NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsBM TAHUN 4
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Name
Class
Date
1.
Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.
a)
ruang keluarga
b)
ruang makan
c)
ruang tidur
d)
ruang dapur
2.
Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .
a)
Si Galak
b)
Si Tompok
c)
Sang Bedal
d)
Sang Kancil
3.
Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.
a)
mengelek
b)
menjinjing
c)
membimbit
d)
menggalas
4.
Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.
a)
marah
b)
geram
c)
malu
d)
sedih
5.
Hani memungut baju-baju kotor itu ………………..merendamnya di dalam besen.
a)
dan
b)
atau
c)
maka
d)
lalu
6.
…………………….., malang sungguh nasibku ini!
a)
Wah
b)
Cis
c)
Amboi
d)
Aduhai
7.
Baju yang baharu dibeli oleh Nabila ada ………………..kakaknya.
a)
akan
b)
pada
c)
dengan
d)
di
8.
Zamri berjaya mendapat tempat …………….. dalam pertandingan mencipta logo Sukan Asia.
a)
kedua-dua
b)
pertama
c)
satu
d)
separuh
9.
Hanif berdiri di ……………………. kakaknya ketika menunggu bas sekolah.
a)
sisi
b)
depan
c)
bawah
d)
belakang
10.
Pokok bunga yang ditanam oleh kakak telah pun ………………….
a)
berbuah
b)
berbunga
c)
berputik
d)
bertangkai
11.
“Tolong …………………saya sepotong kuih,” kata Cikgu Kadir kepada Azman.
a)
buatkan
b)
carikan
c)
belikan
d)
hantarkan
12.
Puan Diana berasa kesal kerana ……………….anaknya tanpa usul periksa.
a)
kemarahan
b)
memarahi
c)
memarahkan
d)
marahkan
13.
Zulhelmi telah menimang ………………..yang pertama pada bulan Julai yang lalu.
a)
anak emas
b)
cahaya mata
c)
anak bongsu
d)
anak angkat
14.
Terdapat se……………………anak sungai yang jernih airnya di belakang rumah saya.
a)
biji
b)
buah
c)
batang
d)
kaki
15.
Amirul terpijak kulit pisang ………….. terjatuh.
a)
lalu
b)
selagi
c)
sambil
d)
tetapi
16.
Sungguhpun Mak Leha cacat penglihatan, namun dia cekap menganyam bakul rotan ………………….menggunakan tangannya.
a)
hingga
b)
untuk
c)
dengan
d)
pada
17.
“Cantik ……………….lukisan pemandangan yang awak lukis ini,” kata Elysha kepada Amira.
a)
sungguh
b)
sangat
c)
amat
d)
paling
18.
Ayah melarang kami mandi-manda di sungai. ………………., ketika musim tengkujuh.
a)
tambahan pula
b)
walaubagaimana pun
c)
lebih-lebih lagi
d)
disamping itu
19.
Adik makan sekeping roti sebagai …………………… sebelum pergi ke sekolah.
a)
ikat perut
b)
isi perut
c)
alas perut
d)
pencuci mulut
20.
Murid yang paling bijak di kelas saya ialah Rosnah. Perkataan seerti bagi bijak ialah ....
a)
bagus
b)
baik
c)
lembab
d)
pintar
21.
Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai berhantu. Perkataan berlawan bagi usang ialah ....
a)
tua
b)
baharu
c)
lama
d)
buruk
22.
Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.
a)
Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan?
b)
Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan?
c)
Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan?
d)
Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?
23.
Apakah yang sedang dilakukan oleh anggota polis trafik itu?
a)
mengawal kesesakan lalu lintas.
b)
menahan pesalah-pesalah trafik.
c)
menyaman seorang pemandu kereta.
d)
tidak buat apa-apa
24.
“ Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru,” kata Fadilah kepada Irwan.
a)
Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di bilik guru.
b)
Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru.
c)
Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.
d)
Cikgu Fadillah memberitahu dia sedang menunggu adiknya
25.
Ibu tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya dengan menonton televisyen sehingga larut malam.
a)
Abang tidak disukai oleh ibu yang suka menonton televisyen sehingga larut malam.
b)
Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu.
c)
Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam tidak disenangi oleh ibu.
d)
Semuanya betul
Reset
