Font size
WorksheetsUlangkaji Bab 1-6 T2
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Pilih pernyataan yang benar tentang skala.
Perbandingan kedudukan antara dua tempat
Perbandingan jarak di atas peta antara dua tempat
Nisbah jarak di atas peta berbanding jarak sebenar di atas permukaan bumi
Nisbah jarak antara dua tempat dalam unit kilometer yang dilihat dari udara
Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan maklumat di bawah?
🌎Ah Chong membayar tambang bas berjumlah RM56.00 untuk perjalanan sejauh 80 kilometer
Semakin jauh perjalanan Ah Chong maka kos semakin murah
Masa perjalanan Ah Chong ialah 8 minit untuk satu kilometer
Kos pengangkutan Ah Chong ialah RM0.70 setiap kilometer
Ah Chong membayar kos pengangkutan sebanyak RM56 setiap meter
Selain menggunakan benang, apakah alatan lain yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak bagi sebatang sungai?
Pembaris
Jangka tolok
Jangka sudut
Jalur kertas
Pilih pernyataan yang benar tentang peta topografi.
Menggambarkan ciri pandang darat fizikal
Menggambarkan ciri-ciri yang wujud secara semula jadi
Menggambarkan kegiatan ekonomi dan ciri-ciri bentuk muka bumi
Menggambarkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya
Pernyataan di bawah paling tepat menggambarkan
🌎Dilukis secara menegak dari Utara ke Selatan
garisan utaraan
garisan timuran
garisan khatulistiwa
garisan tarikh antarabangsa
Kedudukan sesuatu tempat atau objek pada peta topografi ditentukan dengan menggunakan kaedah
koordinat
rujukan grid
lajur dan baris
kedudukan relatif
Antara berikut, yang manakah benar tentang sistem suria?
Sistem suria terdiri daripada matahari dan lapan buah planet utama
Lapan buah planet beredar mengelilingi matahari atas orbit yang sama
Bumi adalah planet yang paling dekat dengan matahari
Semua planet beredar mengelilingi matahari
Fenomena X merujuk kepada
🌎Fenomena X berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam disebabkan tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau antara bumi dengan matahari
Kejadian La Nina
tiupan angin lazim
Kejadian pasang surut
perubahan suhu antara siang dan malam
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan putaran bumi di atas paksinya?
Kejadian siang dan malam
Kejadian empat musim
Fenomena gerhana bulan
Kewujudan perbezaan waktu tempatan
Fenomena di bawah menyebabkan kejadian
🌎Bumi menghalang cahaya matahari daripada terpancar ke bulan
Gerhana bulan
Gerhana matahari
Gerhana bintang
pasang surut air laut
Pilih maklumat yang benar tentang ciri utama iklim yang dialami di Malaysia.
Sejuk sepanjang tahun
Panas sepanjang tahun
Panas dan kering sepanjang tahun
Panas dan lembap sepanjang tahun
Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun berbanding dengan nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia?
Perairan Selat Melaka mempunyai ikan yang banyak
Perairan Selat Melaka lebih dalam dan banyak plankton
Perairan Selat Melaka tidak ada saingan dengan nelayan asing
Perairan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin kencang
Antara berikut, yang manakah kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia?
Fenomena pulau haba di bandar
Kejadian jerebu di seluruh negara
Kejadian hujan perolakan
Fenomena El Nino
Pilih faktor yang menyebabkan peningkatan kejadian hujan asid.
Penebangan hutan
Letusan gunung berapi
Pembakaran bahan api fosil
Pembinaan empangan hidroelektrik
Fenomena di dalam gambar dikaitkan dengan kejadian
jerebu
hujan asid
pulau haba
kesan rumah hijau
Apakah kesan kejadian La Nina terhadap negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia?
Mengalami kemarau berpanjangan
Mengalami hujan lebat
Mengalami fenomena banjir besar
Mengalami suhu yang sangat tinggi
Antara berikut, yang manakah kegiatan ekonomi di Malaysia yang dipengaruhi oleh cuaca dan iklim?
Penanaman padi
Perkilangan
Menjual barang runcit
Aktiviti pembalakan
Kawasan yang boleh dikaitkan dengan maklumat yang diberi ialah
🌎Keadaan laut yang bergelora akibat tiupan Angin Monsun Timur Laut menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut
Kuala Kedah
Bachok
Kuala Dungun
Kuala Kurau
Stesen kereta api yang dimaksudkan dalam pernyataan di bawah ialah
🌎Stesen persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia
Ipoh
Gemas
Johor Bahru
Butterworth
Apakah faktor utama yang menyebabkan pembinaan jaringan jalan raya di Sabah dan Sarawak lebih tertumpu di pesisiran pantai?
Tanah tinggi di pedalaman
Tumpuan penduduk lebih ramai
Mudah memperoleh bahan binaan
Kawasan pedalaman bersaliran buruk
Apakah kepentingan pengangkutan awam di Malaysia?
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Menjimatkan kos
Memaksimumkan keuntungan kerajaan
Meningkatkan nilai mata wang
Gambar ini menunjukkan
telegraf
mesin faks
telefon selular
telefon talian tetap
Apakah kepentingan alat yang ditunjukkan di dalam gambar?
Mempertingkatkan risikan
Mengukuhkan sistem pertahanan
Menjaga keselamatan udara
Meningkatkan keupayaan telekomunikasi
Isu utama yang harus ditangani oleh pihak kerajaan berkaitan dengan kemajuan telekomunikasi ialah
penyebaran maklumat berunsur negatif
harga alat telekomunikasi yang murah
pengguna alat telekomunikasi yang tiada had umur
isu pencerobohan data peribadi
Perbuatan yang menyalahi etika penggunaan alat telekomunikasi ialah
menyentuh isu-isu sensitif
melakukan plagiat
meminjam alat telekomunikasi
tidak mendedahkan hal-hal peribadi
