NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda- Cikgu Hasmawiyah
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
jejentik
kekisi
jejambat
jejantas
Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
keriang-keriut
kering-kontang
comot-momot
bengkak-bengkil
Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
gelap-gelita
terang- benderang
tunggang-langgang
bengkang-bengkok
Hati ibu ___________ apabila mendapat tahu bahawa abang terlibat dengan kes kecurian itu.
sedu-sedan
punah-ranah
remuk-redam
haru-biru
Seluruh muka budak itu ____________ apabila dia telah disengat oleh beberapa ekor tebuan.
bengkak-bengkil
cobak-cabik
umbang-ambing
kacau-bilau
Farhana ______________ menziarahi ibu bapanya di Arau semenjak dia bekerja di Johor Bahru.
jarang-jarang
kadang-kadang
sering-sering
hampir-hampir
" Jangan __________________ semasa menaiki bas," kata Cikgu Hasmawiyah kepada murid-muridnya.
berpegang-pegangan
berebut-rebut
bersorak-sorak
bepura-pura
Sudah tiga kali ___________________ Ali menjadi olahragawan di sekolahnya.
bergilir-gilir
berturut-turut
berulang-ulang
beria-ia
