NEW
Font size
WorksheetsKLAUSA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Ayat yang manakah mengandungi klausa tak bebas ?
Bapa saudaranya orang kaya di kampung itu.
Khalil tidak makan sejak pagi tadi.
Kakak sudah mendapat cuti tetapi suaminya belum pasti lagi.
Sekiranya mahu berjaya kita hendaklah berusaha sepanjang masa.
P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang.
Ayat ini mengandungi berapa klausa?
1
2
3
4
Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
Nyatakan klausa tak bebas dalam ayat ini.
guru itu menyatakan bahawa
muridnya sangat rajin
guru itu
bahawa muridnya sangat rajin
Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
Nyatakan klausa bebas dalam ayat berikut.
sementara menanti padi masak
petani itu menanam jagung
menanti padi masak
menanam jagung
Khabar angin bahawa dia dinaikkan pangkat adalah sah.
Berapakah jumlah klausa tak bebas dalam ayat di atas ?
1
2
3
4
Mereka terdengar bahawa tanah di kampung mereka akan dijual kerana pemiliknya memerlukan wang.
Ayat tersebut mempunyai berapa klausa tak bebas?
1
2
3
4
Kesemua ayat yang berikut mempunyai klausa tak bebas kecuali
Beg tangan gadis itu diperbuat daripada kulit buaya.
Sazali berehat kerana keletihan bekerja dari pagi.
Pelajar itu berharap agar ibunya memaafkan kesalahannya
Dia menghukum anaknya sekiranya anaknya tidak belajar.
Yang manakah yang benar tentang klausa, kecuali
berpotensi untuk menjadi ayat
tidak mempunyai intonasi ayat
terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas
rangkaian perkatan, sama ada subjek atau predikat
Ketika rakan-rakan sebiliknya berbual kosong, Zahim membaca novel yang baru dibelinya.
Yang manakah klausa bebas bagi ayat di atas ?
Zainal membaca novel
rakan-rakan Zainal berbual kosong
Zainal membaca novel yang baru dibelinya
rakan-rakan Zainal tinggal sebilik dengannya
Beliau telah menyampaikan ceramah kepada kakitangan awam.
Ayat ini mempunyai berapa klausa ?
1
2
3
4
Musa tidak mungkin mengkhianati Pak Abu, justeru dia selalu membantu orang tua itu.
Ayat ini mempunyai 2 klausa bebas sahaja.
betul
salah
Kanak-kanak tidak dibenarkan ke sana, melainkan ditemani orang dewasa.
Klausa bebas dalam ayat tersebut ialah
kanak-kanak tidak dibenarkan ke sana
melainkan ditemani orang dewasa
ditemani orang dewasa
kanak-kanak tidak dibenarkan ke sana melainkan
Rumah teres itu terletak di lereng bukit yang jauh dari bandar.
Ayat tersebut mempunyai klausa tak bebas iaitu
rumah teres itu
yang jauh dari bandar
terletak di lereng bukit
jauh dari bandar
Mereka telah bersedia mengulang kaji pelajaran demi mencapai matlamat untuk berjaya dalam STPM.
Ayat ini mempunyai 2 klausa tak bebas dan 2 klausa bebas.
betul
salah
Ahmad dan Fatimah akan berkahwin apabila PKP ditamatkan demi kebaikan semua pihak.
Dalam ayat ini mempunyai berapa klausa ?
2 klausa bebas dan 1 klausa tak bebas
2 klausa bebas dan 2 klausa tak bebas
1 klausa bebas dan 2 klausa tak bebas
1 klausa bebas dan 3 klausa tak bebas
Pihak polis mengemukakan bahawa tindakan pelajar itu sangat memalukan pihak sekolah.
Nyatakan klausa bebas dalam ayat di atas ?
pihak polis mengemukakan bahawa
tindakan pelajar itu sangat memalukan pihak sekolah
tindakan pelajar itu
memalukan pihak sekolah
Guru menyatakan agar semua pelajar menyiapkan kerja kursus sebelum bulan Oktober.
Ayat di atas mengandungi berapa klausa tak bebas
1
2
3
4
Pelajar yang berbaju kebaya itu berasal dari bandar Kuching.
Nyatakan klausa bebas dalam ayat tersebut?
pelajar itu berasal dari bandar Kuching
pelajar berbaju kebaya itu
yang berbaju kebaya
dari banda Kuching
Kehidupan gadis itu tidak menentu setelah pemergian neneknya yang telah banyak membantu dia ketika melanjutkan pelajaran di universiti.
Yang manakah klausa bebas dalam ayat di atas.
kehidupan gadis itu tidak menentu
setelah pemergian neneknya
yang banyak membantu dia
ketika melanjutkan pelajaran di universiti
Banduan itu mengaku bahawa dia telah mengedar dadah sejak di bangku sekolah.
Ayat ini mengandungi berapa klausa?
1
2
3
4
