wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda Berentak

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.

a)

A rumput-rampai

b)

B gunung-ganang

c)

C semak-samun

d)

D bukit-bukau

2.

Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.

a)

A calar-balar

b)

B bengkak-bengkil

c)

C comot-momot

d)

D bengkang-bengkok

3.

Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.

a)

A simpang-siur

b)

B selok-belok

c)

C lekak-lekuk

d)

D hiruk-pikuk

4.

Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.

a)

A huru-hara

b)

B hiruk-pikuk

c)

C kacau-bilau

d)

D kucar-kacir

5.

Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.

a)

A ulang-alik

b)

B lintang-pukang

c)

C mundar-mandir

d)

D kelam-kabut

6.

Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan bertubi – tubi pasukan lawan.

a)

A hiruk-pikuk

b)

B kucar-kacir

c)

C kacau-bilau

d)

D haru-biru

7.

Puan Kumari menggunakan ___________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.

a)

A beras-petas

b)

B kuih-muih

c)

C rempah-ratus

d)

D sayur-mayur

8.

Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja menghadapi masalah sosial.

a)

A huru-hara

b)

B hangar-bingar

c)

C gundah-gulana

d)

D porak-peranda

9.

Badan peserta – peserta Program Latihan Khidmat Negara _________ kerana meredah belukar.

a)

A calar-balar

b)

B pucat-lesi

c)

C koyak-rabak

d)

D comot-momot

10.

Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.

a)

A bengkang-bengkok

b)

B kacau-bilau

c)

C batu-batan

d)

D haru-hiru

11.

Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

A punah-ranah

b)

B lekuk-kekak

c)

C robak-rabik

d)

D calar-balar

12.

Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

A tawar-hambar

b)

B comot-momot

c)

C kusut-masai

d)

D segar-bugar

13.

4 Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di pantai itu.

a)

A mandi-manda

b)

B mundar-mandir

c)

C riuh-rendah

d)

D kacau-bilau

14.

Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.

a)

A remeh-temeh

b)

B ramah-tamah

c)

C kelam-kabut

d)

D keluh-kesah

15.

Rambut Wenday _______ setelah bangun daripada tidur.

a)

A compang-camping

b)

B kusut-masai

c)

C robak-rabik

d)

D huru-hara

16.

Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

A porak-peranda

b)

B remeh-temeh

c)

C lambat-laun

d)

D serta-merta

17.

Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.

a)

A lenggak-lenggok

b)

B simpang-siur

c)

C serba-serbi

d)

D hiruk-pikuk

18.

Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.

a)

A gembar-gembur

b)

B gundah-gulana

c)

C serba-serbi

d)

D remuk-redam

19.

Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.

a)

A compang-camping

b)

B porak-peranda

c)

C remuk-rendam

d)

D kusut-masai

20.

Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.

a)

A hangit-pengit

b)

B hancur-lebur

c)

C gelap-gelita

d)

D haru-biru