wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peraturan Elektrik 1994

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tafsiran:

Dibumikan

a)

Pemasangan radas pensuisan utama dan tambahan bagi pengendalian, pengawalseliaan, perlindungan atau pengawalan lain pepasangan elektrik

b)

Disambungkan kepada jisim am bumi

c)

Konduktor suatu sistem arus ulang alik bagi penghantaran tenaga elektrik, selian daripada konduktor neutral

d)

Litar elektrik yang membentuk suatu sistem atau cawangan sistem

2.

Tafsiran :

Pihak Berkuasa Akreditasi

a)

Orang yang memegang Perakuan Kekompetanan sebagai pendawai yang dikeluarkan di bawah peraturan 50

b)

Orang yang memegang Perakuan Pemdaftaran sebagai Kontraktor Elektrik yang dikeluarkan di bawah peraturan 75

c)

Ketua Pengarah Jabatan Standard sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 559)

d)

Jurutera Elektrik Kompeten yang bekerja sepenuh masa yang bertanggungjawab bagi suatui pepasangan tertentu

3.

Nyatakan rujukan definisi :

Suatu label yang menyediakan informasi tentang aras prestasi tenaga suatu kelengkapan sebagaimana yang dinyatakan dalam paraturan 101A

a)

Papan suis

b)

Papan tanda elektrik

c)

Sesalur agihan

d)

Label penarafan kecekapan

4.

Nyatakan rujukan definisi:

Talian bekalan elektrik yang melaluinya elektrik adalah, atau dimaksudkan untuk, dibekalkan kepada seorang pengguna atau sekumpulan pengguna dari sesalur agihan atau terus dari stesen janakuasa atau pencawang

a)

Talian membawa perkhidmatan

b)

Talian membawa komunikasi

c)

Pepasangan berdaftar

d)

Kabel

5.

Suruhanjaya boleh mengendors, menggantung atau membatalkan Perakuan Kekompetenan yang telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik jika melakukan satu atau lebih dari kesalahan berkaitan dengan ”salah laku yang serius”.

Nyatakan 3 daripada kesalahan yang dimaksudkan

a)

Tidur semasa bertugas

b)

Makan dan minum

c)

Menyebabkan kerosakan pada kelengkapan kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang disediakan

d)

berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya semasa bertugas

6.

Orang kompeten yang boleh mengendalikan pepasangan pada voltan melebihi 600volt tetapi tidak melebihi 132,000 volt

a)

seorang Penyelia Elektrik

b)

seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik

c)

seorang Jurutera Elektrik Kompeten

d)

seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen

7.

Seseorang Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan ini jika :

a)

pepasangan itu tidak lagi digunakan

b)

pepasangan itu didapati tidak selamat untuk digunakan

c)

orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan -peraturan ini

d)

pepasangan sementara

8.

Orang kompeten yang dikehendaki untuk melawat dan memeriksa pepasangan dikendalikan pada voltan rendah

a)

Kontrakor elektrik

b)

Jurutera Perkhidmatan Elektrik

c)

Jurutera Elektrik Kompeten

d)

Penyelia Elektrik

9.

Kelayakan untuk menjadi Pendawai

a)

seorang warganegara Malaysia

b)

berumur tidak kurang 15 tahun

c)

mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan pendawaian elektrik bagi apa-apa tempoh yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya

d)

boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Mandarin

10.

Mana-mana suis, fius suis, suis fius, pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah:

a)

dibina, ditempatkan atau dilindungi mengikut apa-apa cara mencegah bahaya

b)

dibina dan dilaraskan mengikut apa-apa cara bagi membuat dan mengekalkan sentuhan berkesan

c)

dibina dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dalam keadaan sentuhan sepra dengan mana-mana konduktor hidup

d)

dibina dengan apa-cara supaya tidak terdapat arus apabila digunakan untuk memutuskan litar berbeban