Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN FEQAH TAHUN 4
Total questions: 40
Worksheet time: 2hrs 30mins
Bilakah masuk waktu solat Jumaat?
Subuh
Dhuha
Zuhur
Asar
Berapakah bilangan rakaat solat Jumaat?
1 rakaat
2 rakaat
3 rakaat
4 rakaat
Apakah hukum mengerjakan solat Jumaat bagi lelaki?
Wajib
Harus
Sunat
Makruh
Bagaimanakah cara mengerjakan solat Jumaat?
Berseorangan
Berjemaah
Berpasangan
Bertiga
Berapakah bilangan jemaah minimum untuk solat Jumaat?
20 orang lelaki
30 orang lelaki
40 orang lelaki
50 orang lelaki
Solat Jumaat didahului dengan __________.
doa
debat
ceramah
dua khutbah
Berikut merupakan syarat wajib solat Jumaat, kecuali?
Hamba
Islam
Bermastautin
Berakal
Pilih syarat sah solat Jumaat.
Datang awal ke masjid
Didirikan di tempat yang ditetapkan
Niat iktikaf
Merdeka
Berapakah rukun solat Jumaat?
7 rukun
9 rukun
11 rukun
13 rukun
Manakah yang bukan sunat Jumaat?
Menonton televisyen
Mandi sebelum pergi ke masjid
Memakai wangi-wangian
Berzikir dan membaca al-Quran
Apakah hukum perempuan menunaikan solat Jumaat?
Sunat
Haram
Dibolehkan
Wajib
Khutbah Jumaat ialah syarahan yang mengandungi __________ dan __________dibaca sebelum solat Jumaat. Pilih 2 jawapan untuk isi tempat kosong.
nasihat
nyanyian
ramalan
pengajaran
Manakah syarat sah khutbah Jumaat?
Khatib tidak semestinya seorang lelaki
Khatib suci daripada najis
Khatib membaca dengan duduk
Khatib hendaklah berdiri sebentar antara dua khutbah
Berikut merupakan rukun khutbah Jumaat, kecuali?
Memuji Allah dengan lafaz alhamdulillah
Berdoa pada khutbah kedua
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Memberi peringatan supaya bertakwa kepada rasul
Pilih 2 perkara sunat ketika berkhutbah.
Khatib berdiri sebentar selepas memberi salam
Khatib memegang tiang ketika berkhutbah
Membaca khutbah dengan terang dan fasih
Memandang kepada para jemaah
Manakah contoh solat sunat?
Solat jenazah
Solat tarawih
Solat subuh
Solat jumaat
Apakah pengertian solat rawatib?
Solat sunat mengiringi solat fardu sama ada sebelum/selepas
Solat sunat yang dilakukan pada waktu dhuha
Solat sunat selepas solat isyak pada bulan ramadhan
Solat sunat untuk memohon agar dimudahkan sesuatu hajat
Pilih 2 solat fardu yang tiada solat rawatib selepasnya.
Solat zuhur
Solat subuh
Solat asar
Solat maghrib
Waktu dhuha bermula berapa minit selepas terbit matahari?
20 minit
22 minit
25 minit
28 minit
Berapakah sebanyak-banyaknya bilangan rakaat solat dhuha?
8 rakaat
20 rakaat
2 rakaat
4 rakaat
Solat hajat afdhal dilakukan pada sepertiga akhir malam iaitu lebih kurang jam berapa pagi?
12 pagi
1 pagi
2 pagi
3 pagi
Berikut adalah hikmah solat hajat, kecuali?
Mendapat pahala
Hajat dimakbulkan Allah
Dikasihi Allah dan rasul
Mendapat kemewahan dunia semata-mata
Solat tarawih dilakukan selepas solat __________ pada bulan __________ sebanyak __________ rakaat. Pilih jawapan untuk isi tempat kosong.
Isyak, Ramadhan, 8
Isyak, Ramadhan, 20
Maghrib, Syawal, 8
Maghrib, Syawal, 20
Apakah hukum solat tarawih?
Sunat muakkadah
Sunat zawaid
Sunat ab'ad
Sunat hai'at
Apakah pengertian solat tahajjud?
Solat yang diucapkan tasbih didalamnya sebanyak 300 kali
Solat penutup yang dilakukan setelah solat-solat yang lain
Solat selepas bangun daripada tidur walaupun tidur sebentar
Solat apabila seseorang memasuki masjid sebelum duduk
Berapakah jumlah maksimum rakaat solat tahajjud?
2 rakaat 1 salam
3 rakaat 2 salam
4 rakaat 2 salam
Tidak terbatas
Berapa kali tasbih diucapkan dalam solat tasbih?
200 kali
300 kali
400 kali
500 kali
Solat tasbih dilakukan sebanyak 4 rakaat 1 salam pada waktu __________ dan 4 rakaat 2 salam pada waktu __________.
siang, malam
pagi, tengahari
tengahari, petang
petang, malam
Solat witir ialah solat __________ yang dilakukan setelah solat-solat yang lain.
penenang
pengiring
pembuka
penutup
Solat witir boleh dilakukan mengikut bilangan rakaat berikut, kecuali?
1 rakaat
3 rakaat
4 rakaat
5 rakaat
Solat tasbih didirikan 4 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 2 salam bergantung pada waktu. Dalam 4 rakaat, sebanyak 300 kali tasbih diucapkan. Berapa kali tasbih diucapkan dalam 2 rakaat?
Mengapakah solat tahiyyatul masjid dilakukan?
Senaraikan 2 hikmah solat tahiyyatul masjid.
Apabila memasuki Masjidil Haram di Mekah, selain solat tahiyyatul masjid, apakah ibadah yang hendaklah dilakukan?
Apakah pengertian solat gerhana dan hukumnya?
Solat gerhana lebih utama dilakukan secara?
Bilakah solat gerhana matahari dan gerhana bulan boleh dilakukan?
Berapakah jumlah rukuk dalam solat gerhana?
Apakah perkara sunat yang dilakukan selepas solat gerhana?
Jika berlaku pertembungan di antara solat gerhana dengan solat witir, solat apakah yang perlu didahulukan?
