NEW
Font size
Worksheetsbahan tambah makanan dan ubat 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah bahan tambah makanan yang digunakan untuk mencegah keropok daripada menjadi tengik dan berubah rasanya?
Penstabil
Perisa
Pengawet
Pengantioksida
Seorang pembuat kek ingin membuat keknya tahan lebih lama dan bebas daripada kulat. Antara berikut, yang manakah patut ditambahkan ke dalam keknya?
Pengantioksida
Pewarna
Pengawet
Pengemulsi
Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi bahan tambah makanan?
Meningkatkan perisa makanan.
Memperbaiki tekstur makanan.
Memastikan keseimbangan nutrien.
Mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma.
Jeruk mangga disediakan dengan merendam buah mangga di dalam cuka. Apakah jenis bahan tambah makanan bagi cuka?
Pewarna
Pemekat
Pengantioksida
Pengawet
Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebabkan daging tahan lebih lama?
Mendidihkan daging untuk satu jam.
Menyimpan daging di dalam peti sejuk.
Menggorengkan daging dan menyimpan di dalam bekas.
Seorang pelajar mendapati potongan kecil epal hijau bertukar keperangan setelah dibiarkan selama 15 minit.
Antara berikut, bahan yang manakah boleh ditambah untuk mencegah keperangan epal tersebut?
Alkohol
Gula
Lesitin
Asid askorbik
Maklumat di bawah menunjukkan bagaimana sejenis bahan tambah makanan berfungsi.
"Menyingkirkan air daripada sel mikroorganisma dan merencatkan pertumbuhan microorganisma"
Bahan tambah makanan yang manakah yang menepati ciri-ciri ini?
Asid askorbik
Cuka
Bahan tambah makanan digunakan dalam teknologi makanan untuk beberapa tujuan tertentu.
Pernyataan manakah berikut menunjukkan tujuan penggunaan bahan tambahan makanan?
I Untuk meningkatkan kadar pengoksidaan makanan berminyak
II Untuk memberi tekstur kepada makanan
III Untuk menambah nilai nutrisi
IV Untuk memberi rasa
I dan III sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
II dan IV sahaja
Seorang pesakit mengalami tekanan dan kesukaran untuk tidur. Ubat yang manakah sesuai untuk merawat pesakit itu?
Kodeina
Barbiturat
Parasetamol
Streptomisin
Sendi kaki seorang murid bengkak dan berasa sakit.
Apakah ubat yang sesuai diberikan kepada murid itu?
Kodeina
Penisillin
Parasetamol
Barbiturat
Antara penyakit berikut, yang manakah boleh dirawat dengan streptomisin?
Deman
Gangguan mental
Perasaan kebimbangan
Jangkitan bakteria
Hardi merasa tidak sihat. Dia pergi ke klinik dan doctor memberinya parasetamol.
Apakah jenis ubat parasetamol?
Analgesik
Antibiotik
Psikoterapeutik
Antipsikotik
Antara ubat berikut, yang manakah merupakan antibiotik?
Insulin
Kodeina
Streptomisin
Aspirin
Adik Aida sakit kepala. Apakah ubat yang patut Aida berikan kepada adiknya?
Streptomisin
Parasetamol
Trankuilizer
Insulin
Antara berikut yang manakah fungsi ubat jenis analgesik?
Melegakan rasa sakit.
Merawat penyakit asma.
Membunuh bakteria.
Menerangkan emosi pesakit.
Parasetamol digunakan untuk semua tujuan di bawah kecuali
Untuk mengurangkan demam
Untuk melegakan sakit kepala
Untuk mengurangkan radang/ bengkak
Untuk melegakan simptom selesema
Aspirin ialah ubat untuk sakit kepala, tetapi ia juga boleh mengakibatkan sakit perut. Mengapa?
Aspirin bersifat acid
Aspirin mengandungi bahan beracun
Aspirin akan bertindak balas dengan jus gastrik menghasilkan asid)
Aspirin akan bertindak balas dengan makanan menghasilkan bahan beracun.
Seorang ibu ingin membakar sebiji kek yang manis dan menarik warnanya. Bahan yang manakah perlu ditambah ke dalam kek?
Aspartam dan tartrazina
Mononatrium glutamat dan tartrazina
Aspartam dan asid benzoik
Mononatrium glutamat dan asid benzoik
Bahan manakah yang digunakan sebagai bahan pengawet makanan?
Natrium nitrit
Sebatian azo
Asid askorbik
Manonatrium glutamat
Sesetengah wanita mengalami masalah kemurungan selepas bersalin kerana perubahan hormon dalam badan. Selain kaunseling, doktor akan memberi rawatan dengan ubat
analgesik
stimulan
antidepresan
antibiotik
