Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 (UNIT 7)

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri-ciri keluarga bahagia?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Bercakap dengan kurang sopan

b)

Saling sayang-menyayangi

c)

Mematuhi nasihat ibu dan bapa

d)

Bersikap tidak adil

2.

Aktiviti seperti berkelah adalah satu cara untuk ___________________________________________.

a)

merenggangkan hubungan keluarga

b)

membuang masa

c)

meluangkan masa bersama-sama keluarga

d)

menghabiskan wang

3.

"Ibu memujuk kakak yang bersedih dengan keputusan peperiksaannya"

Ibu mempamerkan sikap ____________________________________.

a)

mementingkan diri sendiri

b)

berpura-pura simpati

c)

berdiam diri

d)

mengambil berat perasaan ahli keluarga

4.

Aktiviti seperti berkebun bersama-sama dapat __________________________ sesama ahli keluarga.

a)

membuang tenaga

b)

mengeratkan hubungan

c)

memaksa setiap orang untuk saling membantu

d)

menimbulkan rasa tidak puas hati

5.

Apakah kesan apabila kita saling menyayangi ahli keluarga?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mengeratkan kasih sayang

b)

Menimbulkan perasaan iri hati

c)

Mewujudkan suasana yang harmoni

d)

Menjadikan keluarga berpecah

6.

Azmi berasa sangat ______________________ kerana ahli keluarganya sangat menyayangi antara satu sama lain.

a)

teruja

b)

kecewa

c)

kesal

d)

gembira

7.

Kita perlu ______________________________ ahli keluarga yang sakit.

a)

menjaga

b)

mengabaikan

c)

menangisi

d)

bergembira

8.

Rayyan ________________________ adiknya yang gagal dalam ujian.

a)

mengejek

b)

memujuk

c)

mentertawakan

d)

membiarkan

9.

Navin sentiasa ______________________ nasihat ahli keluarganya

a)

mematuhi

b)

tidak mengendahkan

c)

melanggar

d)

melupakan

10.

Saya berasa ________________________ semasa menyambut hari lahir datuk.

a)

lapar

b)

gembira

c)

bosan

d)

penat

11.

Berjoging bersama-sama ahli keluarga merupakan aktiviti yang sihat dan dapat ________________________.

a)

menjadikan kita penat

b)

menimbulkan pergaduhan

c)

membuang masa

d)

mengeratkan hubungan

12.

Sikap saling memahami akan menjadikan ________________________.

a)

menimbulkan iri hati

b)

kita saling membenci

c)

keluarga bahagia

d)

kita bersikap pentingkan diri

13.

Jika kita bersikap mementingkan diri, keluarga kita akan _____________________ dan _____________________.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

berasa sedih

b)

kecewa

c)

bergembira

d)

berasa bangga

14.

Mengapakah kita harus mendengar nasihat ahli keluarga?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Supaya kita menjadi seorang yang bertanggungjawab

b)

Kita akan gagal

c)

Nasihat keluarga adalah untuk kebaikan

d)

Supaya kita menjadi penakut

15.

Eratkan hubungan sesama ahli keluarga agar keluarga kita akan menjadi _______________________.

a)

berpecah

b)

keluarga bahagia

c)

keluarga yang malang

d)

huru-hara