wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pemasaran?

a)

Aktiviti mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan.

b)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

c)

Aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti yang bertujuan untuk memperkenalkan produk.

d)

Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan mendapat keuntungan

2.

“Satu proses sosial dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan nilai antara satu sama lain.”


Philip Kotler


Pernyataan di atas merujuk kepada definisi

a)

pasaran

b)

pemasaran

c)

perniagaan

d)

pengiklanan

3.

Apakah tujuan pemasaran dilakukan?

a)

Mengurangkan kos pengeluaran

b)

Mengekalkan pelanggan yang sedia ada

c)

Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

d)

Menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk

4.

Susun mengikut urutan yang betul sebahagian aliran dalam bidang pemasaran.


I Nilai

II Produk

III Pertukaran

IV Permintaan

a)

I, IV, III, II

b)

II, I, III, IV

c)

III, II, I, IV

d)

IV, II, I, III

5.

Berikut merupakan sebahagian aliran pemasaran produk bagi sebuah syarikat pengeluaran kereta.


Pengeluar > X > Pengangkutan > Promosi


Apakah X?

a)

Perniagaan

b)

Pembuatan

c)

Perkilangan

d)

Pergudangan

6.

Antara berikut aktiviti manakah yang terlibat dalam pemasaran?


I Penilaian

II Perniagaan

III Penjenamaan

IV Pengangkutan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

7.

Pengetahuan mengenai penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi kesan kepada pengguna merujuk kepada maksud:

a)

Reka bentuk

b)

Teknologi

c)

Reka bentuk dan teknologi

d)

Produk

8.

Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.


Definisi di atas merujuk kepada

a)

Pengeluar

b)

Promosi

c)

Pengguna

d)

Perniagaan

9.

Padankan maksud Pengguna Organisasi yang sesuai

a)

Pengguna yang membeli produk bagi kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah

b)

Kegiatan menyimpan produk di dalam gudang

c)

Pengguna yang membeli produk untuk digunakan dalam kegiatan perniagaan seperti teksi sewa beli

d)

Menentukan produk yang hendak dikeluarkan.

10.

Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk dalam pemasaran?

I Memenuhi kehendak dan keperluan pengguna

II Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

III Meningkatkan permintaan dan penawaran sesuatu produk

IV Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV