wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 PRINSIP AKAUN T4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kegunaan dokumen perniagaan?

a)

Sebagai asas perekodan dalam penyata kewangan

b)

Sebagai bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku

c)

Sebagai asas untuk menyediakan Imbangan Duga

d)

Sebagai alat perancangan kewangan pada masa depan

2.

Manakah yang merupakan fungsi dokumen perniagaan?


i Mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga

ii Merupakan bukti bagi sesuatu urus niaga

iii Sebagai asas perekodan dalam penyata kewangan

iv Sebagai sumber maklumat

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

3.

Pilih padanan dokumen dan urus niaga yang betul.

a)

Invois & Jualan secara kredit

b)

Slip daftar tunai & Bukti bayaran tunai

c)

Keratan cek & Bukti bayaran tunai

d)

Nota kredit & Invois tambahan

4.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan tujuan nota kredit dikeluarkan?


i Jumlah dalam invois terlebih caj

ii Pembeli memulangkan tin-tin kosong yang telah dicaj dalam invois

iii Caj angkutan dikenakan kepada pembeli

iv Jumlah dalam invois terkurang caj

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

5.

Dokumen X merupakan suatu penyata yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan kepada pemilik akaunnya telah dikurangkan dengan sesuatu jumlah seperti caj bank. Dokumen X ialah .....

a)

penyata bank

b)

penyata akaun

c)

makluman debit

d)

makluman kredit

6.

Kedai Akatan Sukan Niran telah membeli barang berikut secara kredit pada 12 Mac 20X8.


- 40 unit raket badminton berharga RM320 seunit

- 50 unit raket tenis berharga Rm450 seunit


Diskaun niaga: 20%

Diskaun tunai: 10% 14 hari, 5% 20 hari


Berapakah jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Alatan Sukan Niran jika bayaran dibuat pada 26 Mac 20X8?

a)

RM25 416

b)

RM28 240

c)

RM26 828

d)

RM24 710

7.

Dokumen manakah yang berfungsi sebagai invois tambahan?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

8.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis dokumen.


"Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi angkutan."


Apakah dokumen tersebut?

a)

Folio pelanggan

b)

Nota debit

c)

Nota kredit

d)

Makluman debit

9.

Pernyataan manakah yang benar mengenai diskaun tunai?

a)

Menggalakkan pembeli membayar dengan segera

b)

Menggalakkan pembeli membeli dengan banyak

c)

Merupakan potongan daripada harga senarai

d)

Amaun diskaun tunai dinyatakan dalam invois

10.

Dokumen manakah yang merupakan sumber untuk merekodkan Jurnal Penerimaan Tunai?

a)

Keratan Cek

b)

Invois

c)

Baucar pembayaran

d)

Resit Rasmi