NEW
Font size
WorksheetsKATA MAJMUK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
____________________ syarikat itu menikmati cuti selama tiga hari semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.
Suruhanjaya
Kakitangan
Pilihanraya
Pesuruhjaya
Hakim menggunakan ____________________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
budi bahasa
budi pekerti
budi bicara
balas budi
Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara ____________________ dari Dataran Merdeka.
lalu lintas
lintas akal
litar pintas
lintas langsung
"Jangan ____________________kan hal peribadi dengan kerja kita,"kata Encik Lokman kepada rakan setugasnya.
tangan kiri
campur aduk
tangan kanan
campur tangan
Keluarga Sulaiman berasa ____________________ atas pemergian datuk mereka.
sukarela
sukacita
peribadi
dukacita
Datuk telah mewasiatkan sejumlah ____________________ kepada setiap orang anak-anaknya.
hak milik
asal usul
harta benda
harta pusaka
____________________ yang bertanggungjawab sedang menyediakan minit mesyuarat.
Jawatankuasa
Warganegara
Suruhanjaya
Setiausaha
Siasat betul-betul dahulu kes ini, janganlah ____________________ sahaja dan menuduh tanpa bukti yang kukuh.
serah diri
serkap jarang
serang hendap
sampai hati
Pengguna kenderaan yang tidak membaharui ____________________ telah ditahan oleh pihak polis dalam operasi itu.
cukai pintu
cukai tanah
cukai jalan
cukai pendapatan
Pihak sekolah mengadakan minggu ____________________ untuk mengenali murid-murid baharu dengan lebih dekat lagi.
suai kenal
temu duga
soal jawab
temu bual
Bapa diberikan peluang untuk melakukan ____________________ kereta baharu yang akan dibelinya.
kaji selidik
pandu laju
pandu uji
soal siasat
Sebagai ____________________ Persatuan Bahasa Melayu di sekolahnya, Amirah perlu menyiapkan laporan yang diminta oleh Cikgu Lily.
urus setia
kakitangan
setiausaha
ketua kerani
Fariza sedang meneliti ____________________ rancangan televisyen yang disiarkan dalam surat khabar.
inti sari
atur cara
sari kata
seni kata
Sifat ____________________ Hanim telah menawan hati rakan-rakannya.
lemah longlai
lemah lembut
letih lesu
penat lelah
Adriana sedang ____________________ maklumat daripada Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya.
mereka cipta
memuat turun
mengemas kini
mengatur cara
Syarikat yang mempunyai ____________________ yang tinggi akan mampu bertahan sehingga kini.
daya tenaga
reka cipta
daya saing
usaha sama
Sudah menjadi tanggungjawab Cikgu Zaid untuk menyediakan ____________________ kelasnya.
jadual harian
jadual mingguan
jadual tugasan
jadual bertugas
____________________Encik Zainol berasal dari Kelantan.
Orang rumah
Orang harapan
Orang dapur
Orang atasan
Rizal ____________________ apabila Qudus tidak menjemputnya ke majlis hari jadi yang diadakan.
jauh hati
kecewa hati
jauh perasaan
resah hati
Kamal memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam ____________________.
peti besi
peti sejuk
peti wang
peti cadangan
