wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Sistem Bahasa

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pak Junus menebas semak samun di dusunnya dengan menggunakan sebilah ___________.

a)

sabit

b)

kapak

c)

pisau

d)

pedang

2.

___________ adalah haiwan yang bersaiz besar dan sedang diancam kepupusan.

a)

Arnab

b)

Ketam

c)

Badak

d)

Kelawar

3.

___________ komputer Farhan jatuh ke lantai lalu pecah.

a)

Tetikus

b)

Cakera padat

c)

Papan kekunci

d)

Alat pemacu cakera

4.

__________ itu memang tidak serik walaupun sudah dua kali dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.

a)

Pencuri

b)

Peragut

c)

Penagih

d)

Perompak

5.

Ahli Persatuan Bahasa Malaysia akan mengadakan lawatan ke _________ untuk melihat barang-barang tinggalan sejarah.

a)

Zoo Negara

b)

Tugu Negara

c)

Muzium Negara

d)

Pusat Sains Negara

6.

_________ sedang menyediakan yee sang untuk hidangan makan besar sempena Tahun Baru Cina.

a)

Puan Susan

b)

Puan Suhaila

c)

Puan Sui Lin

d)

Puan Suguna

7.

Pemburu itu lari lintang-pukang apabila terdengar bunyi __________ mengaum.

a)

Pak Belang

b)

Sang Bedal

c)

Si Comel

d)

Si Jalak

8.

Kempen Menghapuskan Nyamuk Aeded itu dirasmikan oleh _________ dua hari yang lalu.

a)

Menteri Pelajaran

b)

Menteri Kesihatan

c)

Menteri Pelancongan

d)

Menteri Pengangkutan

9.

Encik Jamal masih berada di pejabatnya. __________ hendak menyiapkan kerjanya.

a)

Kita

b)

Beliau

c)

Tuanku

d)

Baginda

10.

"Boleh ____________ berjumpa dengan Doktor Ani?" tanya Puan Rania kepada jururawat.

a)

saya

b)

kita

c)

patik

d)

hamba

11.

"_________ sudah menyampaikan utusan tuanku kepada Maharaja Majapahit," sembah Bendahara Tun Perak.

a)

Aku

b)

Patik

c)

Saya

d)

Kami

12.

Pengarah Pendidikan telah merasmikan majlis itu. _________ turut menyampaikan sumbangan komputer kepada pihak sekolah.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Baginda

d)

Beliau

13.

"Warkah perutusan itu telah pun __________ serahkan kepada bendahara," kata ketua hulubalang itu kepada sultan.

a)

aku

b)

beta

c)

saya

d)

patik

14.

Sejak kakak diserang demam panas, badan kakak semakin _________ kerana hilang selera makan.

a)

kecil

b)

susut

c)

nipis

d)

kempis

15.

Ikan bawal yang berjaya ditangkap oleh nelayan itu berbentuk __________ dan isinya agak tebal.

a)

tirus

b)

leper

c)

bujur

d)

lonjong

16.

Rendang daging ini sedap tetapi dagingnya agak _________.

a)

liat

b)

mampat

c)

keras

d)

kenyal

17.

Air lubuk di kawasan itu menjadi ________ semasa musim kemarau.

a)

keruh

b)

deras

c)

tohor

d)

jernih

18.

Mastura kelihatan _________ sepanjang hari apabila menerima berita kematian sepupunya.

a)

baik

b)

sugul

c)

riang

d)

gembira

19.

"Jangan terlalu lama bermain di luar kerana cuaca agak panas ________," kata ibu kepada adik.

a)

terik

b)

kering

c)

rentung

d)

gersang

20.

_________, malang sungguh nasib bayi yang dibuang itu!

a)

Wah

b)

Cis

c)

Aduhai

d)

Ah

21.

__________, sakitnya lututku!

a)

Aduhai

b)

Nah

c)

Aduh

d)

Cis

22.

_________, terimalah habuan ini hasil kerja kerasmu!

a)

Cis

b)

Ah

c)

Nah

d)

Eh

23.

___________, kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas!

a)

Takziah

b)

Amboi

c)

Syabas

d)

Cis

24.

___________, kamu pun datang ke sini juga!

a)

Cis

b)

Ah

c)

Nah

d)

Eh

25.

_________, kacak sungguh abang kamu hari ini!

a)

Eh

b)

Cis

c)

Amboi

d)

Nah

26.

Mak Limah duduk di ________ rumah sambil meraut lidi.

a)

atas

b)

hadapan

c)

belakang

d)

bawah

27.

Ibu sentiasa berada di _________ adik sebelum dibawa ke bilik pembedahan.

a)

tengah

b)

sisi

c)

bawah

d)

sudut

28.

Ketua kelas menyuruh rakan-rakannya beratur di ________ kelas.

a)

sudut

b)

tengah

c)

atas

d)

luar

29.

Puan Noni mengeluarkan sebentuk cincin dari _________ laci.

a)

luar

b)

dalam

c)

atas

d)

sudut

30.

Haikal mengambil sebiji batu lalu _________ batu itu ke tengah tasik.

a)

mengutip

b)

mengayun

c)

melemparkan

d)

melambungkan

31.

Adik belajar _________ basikal daripada abang.

a)

memandu

b)

memanjat

c)

mendayung

d)

menunggang

32.

Puan Sheela dan keluarganya akan _________ ke Sabah pada bulan hadapan.

a)

berganjak

b)

berpindah

c)

bergerak

d)

beralih

33.

Pemain yang cedera itu terpaksa _________ keluar dari padang.

a)

diusung

b)

dipikul

c)

dikandar

d)

dijinjing

34.

Setiap pagi ayah ke kebun untuk _________ getah.

a)

menoreh

b)

nemotong

c)

menakik

d)

mengupas

35.

Imran sedang __________ surat kepada sahabat penanya yang berada di Sarawak.

a)

menulis

b)

membaca

c)

mencatat

d)

menterjemah

36.

________kah yang sedang dibincangkan oleh Raziah dan Yusri?

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Di mana

d)

Mengapa

37.

__________kah harga sebiji bola tampar ini?

a)

Mengapa

b)

Berapa

c)

Di mana

d)

Apa

38.

__________kah Cikgu Ani berdiam diri sahaja?

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Berapa

d)

Mengapa

39.

Perlawanan akhir bola sepak itu akan diadakan __________?

a)

bagaimana

b)

apa

c)

mana

d)

bila

40.

Keadaan semua mangsa kebakaran itu __________?

a)

bagaimana

b)

mengapa

c)

di mana

d)

apa

41.

Kemalangan itu berlaku pada pukul _________?

a)

berapa

b)

bila

c)

mana

d)

apa

42.

Kad laporan ini hendaklah diserahkan _________ ibu bapa kamu untuk ditandatanganinya.

a)

dengan

b)

pada

c)

daripada

d)

kepada

43.

Tanglung itu digantung ________ ruang tamu sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

44.

Beg tangan ini sangat cantik kerana dibuat _________ kulit lembut.

a)

dari

b)

dengan

c)

oleh

d)

daripada

45.

Ayah dan datuk berehat di situ kerana baru pulang _________ dusun.

a)

dari

b)

ke

c)

di

d)

pada

46.

Puan Yati mendapat kad undangan majlis perkahwinan ________ bekas anak muridnya ________ minggu lepas.

a)

daripada ...... pada

b)

daripada ...... di

c)

dari ....... pada

d)

dari ..... di

47.

Jam dinding yang baru dibeli _________ ayah itu digantung didinding.

a)

oleh

b)

seperti

c)

dengan

d)

umpama

48.

"Kamu menjadi ahli Persatuan Bahasa Malaysia _________ Persatuan Bahasa Inggeris?" tanya Sakinah kepada Nurin.

a)

dan

b)

tetapi

c)

atau

d)

kecuali

49.

Kami memang menyangka _________ Fairuz akan dipilih untuk menerima anugerah Olahragawan 2021.

a)

agar

b)

bahawa

c)

serta

d)

semoga

50.

Semua murid Tahun Lima Delima berada di padang sekolah _________ Azimah kerana sakit perut.

a)

dan

b)

serta

c)

tetapi

d)

kecuali

51.

Kerja-kerja mencari mangsa tanah runtuh dihentikan __________ hujan.

a)

kerana

b)

sementara

c)

sekiranya

d)

walaupun

52.

Puan Wong mengambil bantal _________ diberikan kepada anaknya.

a)

maka

b)

lalu

c)

sambil

d)

sementara

53.

__________ Maria, adiknya ________ tidak pernah mencuci pinggan selepas makan.

a)

Baik .... mahupun

b)

Jangankan .... pun

c)

Bukan saja .... tetapi juga

d)

Sama ada .... mahupun

54.

"__________ letakkan buku itu di tempat asal," kata ibu kepada adik.

a)

Sila

b)

Tolong

c)

Jangan

d)

Usah

55.

"_________lah minum air yang terhidang di meja itu," kata Mak Leha kepada tetamunya.

a)

Jemput

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Harap

56.

"_________ Puan Jamilah bersabarlah menerima berita ini," kata Puan Cindy.

a)

Sila

b)

Harap

c)

Tolong

d)

Jangan

57.

__________ kamu dapat datang ke rumah saya sempena majlis hari jadi adik saya.

a)

Usah

b)

Tolong

c)

Harap

d)

Jangan

58.

___________ ambil nombor giliran di sana.

a)

Minta

b)

Sila

c)

Harap

d)

Tolong

59.

Adik membeli _________ biji gula-gula di kedai.

a)

berapa

b)

setengah

c)

beberapa

d)

berbagai-bagai

60.

_________ anak Pak Karim berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

a)

Dua

b)

Kedua-dua

c)

Kedua

d)

Dua-dua