NEW
Font size
WorksheetsULANG KAJI UASA
Total questions: 50
Worksheet time: 2hrs 43mins
Ali, Ah Seng dan Muthu berkawan baik. _______ pergi ke sekolah bersama-sama.
kami
mereka
dia
kalian
_______ menunggu bas tiba, Swee Lan membaca buku agar tidak membuang masa begiti sahaja.
Lantas
Sementara
Sambil
Lalu
Orang ramai _______ mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan di Universiti Malaya.
berkejar-kejar
bersesak-sesak
berpusu-pusu
berasak-asak
Marsha menolong Pak Mahat _______ pokok bunga di halaman rumah mereka.
menyimbah
merenjis
menyiram
menjirus
Hidup Encik Karim tidak terurus _______ kematian isterinya pada bulan lepas.
semasa
tatkala
ketika
sejak
“Air sungai akan mengalir lebih _______ terutamanya selepas hujan turun,” kata Pak Abu kepada cucu-cucunya.
padu
kencang
cepat
deras
Air teh yang dibancuh oleh Nadia rasanya _______ dia terlupa meletakkan gula.
masin
pahit
kelat
payau
Guru Besar memberitahu _______ pasukan sekolah telah menjadi johan dalam pertandingan bola sepak itu.
akan
bahawa
sambil
semasa
Beberapa _______ kereta terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh raya Pantai Timur petang semalam.
tingkat
pasang
buah
deret
Murid-murid itu _______ lari apabila mendengar _______ guru disiplin melalui pembesar suara sekolah
berhamburan … suara
berkeliaran … bunyi
bertempiaran … suara
berkejaran … letupan
_______ orang tidak suka makan buah durian kerana menganggap buah durian berbau busuk.
Setengah
Sebahagian
Sesetengah
Semua
Kejayaan para saintis itu menghasilkan sabun berasaskan minyak sayuran adalah berdasarkan _______ yang berterusan selama lima tahun.
uji kaji
uji lari
soal siasat
bedah siasat
Puan Rohani berjanji akan terus membesarkan anak-anaknya _______ mampu.
selagi
sehingga
sementara
sekiranya
Pelancong-pelancong dari China itu terpegun melihat sikap suka _______ rakyat Malaysia semasa menyambut perayaan.
sokong-menyokong
lawat-melawati
kunjung-mengunjungi
melompat-lompat
Pak Samad _______ di sawah padinya setiap hari untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya di universiti.
membanting tulang
akal fikiran
pecah kepala
memerah otak
“Jangan makan dengan gelojoh,” tegur ibu kepada Aiman.
Pilih perkataan seerti bagi 'gelojoh'.
tamak
sopan
gopoh
cepat
Pak Mail melapah daging lembu itu menggunakan sebilah pisau yang tajam.
Pilih perkataan berlawan bagi 'tajam'.
tumpul
runcing
nipis
licin
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Amir telah dipilih sebagai ketua pengawas di sekolahnya oleh Guru Besar.
Benarkah Amir telah dipilih sebagai ketua pengawas oleh Guru Besar?
Di manakah Amir dipilih sebagai ketua pengawas oleh Guru Besar?
Siapakah yang telah memilih Amir sebagai ketua pengawas di sekolahnya?
Adakah Amir telah dipilih sebagai ketua pengawas oleh Guru Besar?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku?
Kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas hilang kawalan lalu melanggar sebuah bas lain di lorong kecemasan.
Ya, kemalangan itu telah berlaku petang semalam.
Tiga orang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah bas itu.
Ali dan kawannya yang terlibat dalam kemalangan yang baru berlaku itu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pemandu pelancong itu memberikan penerangan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia kepada sekumpulan pelancong dari Timur Tengah.
Pemandu pelancong dan pelancong dari Timur Tengah itu mendengar penerangan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia.
Penerangan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia telah disampaikan oleh pemandu pelancong itu kepada sekumpulan pelancong dari Timur Tengah.
Tempat-tempat menarik di Malaysia telah menarik perhatian sekumpulan pelancong dari Timur Tengah setelah diterangkan oleh pemandu pelancong.
Sekumpulan pelancong dari Timur Tengah itu tertarik mendengar penerangan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Ketua pasukan Johor mengaku bertanggungjawab atas kekalahannya pasukannya semasa sidang media itu.
“Sebagai ketua pasukan, saya harap rakan-rakan lain akan bangkit dalam perlawanan seterusnya untuk mengelakkan kekalahan lagi,” kata ketua pasukan Johor semasa sidang media itu.
“Saya bangga menjadi ketua pasukan Johor walaupun kalah dalam perlawanan malam tadi,” kata ketua pasukan Johor semasa sidang media itu.
“Kekalahan pasukan Johor malam tadi adalah disebabkan oleh kegagalan saya menjaringkan gol,” kata ketua pasukan Johor semasa sidang media itu.
“Sebagai ketua pasukan, saya mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan pasukan Johor dalam perlawanan malam tadi,” kata ketua pasukan Johor semasa sidang media itu.
Pilih ayat yang betul.
Mereka hendaklah ke rumah nenek Liza.
Mereka menuju di tepi gelanggang untuk berehat.
Anas yang berdiri di samping ayahnya sangat gelisah.
Amboi, mahalnya pakaian di kedai ini!
Pemuda yang _______ telah ditangkap oleh pihak polis malam tadi.
panjang tangan
kaki bangku
otak udang
otak cair
Cikgu Siti masih lagi berminat _______ murid-murid walaupun sudah bersara sejak awal tahun lepas.
mengajarkan
mengajar
ajar
mengajari
Para pemain bola jaring itu ditegur oleh jurulatih kerana _______ tidak bermain dengan bersungguh-sungguh.
dia
mereka
kalian
beliau
Amir masih bersikap seperti _______ meskipun dia sudah berumur 25 tahun.
keibubapaan
keanak-anakan
gila-gila bahasa
kemerah-merahan
Anak-anak Pak Saad belajar bersungguh-sungguh _______ masa depan mereka cerah.
demi
untuk
hingga
agar
Sikap pengguna jalan raya yang suka menggunakan lorong kecemasan menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain. _______, pihak berkuasa perlu lebih tegas.
Kesimpulannya
Justeru itu
Seterusnya
Natijahnya
Pilih ayat yang betul.
I Malik menidurkan di dalam kelas kerana terlalu mengantuk.
II Pengembara itu hanya berbekalkan seberkas beras dan ikan bilis.
III Bangunan yang dibina di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka.
IV Fadhli tidak menyangka guru kelasnya mempunyai hubungan bau-bau bacang dengan dirinya.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Setelah bertahun-tahun merantau, akhirnya Adam _______ setelah balik menetap di kampungnya.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
seperti lembu dicucuk hidung
bagai ikan pulang ke lubuk
bagai menatang minyang yang penuh
“Cikgu Rafi akan menjadi guru kelas kita yang baharu. _______ menggantikan Cikgu Uma yang akan berpindah sekolah,” kata Dania kepada rakan-rakannya.
Baginda
Ia
Dia
Beliau
“Hamba baru balik dari istana. Tuanku _______ tuan hamba untuk mengetuai rombongan peminangan Puteri Gunung Ledang,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
mengarahkan
mengatakan
merayu
menitahkan
Kawalan keselamatan di semua sekolah akan _______ kerana kejadian penculikan murid semakin berleluasa.
dipertingkatkan
mempertingkat
meningkatkan
dipertingkat
Encil Swee Seng makan beberapa _______ durian semasa singgah di gerai itu.
longgok
gugus
pangsa
cubit
Majlis perasmian bangunan baharu sekolah itu berjalan lancar mengikut _______ yang telah ditetapkan.
tatacara
gambar rajah
acara
atur cara
Gol pasukan Malaysia berpunca daripada sepakan penjuru oleh Safiq Rahim.
Pilih perkataan seerti bagi 'penjuru'.
tepi
sisi
sudut
dalam
“Janganlah _______ kecil hati dengan kata-kata Datuk Bendahara,” kata Temenggung kepada Laksamana Hang Tuah.
tuan hamba
tuanku
engkau
awak
Pak Jabit menggunakan sebatang galah untuk _______ buah rambutan itu.
memotong
mengait
mencocok
mencucuk
Oleh sebab _______ berkunjung ke Thailand, Zul sudah fasih berbahasa Thailand.
kerap
jarang
pernah
suka
_______, sungguh tinggi bangunan baharu milik Dato’ Bedah itu!
Alamak
Wah
Amboi
Eh
“Kami akan mengadakan kenduri malam esok. _______ datang ke rumah,” kata Pak Badar kepada rakan-rakan sekerjanyan.
Silalah
Jemputlah
Haraplah
Tolonglah
Sarasvathy bukan sahaja memiliki suara yang _______ malahan dia juga seorang pemain gitar yang hebat.
merdu
tinggi
nyaring
serak
“Amin sudah berpindah ke Muar. Sudah lapan tahun dia menetap di _______,” kata Mariam kepada lelaki yang mencari Amin.
sana
sini
situ
sisi
Mak Cik Kiah mendapat kad undangan berbentuk buku tulis _______ sahabat lamanya.
dari
di
daripada
pada
Walapun bekerja sebagai seorang kerani namun Puan Salbiah mengambil upah untuk membuat _______ hantaran perkahwinan untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga
karangan
hiasan
susunan
gubahan
Sikap Rahimi yang sopan santun itu disukai oleh ramai orang.
Pilih perkataan berlawan bagi 'sopan'.
senyap
kesat
bising
kasar
Kehidupan nelayan di kampung itu ibarat _______ kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain.
jongkang pecah, yu yang kenyang
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi
Peguam itu berhujah _______ tegas _______ bahawa anak guamnya tidak bersalah.
dengan … mengata
dengan … mengatakan
sambil … berkata
dengan … memperkatakan
Suhaidah dan adiknya memberi _______ anggur dari peniaga di pasar malam itu.
setangkai
segugus
sebiji
secekak
“Kami datang ke sini _______ untuk bergaduh, tetapi untuk berbincang,” kata Pegawai Daerah kepada penduduk kampung.
bukan
hendak
lalu
tidak
