wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bijak Bahasa 29

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.

a)

mengumpul

b)

berkumpul

c)

kumpulan

d)

dikumpul

2.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya.

a)

kedua

b)

berdua

c)

berduaan

d)

berdua-duaan

3.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Daging itu _________________ oleh anjing.

a)

memakan

b)

termakan

c)

pemakan

d)

dimakan

4.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Fatimah amat ________________ oleh ibu saudaranya.

a)

dikasihi

b)

mengasihi

c)

berkasih

d)

pengasih

5.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Imran __________________ pasukan bola sepak sekolahnya ke pertandingan peringkat zon.

a)

tertua

b)

diketuai

c)

mengetuai

d)

kepengetuaan

6.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Apabila adik _______________ daripada tidur, dia terus menangis.

a)

menjaga

b)

berjaga

c)

terjaga

d)

dijaga

7.

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.


Banglo lama itu merupakan antara banglo _________________ di kawasan tersebut.

a)

terbesar

b)

dibesarkan

c)

membesar

d)

kebesaran

8.

Jawab soalan berdasarkan gambar dengan betul.


Pesawah itu _______________ di bawah pokok kerana

penat bekerja.

a)

ditidur

b)

tertidur

c)

menidur

d)

ketiduran

9.

Jawab soalan berdasarkan gambar dengan betul.


Aizzat _________________ buku hingga larut malam.

a)

membaca

b)

pembaca

c)

terbaca

d)

dibaca

10.
1. Nana membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga. 
a)
menekap
b)
mencanai
c)
menerap
d)
mencalit
11.
Rosdi sedang __________tulisan yang ada di papan hitam.
a)
menyapu
b)
mengelap
c)
memadam
d)
membasuh
12.
Setiap hari, Anis ___________ bas ke tempat kerja.
a)
menaiki
b)
membawa
c)
memandu
d)
menunggang
13.

Fitri dan Didi berasa gayat apabila kereta kabel yang dinaki mereka ... ditiup angin sebelum sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang.

a)

berbuai-buai

b)

berenjut-renjut

c)

bergetar-getar

d)

bergantung-gantung

14.

Anjing itu ... seketul tulang.

a)

menjinjit

b)

menganga

c)

membimbit

d)

mengonggong

15.

Pertandingan ... bunga itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

a)

mengubah

b)

menggarang

c)

munggubah

d)

menjerang

16.

Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

17.

Bahasa Melayu sepatutnya _____ dalam segala urusan rasmi dalam negara dan menjadi bahasa pengantar utama dalam kehidupan harian kita.

a)

menggunakan

b)

dipergunakan

c)

gunakan

d)

digunakan

18.

Orang ramai perlu rajin _____ bahan bacaan dalam bahasa Melayu agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

a)

membacakan

b)

dibacakan

c)

terbaca

d)

membaca

19.

Guru Bahasa Melayu menggalakkan kami membaca majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk _____ lebih banyak kosa kata.

a)

menguasakan

b)

dikuasai

c)

menguasai

d)

berkuasa

20.

Dasar Bahasa Kebangsaan _____ oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

a)

dikenali

b)

diperkenalkan

c)

mengenali

d)

memperkenalkan