Worksheets@Kata Majmuk
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
____ yang berkaitan dengan program PT3 telah disiapkan oleh Cikgu Uwais petang semalam
Kertas nama
Kertas turas
Kertas kerja
Kertas mahjong
Aliff mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____ Perniagaan dan Ekonomi.
mata pendidikan
mata pelajaran
mata ilmu
mata bestari
____ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam
Reka bentuk
Reka acuan
Reka tinggi
Reka rupa
_____ majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Atur masa
Atur sesuai
Atur cara
Atur susun
Kedai yang menjual ____ itu dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang
alat tulis
alat pensel
alat padam
alat pembaris
Emak membeli beberapa bungkus _____ di warung itu untuk dijadikan sarapan.
nasi lemak
nasi pinggan
nasi putih
nasi campur
____ Aryaan tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.
Jam dinding
Jam meja
Jam randik
Jam tangan
Rishi bersikap ___sedikit semenjak kebelakangan ini.
luar dugaan
luar sikit
luar biasa
luar perangai
Sudah menjadi tanggungjawab Cikgu Umar untuk menyediakan _____ bagi membersihkan kelasnya.
jadual harian
jadual mingguan
jadual bertugas
jadual tugasan
Beberapa orang ___ Jabatan Pendidikan telah dinaikkan pangkat dalam majlis anugerah itu.
jawatankuasa
kakitangan
pesuruhjaya
warganegara
Tidak ada ____ yang dapat diselamatkan dalam kebakaran itu kerana semuanya hangus.
apabila
apahal
apakala
apalagi
Cikgu Harraz mahu kami menyusun kerusi dan meja di dalam kelas itu semula seperti _____.
sukarela
sukacita
sediakala
setiausaha
Insyirah berasa ____ semenjak datuknya meninggal dunia pada minggu lepas.
dukacita
sukacita
sediakala
sukarela
Puan Erny selamat melahirkan seorang ____ perempuan di Hospital Kuala Lipis, Pahang.
cahaya mata
cahaya sinar
cahaya neon
cahaya terang
_______ Encik Izuandi berasal dari Alor Setar, Kedah.
Orang rumah
Orang harapan
Orang dapur
Orang atas
Zahirah dapat bantuan Racangan Makanan Tambahan kerana dia anak ______
yatim tunggal
yatim piatu
tunggal piatu
piatu yatim
Rizal ____ apabila Qudus tidak menjemputnya ke majlis itu.
jauh hati
kecewa hati
jauh perasaan
resah hati
Walaupun nampak remeh, namun ___ berkaitan wanita bersalin tidak boleh diambil ringan.
pantang tok nenek
pantang larang
pantang tegah
pantang mundur
Syarikat yang mempunyai ____ yang tinggi itu mampu bertahan hingga kini.
daya tenaga
reka cipta
daya saing
usaha sama
Hakim itu menggunakan _____nya semasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu.
budi bahasa
budi pekerti
budi bicara
balas budi
