WorksheetsULANGKAJI Bab1 T5 Sains Rumah Tangga (SnRT)
Total questions: 17
Worksheet time: 12mins
Antara berikut yang manakah tempat kerja dalam industri hospitaliti?
Hotel Syakila
Klinik Intan
Koperasi Mawar
Harlini Mini Market
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti?
menyelamatkan nyawa
mengurangkan kos baik pulih
pamer reputasi perniagaan yang baik
dapat margin keuntungan yang lebih tinggi
Agensi yang manakah berperanan membentuk budaya kerja selamat dan sihat?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia
"Kerugian produktiviti serta kualiti kerja" dan "Kerugian masa dan wang untuk urusan mahkamah".
Apakah jenis kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja di atas?
Kesan nyata
Kesan tersembunyi
Antara berikut yang manakah BETUL berkaitan dengan kemalangan berpunca dari manusia?
Kecuaian manusia - elakkan memasak jika mengantuk, pening @ mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan mengantuk.
Kecuaian manusia - kurangkan penggunaan barang perhiasan yang mengganggu pergerakkan
Pakaian bekerja - merancang sebelum memulakan kerja penyediaan makanan
Pakaian bekerja - pastikan kepala hos ditinggalkan setelah selesai menggunakan dapur memasak
Gambar di atas menunjukkan susun atur peralatan dan kelengkapan.
Antara berikut, panduan susun atur yang manakah boleh dipraktikkan bagi mengelakkan kemalangan?
perabot tidak menghalang laluan kecemasan
pisau @ objek tajam sentiasa dalam keadaan tajam
peti ais diletakan disebelah sinki
kedudukan dapur gas berada disebelah sinki
alatan pemadam api mudah dicapai dan berfungsi
Apakah kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja?
meningkatkan kualiti produktiviti
mengurangkan risiko berlaku kecederaan atau kematian
mengurangkan kerosakkan harta benda dan peralatan
mempercepatkan pengeluaran perkhidmatan @ produk
Apakah ciri lantai yang selamat ditempat kerja?
mempunyai permukaan yang licin supaya mudah dibersihkan
berwarna cerah supaya kekotoran mudah kelihatan
mempunyai bahan anti gelincir untuk mengelakkan pekerja terjatuh
Antara berikut yang manakah BUKAN punca kemalangan dengan keterangannya?
Manusia - masalah peribadi
Mesin - penyenggaraan tidak dilakukan
Persekitaran - tekanan daripada rakan sekerja
Fizikal - unit kerja yang tidak sesuai dengan pekerja
Maksud ergonomik ialah ...
kajian menghubungkaitkan manusia dengan keadaan persekitaran supaya pekerjaan menjadi lebih cekap
kajian menghubungkaitkan manusia dengan persekitaran tempat kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan untuk mencapai keupayaan maksimum bekerja
kajian menghubungkaitkan manusia dengan barangan dan peralatan berkaitan pekerjaan supaya pekerjaan dapat dilaksanakan secara maksimum
Apakah kepentingan membuat penilaian sebelum melakukan aktiviti di dalam gambar?
kurangkan risiko cedera dan kemalangan
bantu lancarkan peredaran darah
tingkatkan produktiviti kerja
guna postur tubuh yang betul dan stabil
Postur bahagian badan yang perlu diberi perhatian untuk mengangkat dan memindahkan objek ialah....
lutut dan siku
kepala dan leher
tangan dan pergelangan tangan
tapak kaki dan betis
Yang manakah panduan postur badan yang selamat...
keupayaan mencapai, membengkok @ berdiri dalam tempoh yang lama berbeza mengikut berat beban
ubah posisi dan postur badan dalam satu tempoh dengan melakukan regangan otot untuk mendapatkan keselesaan
posisi badan sama dapat menentukan keselamatan dan keselesaan semasa mengangkat dan memindahkan objek
Nyatakan 3 tempat kerja yang berisiko tinggi berlaku kebakaran.
jangan gunakan perkataan 'dan' pisahkan jawapan menggunakan simbol (,) sahaja
(a)
Sambungan seperti gambarrajah di atas menyebabkan punca kebakaran di tempat kerja.
Apakah keadaan lain pendawaian elektrik yang boleh menjadi punca kebakaran?
regulator longgar dan retak
pendawaian elektrik yang terlalu lama
peralatan elektrik yang rosak
Gambar tersebut ialah contoh kebakaran tahap kedua.
Apakah rawatan awal yang boleh dilakukan kepada mangsa tersebut?
daftar mangsa yang cedera dan tentukan rawatan yang sesuai
alirkan air sejuk @ cecair sejuk pada tempat cedera
tanggalkan perhiasan serta pakaian yang ketat sebelum anggota tercedera bengkak
tutup bahagian tercedera dengan pembalut lembap yang disteril @ kain bersih
Apakah 3 tindakan pertama yang perlu anda lakukan apabila kebakaran telah dikesan.
pindahkan mangsa
bunyikan penggera
buat panggilan kecemasan
segera keluar dari bangunan yang terbakar
