NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan Tingkatan 5 - Bab 1
Total questions: 18
Worksheet time: 10mins
Situasi di bawah menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
"Memberikan petunjuk atau penanda aras berkaitan sejauh mana pekerja mampu bekerjasama untuk melaksanakan kerja dengan berkesan."
Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks di atas?
Prestasi pasukan
Keperluan pekerja
Pemberian insentif yang munasabah
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Penyataan di bawah adalah berkaitan dengan dokumen dalam pengurusan sumber manusia.
• Dokumen ini mengandungi ringkasan tugas dan tanggungjawab pekerja terhadap sesuatu tugas.
• Isi kandungan merangkumi tugas-tugas utama, tujuan sesuatu tugas, tanggungjawab kerja dan cara sesuatu
kerja dilakukan.
Apakah dokumen yang perlu dirujuk?
Deskripsi tugas
Rekrut pekerja
Permohonan pekerjaan
Latihan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
• Memastikan tidak berlaku lebihan dan kurangan dalam sumber tenaga kerja.
• Aktiviti menganalisis keperluan sumber manusia dalam organisasi.
• Mengkaji analisis kerja untuk memenuhi keperluan kerja yang perlu dipenuhi.
Apakah peranan yang dimainkan oleh Pengurus Sumber Manusia?
Pengawalan
Kepimpinan
Perancangan
Pengorganisasian
Penyataan di bawah adalah mengenai Puan Khadijah.
"Puan Khadijah telah menggunakan kenderaan syarikat bertujuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah
tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat."
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Khadijah?
Rasuah
Pecah amanah
Salah guna aset syarikat
Ingkar arahan tanpa sebab kukuh
Berikut adalah satu aspek dalam pengelolaan sumber manusia.
"Encik Abu merupakan graduan lepasan universiti dalam bidang Sains Komputer. Beliau telah diambil bekerja oleh sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi di Nilai, Negeri Sembilan dan ditempatkan di bahagian Jabatan Animasi."
Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam perniagaan yang mampan dalam situasi di atas?
Struktur organisasi
Penyelesaian masalah
Penempatan pekerja dan fasiliti
Standard prosedur operasi tugas
Antara berikut, manakah merupakan faedah yang diberikan oleh majikan kepada seseorang pekerja?
Gaji Asas
Elaun
Upah
Kemudahan perubatan
Nyatakan jenis kesalahan yang berkait dengan petikan di bawah.
"Pihak pengurusan telah melantik Encik Jamil sebagai Pengurus Projek bagi Syarikat Miri Berhad. Syarikat Miri Berhad telah mendapat projek pembinaan jalan raya dari kerajaan Sarawak dengan nilai tender sekitar RM20 juta. Encik Jamil bertanggungjawab melantik dan memberi kelulusan kepada pihak kontraktor yang dipilih untuk melakukan kerja-kerja pembinaan. Beliau telah menetapkan bagi setiap kontraktor yang dilantik perlu memberikan 2% komisen kepada beliau sebagai hadiah atau sumbangan peribadi."
Nyatakan jenis kesalahan yang berkait dengan petikan di bawah.
Rasuah
Pecah Amanah
Ponteng Kerja
Ingkar Arahan Tanpa Sebab Kukuh
Situasi di bawah menunjukkan pelbagai kemahiran kebolehkerjaan bagi seorang calon pekerja.
• Kepelbagaian ujian diperlukan untuk menilai personailiti dan kebolehan calon daripada pelbagai aspek penting yang memenuhi kehendak bakal majikan.
Berdasarkan kenyataan di atas, apakah kemahiran kebolehkerjaan yang digunakan untuk memilih pekerja?
Berpengalaman
Kelayakan dan bersesuaian
Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan
Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan jenis carta struktur organisasi bagi syarikat ABC.
• Struktur organisasi ini sering diamalkan dalam kebanyakan syarikat pembinaan.
• Dikenali sebagai sistem berbilang arahan.
Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan struktur organisasi yang paling sesuai.
Fungsi
Wilayah
Matriks
Pelanggan
Apakah jenis penggajian yang dibayar oleh majikan kepada para pekerjanya pada akhir suatu tempoh tertentu berdasarkan prestasi syarikat?
Elaun
Bonus tunai
Komisen
Gaji pokok
Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam sesebuah organisasi?
Polisi piawaian kerja
Memelihara keselamatan pekerja
Meminimumkan risiko dalam
melaksanakan kerja
Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan
majikan
Penyataan berikut merupakan satu jenis bentuk penggajian.
"Encik Kassim bekerja sebagai jurujual syarikat kereta terpakai. Beliau akan diberikan ganjaran oleh pihak majikan bergantung kepada jumlah jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak."
Apakah jenis ganjaran yang diterima oleh Encik Kassim?
Upah
Elaun
Komisen
Gaji Asas
Antara berikut, manakah butiran yang akan mengurangkan gaji bersih yang diterima oleh pekerja?
Bonus tunai
Biasiswa pendidikan
Pinjaman perumahan
Elaun kerja lebih masa
Penyataan berikut adalah berkaitan gaji.
"Puan Darina bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran yang dibayar gaji asas berjumlah RM3,000 sebulan. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%."
Berapakah jumlah caruman KWSP bagi Puan Darina dalam sebulan?
RM330
RM690
RM360
RM123
Maklumat berikut berkaitan jenis faedah yang diberikan oleh Syarikat Seng Hong Sdn. Bhd.
• Syarikat membayar premium untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko.
• Faedah yang dibiayai oleh syarikat menerusi klinik panel kepada pekerja tanpa perlu membayar.
Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan jenis-jenis faedah yang diterima oleh pekerja.
Kemudahan cuti
Kemudahan perubatan
Kemudahan insurans dan keselamatan
Kemudahan perubatan dan insurans berkelompok
Maklumat berikut merujuk kepada jenis ganjaran bagi sesuatu situasi.
"Encik M. Selvan, berumur 46 tahun, telah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat pengilangan selama 16 tahun. Pada tahun 2016, bilangan pekerja untuk jawatan tersebut berlebihan. Kemudian syarikat memutuskan untuk mengurangkan tenaga kerja jawatan tersebut. Apabila perkhidmatan Encik M. Selvan ditamatkan, syarikat membayarnya sebanyak RM200,000 secara sekaligus. Bayaran dilakukan secara terus kepada
Encik M. Selvan."
Apakah jenis ganjaran berdasarkan penyataan di atas?
Elaun
Komisen
Pampasan
Bonus
Manakah antara berikut, bukan penentu kepada sistem penggajian bagi sesebuah perniagaan?
Bentuk dan jenis tugas
Kemampuan organisasi
Permintaan dan penawaran kuasa majikan
Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing
Situasi di bawah menunjukkan faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah perniagaan.
"Syarikat BCS Berhad yang beribu pejabat di Beranang, Selangor telah membuka cawangan baharu di Kuala Lumpur. Pihak syarikat telah mengarahkan Encik Rahmat selaku Pengurus Operasi bertugas di cawangan tersebut. Beliau telah diberi kenaikan ganjaran bulanan daripada RM4,000 sebulan kepada RM6,000 sebulan memandangkan kos kehidupan yang tinggi."
Berdasarkan situasi di atas, apakah faktor penentu utama sistem penggajian yang diterima oleh Encik Rahmat?
Faktor lokasi
Kemampuan organisasi
Undang-undang dan peraturan kerajaan
Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing
