Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tatabahasa

Total questions: 35

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ejaan yang betul

a)

akitek

b)

deligasi

c)

buffet

d)

leukemia

2.

Maksud peribahasa TULANG BELAKANG

a)

Punca kekuatan atau orang harapan

b)

Orang yang menurut kemahuan orang lain

c)

Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara

d)

Tidak mudah berputus asa

3.

Pilih ejaan yang betul (jawapan lebih daripada satu)

a)

dailog

b)

ekspres

c)

kokurikulum

d)

kolestrol

e)

kafeteria

4.

Nyatakan peribahasa berdasarkan situasi berikut: SETIAP PERKARA YANG HENDAK KITA LAKUKAN ITU BIARLAH SESUAI DENGAN KEMAMPUAN DIRI.

a)

Bagai telur di hujung tanduk

b)

Bagai mencurah air ke daun keladi

c)

Ukur baju di badan sendiri

d)

Seperti hujan jatuh ke pasir

5.

Muka Cik Dina berkerut sewaktu meminum kopi yang terlalu ________________ itu.

a)

pahit

b)

sedap

c)

masin

d)

masam

6.

Pokok kelapa yang tumbang itu menghempap ______________ kambing.

a)

kandang

b)

reban

c)

pondok

d)

sangkar

7.

Datuk Izzan menyerahkan urusan penghebahan butir-butir perbincangan itu kepada __________________ yang telah dilantik oleh pihak pengurusan syarikat.

a)

jurupandu

b)

juruhebah

c)

juruacara

d)

jurucakap

8.

Sebagai seorang ______________ Harith mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan.

a)

juruhebah

b)

juruukur

c)

jurusolek

d)

juruwang

9.

Balqis dan Alya ______________ sambil minum petang di anjung rumah.

a)

bertitah

b)

berfikir

c)

bergurau

d)

bersembang

10.

Zarif ________________ basikalnya ketika menuruni bukit yang agak curam itu.

a)

menonton

b)

mengheret

c)

memegang

d)

menuntun

11.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.


Selepas menggulung tikar itu, Raisya bergegas ke dapur menyediakan sarapan.

a)

menghampar

b)

menghurai

c)

melipat

d)

menganyam

12.

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.


Bolehkah kamu memberikan buku cerita ini kepada jiran kamu itu?

a)

Buku itu memang kepunyaannya.

b)

Baiklah, esok dia akan serahkannya.

c)

Ya, boleh. Buku itu akan saya serahkan esok.

d)

Jiran saya memang gemar membaca buku.

13.

Mak Cik Hayati _____ 2 buah bakul yang berisi sayur untuk dijual di pasar.

a)

menjunjung

b)

mengandar

c)

membimbit

d)

menggalas

14.

Cikgu Mat Haziq menutup hidungnya dengan tangan semasa melalui tandas murid yang berbau ____________.

a)

hancing

b)

hanyir

c)

hapak

d)

hamis

15.

"Kita mestilah berusaha kerana yang ___________ tidak akan datang menggolek, yang ____________ tidak akan datang melayang," kata Cikgu Affan kepada murid-murid tahun empat.

a)

bulat ........... pipih

b)

lonjong ............ nipis

c)

cembung ........... leper

d)

buncit ............ lurus

16.

Pilih jawapan tepat bagi ayat berikut:

"DI MANAKAH AWAK LETAKKAN BEG ITU?" tanya Cikgu Affef kepada Maisarah.

a)

Cikgu Affef bertanya kepada Maisarah di mana dia meletakkan beg itu.

b)

Cikgu Affef bertanya di manakah dia meletakkan beg itu

c)

Maisarah ditanya tentang beg oleh Cikgu Affef

d)

Maisarah bertanya di manakah beg kepada Cikgu Affef

17.

Umi sedang ___ bawang untuk memasak.

a)

memotong

b)

menyabit

c)

menebas

d)

menghiris

18.

Perempuan yang jelita itu _____ biola untuk lagu "Cindai Malam".

a)

menggeser

b)

menarik

c)

menggesek

d)

menekan

19.

Pak Zarul _____ semak - samun di belakang rumahnya.

a)

menebang

b)

memotong

c)

menebas

d)

menetak

20.

Imran bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading suatu hari nanti.


Sinonim dengan menara gading ialah…...

a)

Universiti

b)

sekolah menengah atas

c)

prasekolah

21.

Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman tanahair.

a)

melupuhkan...yang utama...tanah air

b)

melumpuhkan...terutamanya...tanah air

22.

Aidil ___________ cermin tingkap yang telah berhabuk itu.

a)

menggilap

b)

mengelap

c)

membasuh

d)

mencuci

23.

Tan Sri Dr Noor Hisham ___________ rakyat Malaysia selalu mencuci tangan untuk mengelakkan jangkitan Covid- 19.

a)

memaksa

b)

memanggil

c)

menyeru

d)

mendesak

24.

Menteri-menteri Kesihatan ASEAN telah menandatangani suatu _________ untuk menangani wabak Covid-19 bersama-sama.

a)

destinasi

b)

definisi

c)

defisit

d)

deklarasi

25.

Dengan __________ ini, kita akan dapat memahami perbezaan antara undang-undang dengan adat istiadat.

a)

tarif

b)

takrif

c)

taksir

d)

tafsir

26.

Pilih penggunaan kata bercondong yang betul. Anda perlu memilih lebih daripada satu jawapan.

a)

Sambal belacan yang dibuat oleh ibu sangat pedas.

b)

Kata-kata yang ditujukan kepada Haw itu sungguh pedas.

c)

Tindakan beliau campur tangan dalam organisasi mendapat kritikan pedas daripada YAB Menteri.

d)

Wanita tua itu terasa pedas apabila anak sulungnya mengeluarkan kata-kata kesat.

27.

Terdapat dua kesalahan bahasa dalam ayat berikut:

Amalan berbahasa sopan tidak ujud sendiri. Amalan ini mestilah dididik dalam penghidupan berkeluarga oleh ibu bapa dan diteruskan oleh guru-guru di sekolah.

a)

a. ujud - wujud b. berkeluarga - sekeluarga

b)

a. ujud - wujud b.penghidupan - kehidupan

c)

a. penghidupan - hidupan b. diteruskan - meneruskan

d)

a. penghidupan - kehidupan b. dididik - mendidik

28.

Ali yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang mereka telah berbaik-baik semula kerana -__________

a)

air dipotong pasti akan putus

b)

air dipotong tidak akan putus

c)

air dicencang tidak akan putus

d)

air dicencang pasti akan putus

29.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang

diberikan.


Hujan lebat sejak akhir-akhir ini mengakibatkan

terjadinya tragedi tanah runtuh.

a)

Akhir-akhir ini kejadian hujan lebat dan

tanah runtuh selalu terjadi.

b)

Tanah runtuh kerap berlaku dan hujan sering

lebat akhir-akhir ini.

c)

Kejadian tanah runtuh ini sering terjadi

belakangan ini kerana hujan selalu lebat.

d)

Kejadian tanah runtuh berlaku ekoran hujan

lebat sejak kebelakangan ini.

30.

Tukarkan ayat berikut kepada bentuk cakap AJUK.

FIZA MENANYAKAN KEPADA LILI SAMA ADA DIA SUDAH BEKERJA ATAU TIDAK SELEPAS TAMAT PENGAJIAN.

a)

"Lili, bilakah kamu akan bekerja?"

b)

"Lili, kamu sudah bekerjakah selepas tamat pengajian?"

c)

"Lili, adakah kamu bekerja sekarang?"

d)

"Lili, selepas tamat pengajian, bilakah kamu akan bekerja?"

31.

Berikut kumpulan kata bantu yang tepat:

a)

telah, sedang, akan, pernah

b)

sudah, masih, belum, akan

c)

selalu, sedang, sudah, pernah,

d)

telah, sudah, pernah, selalu

32.

Berikut kata bantu yang merujuk masa ini (kini)

a)

akan, belum

b)

belum, pernah

c)

masih, sedang

d)

sedang, sudah

33.

Maka Raja Merong Mahawangsa pun terlalu mashghulnya kerana ia satu harapan yang besar kepada Sultan Rom itu. Berikan maksud perkataan yang digariskan.

a)

amat gembira

b)

amat sedih

c)

amat teruja

d)

amat terkejut

34.

Tukarkan ayat bahasa Melayu klasik berikut kepada bahasa Melayu standard.

Ada dua keti rakyat berhimpun di depan istana.

a)

Terdapat dua ratus ribu rakyat berhimpun di depan istana.

b)

Terdapat dua puluh ribu rakyat berhimpun di depan istana.

c)

Terdapat dua juta rakyat berhimpun dia depan istana.

d)

Terdapat dua ribu rakyat berhimpun di depan istana.

35.

Nyatakan maksud perkataan bergaris dalam ayat berikut:

Lalu ia beradu tersangat jendera.

Maka dihimpunkan delapan puluh jong.

Bunga kiambang di dalam kali.

a)

nyenyak, kereta, parit

b)

leka, kapal besar, sungai

c)

nyenyak, kapal besar, sungai

d)

leka, sampan, laut