Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAI TING 5 PEL 12 PERKAHWINAN UNIT 1 PERKAHWINAN

Total questions: 33

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, mengapakah golongan pemuda digalakkan berkahwin?

a)

Berkahwin dapat menutup pandangan daripada melihat maksiat dan memelihara kemaluan

b)

Mendapat banyak harta daripada pasangan

c)

Mendapat anak atau zuriat yang ramai.

2.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud juga, sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin , hendaklah seseorang itu

a)

bersedekah

b)

berpuasa

c)

berzikir

d)

ber'uzlah /mengasingkan diri

3.

Perkahwinan bermaksud

a)

Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan

b)

Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan lelaki

c)

Akad yang menghalalkan persetubuhan antara perempuan dengan perempuan

4.

Ahmad tiada desakan atau halangan untuk berkahwin. Hukum perkahwinannya adalah

a)

harus

b)

haram

c)

makruh

d)

sunat

5.

Zairul ingin berkawin, dan mampu memberikan nafkah zahir dan batin serta bimbang melakukan zina. Zairul _____________ berkahwin.

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

6.

Zaid akan mengahwini Fatin dengan tujuan menjadikannya seorang pelacur. Hukum perkahwinannya adalah

a)

haram

b)

makruh

c)

harus

d)

sunat

7.

Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan gejala sosial merupakan _________________ perkahwinan.

a)

hikmah

b)

syarat

c)

rukun

d)

hukum

8.

Golongan wanita yang haram dikahwini adalah kerana sebab-sebab berikut KECUALI _____

a)

persaudaraan

b)

persemendaan

c)

keturunan

d)

penyusuan

9.

Adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa haram dikahwini kerana ___

a)

keturunan

b)

persemendaan

c)

penyusuan

d)

persaudaraan

10.

Syarat seseorang anak itu menjadi anak susuan adalah _____

a)

5 kali susuan yang mengenyangkan

b)

berumur bawah lima tahun

c)

didaftarkan dengan pejabat pendaftaran negara

d)

mendapat keizinan suami

11.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan golongan yang haram dikahwini kerana persemendaan

a)

ibu tiri, ibu angkat dan ibu kandung

b)

ibu mentua, ibu tiri dan menantu

c)

isteri orang

d)

wanita bukan Islam

12.

Hukum mengahwini wanita yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa adalah ____

a)

haram sementara

b)

haram selamanya

c)

haram bersyarat

d)

haram jika tidak setuju

13.

Berikut adalah rukun nikah kecuali.........

a)

kadhi dan mas kahwin

b)

bakal suami dan bakal isteri

c)

dua orang saksi

d)

Ijab dan qabul

14.

Berikut merupakan syarat seseorang bakal suami yang akan dikahwini KECUALI___

a)

lelaki yang belum dikenali

b)

bukan dalam ihram haji

c)

tidak mempunyai empat isteri

d)

bukan mahram kepada bakal isteri

15.

Syarat seseorang wanita yang dikahwini oleh seorang lelaki adalah _____

a)

bukan dalam iddah talak raji'

b)

berjanji memeluk Islam selepas berkahwin

c)

selesai menunaikan haji dan umrah

d)

bertunang terlebih dahulu

16.

Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan adalah

a)

wali

b)

jurunikah

c)

kadi

d)

imam

17.

Seseorang itu layak menjadi wali sekiranya beliau......

a)

Islam, baligh, terpaksa

b)

Berakal, merdeka, sedang berihram haji

c)

Adil, tidak berpenyakit seperti gila

d)

tidak mampu mengurus harta

18.

Berikut merupakan susunan wali yang betul....

a)

bapa, datuk, adik beradik lelaki seibu sebapa

b)

datuk, bapa, bapa saudara

c)

adik beradik, anak saudara, bapa saudara,

d)

wali hakim, bapa, datuk

19.

Perpindahan wali nasab kepada wali hakim berlaku apabila____

a)

bakal suami tidak mempunyai wali nasab

b)

bakal isteri anak tidak sah taraf

c)

bakal suami sedang berihram umrah

d)

wali tinggal jauh melebihi 50 km

20.

Berikut merupakan syarat bagi saksi nikah KECUALI _____

a)

Islam dan lelaki

b)

baligh dan berakal

c)

mampu bercakap dengan baik

d)

mampu mendengar dan melihat dengan baik

21.

Akad nikah ialah.......

a)

Ijab -lafaz diucapkan oleh wali

Qabul - diucapkan oleh bakal suami

b)

Ijab - lafaz diucapkan oleh bakal suami

Qabul - lafaz diucapkan oleh bakal isteri

c)

Ijab - lafaz diucapkan oleh bakal suami

Qabul - lafaz diucapkan oleh wali

22.

Pernyataan berikut adalah SALAH tentang syarat lafaz akad nikah_____

a)

lafaz ijab dan qabul boleh menggunakan bahasa kiasan

b)

ijab dan qabul hendaklah berturutan

c)

lafaz ijab dan qabul dikaitkan dengan tempoh masa

d)

menggunakan lafaz selain nikah atau kahwin

23.

Berikut merupakan ciri-ciri calon suami dan isteri kecuali...

a)

cantik, keturunan baik, berharta

b)

berakhlak mulia, sekufu dan berpangkat besar

c)

beragama, sihat dan keturunan yang baik

d)

Sekufu, berharta dan berakhlak

24.

Sekufu bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan daripada aspek berikut kecuali

a)

agama dan kesolehan

b)

keturunan

c)

jumlah harta

d)

keilmuan

25.

Proses untuk mengenalpasti status bakal isteri adalah

a)

bercinta

b)

merisik

c)

meminang

d)

berkahwin

26.

Meminang adalah _______

a)

proses mengenal pasti status bakal isteri

b)

lamaran daripada lelaki kepada perempuan untuk dijadikan pasangan hidup

c)

lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri

d)

proses mengenali hati budi pasangan masing-masing

27.

Hukum melihat perempuan yang hendak dipinang adalah

a)

wajib

b)

harus

c)

makruh

d)

sunat

28.

Anggota calon isteri yang harus dilihat semasa meminang adalah

a)

kaki

b)

muka

c)

rambut

d)

lengan

29.

Pemberian yang bernilai yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya semasa akad nikah disebut sebagai....

a)

hantaran perkahwinan

b)

mahar

c)

hadiah perkahwinan

d)

duit kahwin

30.

Hukum memberi mahar adalah _______________ dan hukum menyebut mahar adalah _______

a)

sunat & sunat

b)

wajib & sunat

c)

wajib & harus

d)

sunat & wajib

31.

Hukum mengadakan walimatul urus adalah ____

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

sunat muakkad

32.

Hukum memenuhi undangan walimatulurus adalah

a)

wajib

b)

fardhu kifayah

c)

fardhu ain

d)

sunat

33.
Keperluan kepada pasangan dan teman hidup merupakan salah satu .................. manusia.
a)
fitrah
b)
imaginasi
c)
tambahan
d)
ugama