Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESALAHAN BAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Hadif gugup ketika mahu menyerahkan surat amaran berkaitan kes ponteng sekolah yang dikirim oleh guru kelas pada ibunya.

a)

dikirim oleh guru kelas - guru kelas kirim

b)

Hadif gugup - Hadif cemas

c)

pada - kepada

2.

Para murid-murid Tingkatan Dua Bukhari didenda oleh Cikgu Rahimah kerana tidak menyiapkan latihan bahasa Melayu.

a)

Para murid-murid - Para murid

b)

kerana - sebab

c)

didenda oleh Cikgu Rahimah - Cikgu Rahimah denda

3.

"Patik mahu Datuk Laksamana datang menghadap pada petang ini," titah Sultan Mansor.

a)

menghadap - berjumpa

b)

Patik - Beta

c)

titah - kata

4.

Negeri Beringin Rendang bersedih apabila rajanya meninggal dunia.

a)

meninggal dunia - mangkat

b)

apabila - bila

c)

Tiada kesalahan

5.

Asmah memasukkan telur putih ke dalam adunan kuih itu.

a)

ke dalam - dalam

b)

memasukkan - memasuk

c)

telur putih - putih telur

6.

Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut akan dikenakan tindakan disiplin.

a)

Mereka-mereka - Mereka

b)

berturut-turut - berturut

c)

ke sekolah - di sekolah

7.

Sesetengah masyarakat beranggapan bahawa susu kambing mujarab untuk merawat demam kuning.

a)

untuk - demi

b)

Sesetengah - Beberapa

c)

Tiada kesalahan

8.

Mat Jenin mempunyai sebuah cita-cita untuk mengharumkan nama negara.

a)

sebuah cita-cita - cita-cita

b)

untuk - bagi

c)

Tiada kesalahan

9.

Nasi lemak ayam itu Cikgu Darwis habiskan sebelum beliau ke kelas.

a)

beliau - dia

b)

Cikgu Darwis habiskan - dihabiskan oleh Cikgu Darwis

c)

Tiada kesalahan

10.

Tanah di seberang jalan itu ialah hadiah daripada Sultan Mansor kepada Pak Ali.

a)

hadiah - anugerah

b)

ialah - adalah

c)

kepada - ke