Font size
WorksheetsBSMM: Pertolongan Cemas Junior: KERACUNAN
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Keracunan secara umum terbahagi kepada ....... bahagian.
dua
tiga
empat
lima
RACUN merupakan bahan-bahan yang menyebabkan kerosakan kepada .......... .......... apabila ia masuk ke dalam badan
makanan
minuman
tubuh badan
kaki tangan
Keracunan makanan berpunca daripada memakan makanan yang .............. sama ada bakteria atau toksin yang disebabkan oleh bakteria.
terjatuh
tercemar
terbuang
terbaik
Tanda-tanda keracunan makanan mungkin berbeza bergantung kepada jenis ............. .
makanan
minuman
vitamin
bakteria
Antara tanda-tanda seseorang tertelan racun adalah dia akan mengalami muntah akibat keracunan
Betul
Salah
Seseorang yang tertelan atau terkena racun akan mengalami daya kesedaran yang lemah atau .......... ....... .......... .
tidak sedar diri
tidak lupa diri
tidak mandi pagi
tidak bangun bagi
Jika kita dapati terdapat botol atau bekas kosong di tepi mangsa yang tidak sedarkan diri, mangsa tersebut berkemungkinan besar mengalami ........... .
terbakar dan melecur
pendarahan
kecacatan
keracunan
Berikut merupakan antara tanda keracunan makanan, KECUALI:
Loya
Sakit perut atau cirit-birit
Tertidur
Demam
Jika kita sedang memberikan rawatan kepada mangsa keracunan, kita .......... untuk cuba membuatkan mangsa muntah.
ditegah
disyorkan
digalakkan
dialu-alukan
Perawat bagi mangsa keracunan hebdaklah bersedia untuk memberi ............. bantuan dan tekanan dada jika perlu.
pertolongan
perubatan
pernafasan
percubaan
Apabila memberikan pernafasan bantuan, gunakan topeng poket atau perisa muka sebagai perlindungan jika masih terdapat sisa .......... pada mulut mangsa.
kotoran
kimia
makanan
minuman
Ikhtiar terakhir dalam merawat mangsa keracunan adalah membuat panggilan ke talian ........ atau menghantar mangsa ke hospital
555
666
888
999
Apabila berhadapan dengan situasi keracunan makanan, kita perlu .................. makanan atau jenis tumbuhan dan bahagian yang telah dimakan oleh mangsa
mengumpulkan
membuang
menarik
mengenalpasti
Suhu penyimpanan makanan yang tidak elok adalah antara ............. darjah selsius.
5 hingga 50
5 hingga 60
5 hingga 70
5 hingga 80
Memberi pernafasan bantuan dan tekanan dada kepada mangsa tidak disyorkan bagi ahli junior kerana berisiko untuk berlaku .......... .
kebetulan
ketepatan
kesilapan
kekuatan
