monoatom
C. Neon mempunyai susunan elektron oktet yang stabil
D. Neon mempunyai susunan elektron duplet yang stabil
Bagaimanakah unsur-unsur dalam Jadual Berkala disusun?
A. Mengikut pertambahan jisim molekul relatif
B. Mengikut pertambahan jisim atom relatif
C. Mengikut pertambahan nombor nukleon
D. Mengikut pertambahan nombor proton
Pemilik sebuah restoran ingin menggunakan lampu elektrik berwarna-warni untuk menarik pelanggan.
Bahan manakah yang sesuai digunakan dalam lampu itu?
Neon
Argon
Kripton
Xenon
Rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom Z. Pasangan yang manakah betul tentang kedudukan unsur Z dalam Jadual Berkala?
Kumpulan 5, Kala 2
Kumpulan 5, Kala 3
Kumpulan 15, Kala 2
Kumpulan 15, Kala 3
Sifat unsur akan berubah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala. Yang manakah benar tentang perubahan tersebut?
Takat didih meningkat
Sifat oksida bes meningkat
Kekonduksian elektrik meningkat
Keelektronegatifan meningkat
Mangkin yang digunakan dalam Proses Haber bagi menghasilkan ammonia adalah
Ferum
Zink
Nikel
Platinum
Berikut merupakan sifat istimewa unsur peralihan kecuali
membentuk sebatian berwarna
membentuk ion kompleks
mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan
permukaan berkilat
Manakah antara berikut merupakan oksida bes?
Silikon dioksida
Aluminium oksida
Sulfur dioksida
Magnesium oksida
Manakah antara berikut merupakan sifat kimia bagi unsur kumpulan 1?
bertindak balas dengan air menghasilkan larutan beralkali
bertindak balas dengan air menghasilkan larutan berasid
Atom W mempunyai 20 bilangan proton. Nyatakan kedudukan unsur W dalam Jadual Berkala Unsur.
Kumpulan 12, Kala 3
Kumpulan 2, Kala 4
Kumpulan 3, Kala 2
Kumpulan 13, Kala 4
Nyatakan warna bagi ion ferum(II).
Hijau
Perang
Biru
Ungu
