Font size
Worksheetspengurusan perbelanjaan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Nyatakan nilai yang TIDAK berkaitan dengan Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika
Kejujuran
Amanah
Kesederhanaan
Berdikari
Situasi manakah yang menunjukkan ciri perbelanjaan secara beretika?
Membeli barangan apabila terdapat jualan murah
Setiap pembelian dibayar secara kredit
Membuat anggaran perbelanjaan tahunan
Menyimpan resit pembelian sebagai bukti perbelanjaan
Manakah yang keburukan penggunaan kad kredit?
Boleh berhutang
Perlu membayar faedah
Boleh berbelanja secara bijak
Mudah berhutang
Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud?
Membelanjakan wang melebihi kemampuan seseorang individu
Wang dibelanjakan sepenuhnya tanpa membuat simpanan
Cara wang dibelanjakan dan diuruskan dengan berhemah untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan
Cara wang dibazirkan untuk mendapatkan barangan bersifat kehendak bukan keperluan
Berikut merupakan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika. Kecuali..
Mengenalpasti dan membuat anggaran perbelanjaan
Membiarkan diri terpengaruh dengan jualan murah atau jualan dalam talian
Menentukan kedudukan kewangan yang dimiliki
Mendisiplinkan diri ketika berbelanja
Membuat penelitian harga terlebih dahulu bagi memastikan barang tersebut benar-benar murah dan berkualiti merupakan salah satu cara pengurusan perbelanjaan secara beretika.
Betul
Salah
Sebagai pengguna, berikut merupakan hak-hak yang dimiliki oleh seorang pengguna. Kecuali..
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Hak untuk mendapatkan potongan harga maksimum
Natalia ingin membeli baju untuk majlis dipejabatnya. Dia telah memilih untuk membeli baju di sebuah butik mahal kerana mementingkan jenama baju tersebut sedangkan dia tahu di kedai lain dia boleh mendapatkan baju dengan kualiti yang sama pada harga yang lebih murah. Tindakan Natalia merupakan suatu...
Kehendak
Keperluan
Berikut merupakan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika. Kecuali...
Mengelakkan diri daripada ditipu
Mengurangkan bebanan hutang
Meningkatkan pembaziran
Menjamin masa hadapan
Berikut merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika. Kecuali..
Tidak terbeban dengan hutang
Meningkatkan masalah inflasi
Menghadapi masalah kewangan
Menjejaskan hubungan kekeluargaan
Melahirkan tabiat masyarakat yang boros dan membazir merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada...
Negara
Masyarakat
Diri
Keluarga
Muflis dan tekanan perasaan merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika kepada...
Negara
Keluarga
Diri
Masyarakat
Pengguna yang bijak akan melengkapkan diri dengan maklumat supaya tidak mudah ditipu.
WAJAR
TIDAK WAJAR
Sebagai pengguna, kita tidak perlu melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab jika terdapat barangan yang dibeli telah tamat tempoh.
TIDAK WAJAR
WAJAR
Seseorang pengguna harus tahu hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
TIDAK WAJAR
WAJAR
