WorksheetsQUIZ 3: PERNIAGAAN T4 BAB 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Apakah kepentingan visi kepada perniagaan?
Membantu perniagaan membuat perancangan
Menentukan hala tuju yang ingin dicapai oleh perniagaan
Mengenal pasti tujuan penubuhan sesebuah perniagaan
Menyediakan satu asas bagi memperuntukan sumber organisasi
Antara berikut yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai objektif?
Jualan merosot
Imej terjejas
Menghentikan pembayaran balik hutang
Menghentikan pembelian bahan mentah atau barang niaga
Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kedai
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)
Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)
Pertubuhan Sukarela
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"
Visi
Misi
Objektif
Merupakan perancangan jangka masa panjang serta panduan untuk membuat keputusan dan tindakan bagi memastikan hala tuju perniagaan berada dilandasan yang tepat
Visi
Misi
Objektif
Visi merupakan perancangan jangka masa panjang dan menjadi panduan untuk membuat keputusan hala tuju perniagaan
Betul
Salah
Visi, Misi dan Objektif perniagaan merupakan asas pembentukan strategi perniagaan
Betul
Salah
Pilih yang paling tepat : Kepentingan Visi,Misi dan Objektif dalam perniagaan
Untuk mempromosi perniagaan seperti memberi diskaun dan membuat iklan
Untuk meningkatkan trend perniagaan
Untuk mendapatkan banyak pelaburan dan syer syarikat
Untuk dijadikan perancangan dalam mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan
antara berikut manakah merupakan visi yang tepat?
sekolah dapat menghasilkan kelulusan 100% setiap tahun
menjadi sekolah terbaik daerah gombak menjelang 2020
melahirkan pelajar yang cemerlangdari segi akademik dan sahsiah
melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik
apakah maksud syer pasaran?
jumlah penduduk yang terdapat di sebuah pasaran
jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran
peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan
peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan
