wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SIMPULAN BAHASA AKTIVITI KOKU (PUTERI ISLAM)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Stacy suka mencuri. Dia digelar __________ oleh rakan-rakannya.

a)

buruk siku

b)

panjang tangan

c)

lintah darat

d)

durian runtuh

2.

Ganesh _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.

a)

mandi kerbau

b)

makan angin

c)

telinga lintah

d)

mandi peluh

3.

Chong diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.

a)

pening lalat

b)

nyawa-nyawa ikan

c)

lintah darat

d)

buruk siku

4.

Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah kesemua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.

a)

ringan tulang

b)

ayam tambatan

c)

berputih mata

d)

mata keranjang

5.
Adik dimarahi ibu kerana hanya _________ sewaktu bermain di halaman rumah.
a)
kaki pukul
b)
kaki ayam
c)
kaki botol
d)
kaki bangku
6.
Golongan muda-mudi pada zaman sekarang semakin __________ kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
a)
besar kepala
b)
kepala angin
c)
ambil angin
d)
kuku besi
7.

Cikgu Fadhilah memperoleh _________ setelah sajak ciptaannya sempena Hari Kebangsaan telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama.

a)

rambang mata

b)

anak emas

c)

bunga emas

d)

durian runtuh

8.

Mei Ling tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.

a)

hati batu

b)

keras kepala

c)

tangkai jering

d)

buruk siku

9.

Azizah sememangnya seorang yang pantas dan cekap membuat kerja seperti

a)

Kera sumbang

b)

Buaya darat

c)

Biawak hidup

d)

Lipas kudung

10.

Orang yang dibayar upah tetapi tidak melakukan kerjanya.

a)

Buta hati

b)

Gaji buta

c)

Curi angin

d)

Gaji sedikit

11.

Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.

a)

kaki wayang

b)

bidan terjun

c)

orang gaji

d)

tali barut

12.

Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanti mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.

a)

senyum simpul

b)

bawa mulut

c)

tajam akal

d)

beri muka

13.

Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.

a)

bendera putih

b)

buku lima

c)

putih mata

d)

duit kopi

14.

Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.

a)

tulang belakang

b)

mata keranjang

c)

teman hidup

d)

orang dalam

15.

Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.

a)

cuci mata

b)

lintah darat

c)

cepat tangan

d)

rabun ayam

16.

Setelah penat bekerja, Cikgu Syafiq ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.

a)

berat tulang

b)

ambil angin

c)

ambil berat

d)

gerak hati

17.

Raju hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia _____.

a)

Mulut tempayan

b)

Baik hati

c)

Kaki ayam

d)

Telinga kuali

18.

rambang mata

a)

pandai memilih sesuatu

b)

susah untuk membuat pilihan

c)

senang untuk membuat pilihan

d)

selalu memilih sesuatu

19.

anak emas

a)

anak yang dijaga oleh ibu bapa

b)

anak yang disayangi oleh ibu bapa

c)

anak bongsu dalam keluarga

d)

anak sulung dalam keluarga

20.

Cikgu Ong mudah mengajar Kelas 3 Berlian kerana murid-muridnya _______

a)

rambang mata

b)

otak udang

c)

tajam akal

d)

tanda mata