wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PT3 BAHASA MELAYU KATA GANDA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Penjenayah sudah melarikan diri, .......... mereka tahu rancangan kita,"kata Inspektor Azlan keada rakan-rakannya.

a)

takut-takut

b)

kalau-kalau

c)

harap-harap

d)

jangan-jangan

2.

".......... keputusan yang dibuat hendaklah dipersetujui oleh ahli mesyuarat", kata pengerusi persatuan itu.

a)

Apa-apa

b)

Bila-bila

c)

Siapa-siapa

d)

Mana-mana

3.

Pekerja binaan itu .......... peluh yang keluar dari dahinya kerana bekerja di tengah panas matahari.

a)

mengesat-ngesat

b)

mengelus-elus

c)

mengais-ngais

d)

menguis-nguis

4.

Keadaan di dalam rumah itu .......... selepas berlakunya gempa bumi yang kuat.

a)

hingar-bingar

b)

gegak-gempita

c)

lintang-pukang

d)

tunggang-langgang

5.

Seluruh kawasan Taman Mutiara telah menjadi .......... kerana pen cawang elektrik telah disambar petir malam tadi.

a)

gelap-gelita

b)

hingar-bingar

c)

gegak-gempita

d)

terang-benderang

6.

Kawasan hutan rekreasi itu terpaksa ditutup kerana ada .......... mengatakan harimau berkeliaran di kawasan tersebut.

a)

hiruk-pikuk

b)

desas-desus

c)

keluh-kesah

d)

kumat kamit

7.

Amir Fikri .......... di celah orang ramai yang memenuhi dewan itu untuk berada di barisan hadapan.

a)

menolak-nolak

b)

mengasak-ngasak

c)

menyelit-nyelit

8.

"Jangan kau pedulikan ceritanya yang .......... itu," kata Encik Amirul kepada pemuda itu.

a)

kucar-kacir

b)

karut-marut

c)

kumat-kamit

d)

porak-peronda

9.

Nenek sedang menggoreng .......... ikan untuk cucunya.

a)

bebuli

b)

bebola

c)

bebenang

d)

bebawang

10.

Puan Rina menggunakan _________ yang pelbagai warna untuk membuat sulaman baju kebayanya.

a)

Jejarum

b)

Bebola

c)

Bebenang

d)

Dedaun

11.

Adik menangis ________kerana perutnya sakit.

a)

terpinga-pinga

b)

terketar-ketar

c)

teresak-esak

d)

terjerit-jerit

12.

Ravi _________ apabila Cikgu Maria menyuruhnya menyiapkan latihan Sains dengan segera.

a)

hiruk-pikuk

b)

lintang-pukang

c)

kelam-kabut

d)

lalu-lalang

13.

Keadaan jalan di bandar raya Kuala Lumpur yang .......... menyebabkan ayah telah tersesat beberapa kali.

a)

berselang-seli

b)

berlalu-lalu

c)

berbelok-belok

d)

bersimpang-siur

14.

Walaupun sudah tua tetapi perangai Pak Usop masih .......... .

a)

membudak

b)

budak-budak

c)

memperbudak

d)

kebudak-budakan

15.

Abang Zahin memasang .......... di dalam bilik untuk persiapan hari perkahwinan adiknya.

a)

kekisi

b)

tetupai

c)

kekuda

d)

lelangit

16.

Baju Salmah ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

koyak-rabak

b)

comot-momot

c)

compang-camping

d)

kusut-masai

17.

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan

a)

lemah-longlai

b)

lemah-longlai

c)

pucat-lesi

d)

cirit- birit

18.

Bantal itu diisi dengan________untuk dijual.

a)

bebenang

b)

lelabah

c)

kekabu

d)

dedaun

19.

Ibu menutup bekas makanan itu___________ supaya tidak masuk angin.

a)

sipi-sipi

b)

rapat-rapat

c)

sedikit-sedikit

d)

banyak-banyak

20.

Adam bertukar-tukar sekolah kerana keluarganya selalu ber________

a)

cerai-berai

b)

riuh-rendah

c)

porak-peranda

d)

pindah-randah