NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL : PENGURUSAN KEWANGAN SECARA BERETIKA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Pengurusan kewangan adalah tindakan merancang pendapatan dan perbelanjaan secara berhemah.
Ya
Tidak
2. Berikut merupakan sumber kewangan yang diperolehi secara beretika kecuali
Gaji
Insurans
Divider
Sewa
3. Sumber kewangan yang diperolehi secara beretika ialah sumber kewangan yang diperolehi mengikut
Usaha yang gigih
Saham yang diiktiraf
Peraturan dan undang-undang yang sah.
Peruntukan wang untuk membayar cukai.
4. Berikut adalah kepentingan pengurusan kewangan secara beretika kecuali;
Mengurangkan bebanan kewangan.
Mengelakkan kes penipuan.
Mewujudkan komuniti boros.
Menjamin kesejahteraan keluarga.
5. Nilai universal yang berkaitan dengan isu pengurusan kewangan ialah
Kasih sayang
Prihatin
Toleransi
Bertanggungjawab
6. Sally merupakan graduan dalam bidang komunikasi. Dia diterima bekerja oleh sebuah syarikat penyiaran sebagai seorang pembaca berita.
Berdasarkan pernyataan di atas, Sally mungkin akan menerima sumber kewangan berikut, kecuali
Gaji bulanan
Faedah simpanan bank
Bonus
Pelaburan hartanah
7. Bagaimanakah cara yang wajar bagi Sally untuk menguruskan kewangannya supaya menjamin kedudukan kewangan yang stabil di masa akan datang?
Membuat simpanan 10% daripada pendapatannya setiap bulan.
Menggunakan semua gajinya untuk membayar hutang bank.
Melaburkan semua sumber pendapatan bulanan di pasaran saham.
Menjadi penghantar makanan selepas waktu bekerja.
8. Anita diterima bekerja di sebuah syarikat dengan gaji sebanyak RM4000 sebulan. Dengan gaji sebanyak itu, Anita membeli pelbagai barangan berjenama yang diimpikannya selama ini. Anita selalu terpaksa 'mengikat perut' sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Apakah kesan tindakan Anita terhadap kehidupannya nanti?
Anita terpaksa berhenti kerja.
Barangan berjenama Anita akan rosak.
Menanggung kos perbelanjaan keluarga.
Tiada simpanan untuk kegunaan apabila kecemasan.
9. Berikut merupakan perkara yang perlu dirancang sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan, kecuali
Mengenalpasti barangan keperluan atau kehendak.
Membuat peruntukan perbelanjaan.
Menyimpan semua resit perbelanjaan.
Membuat penelitian harga.
10. Kesemua jawapan di bawah merupakan tindakan yang perlu anda lakukan setelah mempunyai pendapatan sendiri, kecuali
Membeli barangan keperluan
Membuat simpanan sebahagian gaji
Membuat jualan langsung
Memperuntukkan wang untuk membayar cukai.
