NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah Tingkatan 3
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota di kawasan Sungai Sarawak?
A) Menguasai adat
B) Membanteras lanun
C) Menguasai ekonomi
D) Menjalankan pentadbiran
Pada tahun 1820-an, dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu di Lidah Tanah yang terletak di Sungai sarawak.
Apakah kepentingan kawasan tersebut?
A) Pusat perdagangan
B) Pusat kebudayaan
C) Pusat keagamaan
D) Pusat kesenian
Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?
A) Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang
B) Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman
C) Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan
D) Menyelesaikan perbalahan antara pembesar tempatan
Antara berikut, yang manakah strategi James Brooke untuk mendapatkan Sarawak?
i Menentang pentadbiran datu Patinggi Ali
ii Ugutan menyerang Pengiran Raja Muda Hashim
iii Kehadiran angkatan tentera laut British ke Brunei
iv Memaksa pembesar tempatan menerima Residen
A) i dan ii
B) i dan iv
C) ii dan iii
D) iii dan iv
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian yang melibatkan James Brooke di Sarawak.
Perjanjian 1841
Perjanjian 1842
Apakah kesan daripada kedua-dua perjanjian tersebut?
A) Menyerahkan ufti tahunan kepada Sultan Brunei
B) Melantik James Brooke sebagai penasihat sultan
C) Menamatkan kekuasaan Kesultanan Brunei di Sarawak
D) Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang British
Apakah tujuan penghantaran kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British ke Sarawak?
A) Memerangi ancaman lanun
B) Meghapuskan perang saudara
C) Menentang kebangkitan pembesar
D) Memperkukuh pertahanan Sarawak
James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan.
Siapakah orang tempatan yang menyokong James Brooke?
Orang Iban dan orang Kenyah
Orang Iban dan orang Bidayuh
Orang Melayu dan orang Iban
Orang Melayu dan orang Kayan
Maklumat berikut berkaitan dengan strategi pengukuhan kuasa James Brooke di Sarawak.
"Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang kedudukan James Brooke"
Siapakah tokoh tempatan yang dibuang oleh James Brooke ke Singapura?
A) Sharif Masahor
B) Pengiran Ersat
C) Datu Patinggi Ali
D) Pengiran Matusin
Bagaimanakah tindakan James Brooke untuk memperkukuhkan pertahanan di Sarawak?
A) Penubuhan Renjer Sarawak
B) Pembinaan kubu pertahanan
C) Penggubalan undang-undang Barat
D) Penghantaran kapal perang HMS Dido
Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke.
Mengapakah Sultan Abdul Mumin bertindak demikian?
A) Mengatasi ancaman lanun Batang Lupar
B) Menyelesaikan isu pembunuhan peniaga di Sarawak
C) Membangunkan aktiviti perdagangan dan pertanian
D) Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan
