wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HADIS TAHUN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud hadis?

a)

Semua perkara yang disandarkan kepada Malaikat Jibril

b)

Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Isa A.S

c)

Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

d)

Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Musa A.S

2.

Hadis ialah sumber hukum yang __________ selepas Al-Quran.

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

3.

Hadis berfungsi untuk _______________ hukum secara terperinci.

a)

membacakan

b)

menuliskan

c)

menjelaskan

4.

Daripada Ibnu Abbas berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Bukan daripada golongan kami orang yang tidak ____________ orang yang lebih muda dan tidak ____________orang yang lebih tua".

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

a)

membenci .... merendahkan

b)

mengasihi .... memuliakan

5.

Apakah adab menghormati orang tua?

a)

Tidak mendengar nasihat mereka

b)

Memanggil mereka dengan panggilan tidak sopan

c)

Hanya melihat mereka mengangkat barang yang berat

d)

Sopan santun dalam berbicara

6.

Pilih adab mengasihi orang muda

a)

Menunjuk contoh teladan yang tidak baik

b)

Melihat mereka dengan penuh kasih sayang

c)

Menasihati mereka dengan kata-kata kesat

d)

Berbicara dengan nada yang tinggi

7.

Apabila kita mengasihi orang yang lebih muda, kita akan .....

a)

dipandang rendah oleh masyarakat

b)

disakiti oleh mereka

c)

dicemuh dan dihina

d)

disayangi dan dihormati

8.

Kesan menghormati orang yang lebih tua ialah ...........

a)

kehidupan masyarakat lebih harmoni

b)

memperoleh kegelisahan jiwa

c)

dibenci Allah dan Rasulullah

d)

kehidupan tidak diberkati

9.

Rasulullah mengajarkan kepada kita untuk saling menyayangi dan menghormati, bukan untuk saling …

a)

menghargai

b)

membenci

c)

bekerjasama

d)

peduli

10.

Sikap kita ketika ada teman yang sakit adalah ....

a)

membiarkannya

b)

menjenguknya

c)

tidak peduli

d)

biasa saja

11.

Manakah diantara berikut bukan amalan berkasih sayang sesama manusia.

a)

A. Saling hormat-menghormati

b)

B. Memaafkan kesalahan orang lain

c)

C. Menghina golongan fakir dan miskin

12.

Selain berkasih sayang sesama manusia,kita juga perlu sayang kepada_________________

a)

A. Haiwan dan tumbuhan

b)

B. Makanan dan minuman

c)

C. Pangkat dan kekayaan

13.

Pilih diantara berikut amalan berkasih sayang kepada haiwan

a)

A. Melakukan pemburuan haram

b)

B. Tidak memberi makan kepada haiwan

c)

C. Tidak menganiaya haiwan

14.

Apakah maksud silaturrahim?

a)

A. Hubungan persahabatan

b)

B. Hubungan kasih sayang

c)

C. Hubungan kekeluargaan

15.

Apakah amalan yang boleh mengeratkan silaturrahim?

a)

A. Mengejek dan mengumpat kawan

b)

B. Bantu membantu dan bertanya khabar

c)

C. Mementingkan diri sendiri

16.

Hadis merupakan sumber hukum yang pertama di dalam Islam.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Rasulullah SAW amat menyukai orang yang _______________ orang tua.

a)

membenci

b)

menghina

c)

menghormati

18.

Hadis ialah semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan, _____________, ____________ dan sifat baginda.


Tandakan DUA jawapan yang bersesuaian.

a)

Perbuatan

b)

Permainan

c)

Pengakuan

d)

Perlawanan

e)

Sifat

19.

Ini cara adab mengasihi orang muda kecuali

a)

Bicara dengan nada mesra

b)

Wujudkan hubungan yang baik

c)

Nasihat dengan kata-kata yang kasar

d)

Tunjuk teladan yang baik

20.

Apakah contoh perkara yang sia sia?

a)

Mengumpat

b)

Membaca buku

c)

solat