Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MENAMBAH DAN MENGURANGKAN DAYA GESERAN

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah permukaan laci disapu dengan lilin.

a)

Untuk menambahkan geseran

b)

Untuk mengurangkan geseran

2.

Rajah menunjukkan sebuah kotak berjisim 32 kg di atas permukaan kasar. Apakah cara yang paling sesuai untuk mengurangkan daya geseran semasa menolak kotak tersebut?

a)

Menarik kotak menggunakan tali

b)

Meletakkan rod pengguling di bawah kotak

c)

Meletakkan minyak pelincir di atas lantai

d)

Menabur serbuk besi di atas lantai

3.

Mengapakah dalam permainan karom menggunakan tepung asid borik.

a)

Untuk menambahkan geseran

b)

Untuk mengurangkan geseran

4.

Mengapakah enjin kereta menjadi panas selepas pemanduan ?

a)

daya geseran tayar bertambah

b)

daya geseran badan kereta bertambah

c)

daya geseran omboh enjin bertambah

d)

daya geseran minyak kereta bertambah

5.

Jika permukaan licin, maka.........

a)

daya geseran bertambah

b)

jarak permukaan bertambah

c)

daya geseran berkurang

d)

daya tarikan bertambah

6.

Geseran diperlukan dalam kehidupan seharian. Antara berikut, yang manakah merupakan keburukan geseran?

a)

Pisau dapat ditajamkan

b)

Perabot tidak bergerak ditempat asalnya

c)

Getah pemadam menjadi semakin kecil saiznya

d)

Lori yang bergerak dapat diperlahankan dan diberhentikan apabila tiba di lampu isyarat merah

7.

Fatin ingin memindahkan sebuah kotak yang berat. Apakah cara yang paling sesuai untuk memudahkan Fatin?

a)

membasahkan permukaan kelasnya dengan air

b)

menyapu pelincir di bawah kotak itu

c)

menggunakan penggolek dan roda

d)

menggunakan tali

8.

Apakah yang digunakan oleh ahli sukan angkat berat untuk mengelakkan pemberat besi daripada mudah terlucut?

a)

Serbuk kapur magnesium karbonat

b)

Minyak gris

c)

Tepung asid borik

d)

Sarung tangan bercorak

9.

Bagaimanakah untuk mengurangkan daya geseran pada bahagian tingkap yang berkarat dan susah dibuka?

a)

Penggunaan penggolek

b)

Penggunaan gris

c)

Penggunaan tepung asid borik

d)

Pemakaian sarung tangan bercorak untuk membukanya

10.

Rajah menunjukkan bebola yang terdapat pada roda basikal. Apakah fungsi alas bebola itu?

a)

Menambahkan geseran

b)

Mengurangkan geseran

11.

Apakah yang digunakan untuk memudahkan pergerakan buah karom?

a)

Serbuk kapur magnesium karbonat

b)

Tepung asid borik

c)

Serbuk soda bikarbonat

d)

Lapisan lilin

12.

Tapak kasut manakah yang dapat menambahkan daya geseran untuk mengelakkan kita daripada tergelincir?

a)

Bercorak dan halus

b)

Halus dan bergaya

c)

Bergaya dan nipis

d)

Kasar dan bercorak

13.

Cara apakah yang paling sesuai untuk mengurangkan geseran di bahagian enjin kereta?

a)

Penggunaan minyak masak

b)

Penggunaan lilin

c)

Penggunaan minyak pelincir

d)

Penggunaan minyak gris

14.

Apakah nama objek pada kaki dalam rajah?

a)

Pelapik bilik air

b)

Pelapik anti-basah

c)

Pelapik anti-gelincir

d)

Pelapik anti-geseran

15.

Mengapakah atlet berikut memakai helmet berbentuk sedemikian?

a)

mengelakkan kepala tidak selesa

b)

mengurangkan daya geseran

c)

meningkatkan daya geseran

d)

menambah kelajuan kayuhan

16.

Bagaimanakah kamu dapat membantu sekiranya kamu berada dalam situasi di atas?

a)

menggunakan pelapik antigelincir

b)

menggunakan permukaan mozek

c)

menggunakan serbuk kapur magnesium karbonat

17.

Meletakkan minyak pelincir pada enjin

Menggunakan alas bebola

Menyapu lilin pada permukaan


Antara yang berikut, yang manakah adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti di atas?

a)

Kebaikan daya geseran

b)

Cara mengurangkan geseran

c)

Cara menambahkan geseran

d)

Kesan daya geseran

18.

Engsel pintu menghasilkan bunyi apabila pintu ditutup atau dibuka. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

a)

Cuci engsel pintu dengan air

b)

Gosok engsel pintu dengan berus

c)

Sapukan minyak pada engsel pintu

d)

Letakkan bedak talkum pada engsel pintu

19.
Pilih keburukan Daya Geseran.
a)
Menghasilkan bunyi yang tidak diingini
b)
Membolehkan objek kekal pegun
c)
Menghasilkan haba
20.
Dalam situasi manakah dayya geseran adalah berguna?
a)
Penghasilan haba dalam mesin
b)
tayar kereta menjadi haus
c)
penghasilan bunyi apabila pintu dibuka
d)
mengasah pisau pada batu asah