wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 5 Pencaran biji benih dan buah

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Berdasarkan ciri biji benih yang dapat diperhatikan pada rajah yang ditunjukkan, apakah kaedah pencarannya?
a)
air
b)
angin
c)
haiwan
d)
mekanisma letupan
2.
Apakah ciri yang istimewa terdapat pada buah yang ditunjukkan untuk dipencarkan oleh air?
a)
kulit luar yang berlilin dan mempunyai sabut
b)
kulit luar yang berlilin dan menyerap air
c)
mempunyai sabut dan ringan
d)
mempunyai sabut dan berkulit keras.
3.
Apakah yang terdapat pada biji benih yang ditujukkan untuk biji benih ini dipencarkan oleh angin?
a)
ringan dan berisi
b)
mempunyai struktur bersayap 
c)
berbau wangi dan ringan
d)
berisi dan ringan
4.
Cara pencaran yang ditujukkan oleh biji benih sesuai dengan ciri-cirinya. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada biji benih ini ?
a)
apabila matang, kulit yang paling luar akan merekah.
b)
ringan dan mudah ditiup angin
c)
warna yang menarik
d)
menghasilkan bau yang harum
5.
Apakah 2 ciri yang utama untuk kaktus hidup di tempat yang melampau?
a)
daun nya bersaiz besar dan berduri
b)
akar yang panjang dan kulit  berlilin.
c)
akar yang panjang dan  batang yang tidak boleh menyimpan air.
d)
menghasilkan bulu 
6.
Buah betik dipencarkan oleh haiwan.  Nyatakan dua ciri yang terdapat pada buah betik untuk ia sesuai dipencarkan oleh haiwan.
a)
warna yang cerah dan mempunyai isi.
b)
warna yang cerah dan ringan
c)
ringan dan berbau harum
d)
warna yang pudar dan berbau harum
7.
Antara berikut, yang manakah mempunyai cara pencaran yang sama seperti buah seperti rajah ini?
a)
biji benih angsana
b)
biji benih meranti
c)
buah kelapa
d)
buah keembung
8.
Kapas dan lalang memencarkan biji benihnya dengan angin.  Walaupun biji benih kapas dan lalang tidak mempunyai struktur bersayap. Apakah ciri yang terdapat  pada kedua-duanya untuk biji benihnya dipencarkan oleh angin?
a)
berduri
b)
ringan
c)
kutikel keras
d)
mempunyai rongga udara
9.
Antara ciri-ciri buah berikut, yang manakah tidak membantu biji benih dalam pencaran oleh haiwan?
a)
buah yang berisi tebal
b)
buah yang berbau wangi
c)
buah yang berwarna cerah
d)
buah yang menghasilkan getah yang melekit
10.
Buah kelulut dan kemuncup juga dipencarkan oleh haiwan.  Walaupun kedua-duanya tidak mempunyai warna yang menarik dan menghasilkan bau yang harum, ia mempunyai ciri yang istimewa.  Apakah ciri yang terdapat pada kedua-duanya untuk membolehkan ia dipencarkan oleh haiwan?
a)
mempunyai kulit kalis air
b)
mempunyai rongga udara
c)
mempunyai cangkuk
d)
mempunyai isi yang sedap
11.
Berikut merupakan pernyataan tentang buah pokok T. 
"Buah menjadi kering dan meletup untuk memencarkah biji benihnya"
Pokok T ialah...................
a)
pokok betik
b)
pokok kelapa
c)
pokok semalu
d)
pokok getah
12.
Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada buah M.
*mempunyai kulit berlilin
*mempunyai rongga udara pada sabutnya
Apakah ajen pencaran yang sesuai bagi buah M?
a)
air
b)
angin
c)
haiwan
d)
mekanisme letupan
13.

Apakah yang bakal berlaku sekiranya biji benih tumbuhan tidak dipencarkan?

a)

biji benih tidak akan bersaing untuk memperolehi cahaya Matahari, air dan ruang

b)

biji benih akan terus hidup

c)

biji benih akan bersaing untuk memperolehi cahaya matahari , air dan nuterian.

14.

Apakah maksud pencaran biji benih?

a)

Cara tumbuhan melindungi diri daripada cuaca melampau.

b)

Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya.

c)

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri.

d)

Cara tumbuhan mengelakkan kehilangan air yang banyak.

15.

Apakah KEPENTINGAN pencaran biji benih? Tandakan 2 jawapan yang paling betul.

a)

Memastikan kemandirian spesies tumbuhan.

b)

Mengelakkan berlakunya persaingan spesies tumbuhan yang sama.

c)

Memastikan tumbuhan mudah melakukan fotosintesis.

d)

Membolehkan tumbuhan menghasilkan gas oksigen yang banyak.

16.

Manakah berikut BUKAN sebab utama tumbuhan perlu dipencarkan?

a)

Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan ruang, air, udara dan cahaya matahari

b)

Menjadikan tumbuhan semakin bantut.

c)

Membolehkan tumbuhan terus hidup.

d)

Memastikan tumbuhan hidup subur.

17.

Apakah akan berlaku jika tumbuhan tidak melakukan pencaran biji benih?

a)

Spesies tumbuhan akan semakin pupus.

b)

Bilangan spesies tumbuhan tidak akan berubah.

c)

Spesies tumbuhan akan semakin subur

18.

Apakah tumbuhan lain yang mempunyai cara pencaran biji benih yang sama dengan keembung?

a)

Pokok meranti.

b)

Pokok teratai.

c)

Pokok saga.

d)

Pokok cili.

19.

Ali menyemai biji benih tumbuhan berhampiran dengan pokok induk. Adakah tindakan Ali itu betul?

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Apakah akan berlaku jika anak benih ditanam berhampiran dengan pokok induk?

a)

Persaingan hebat akan berlaku antara anak benih dan pokok induk.

b)

Pokok induk akan berbuah dengan sangat banyak.

c)

Anak benih dapat melindungi diri daripada panas matahari.

d)

Tumbesaran anak benih berlaku dengan sangat cepat.

21.

Apakah akan berlaku kepada anak benih yang tumbuh berjauhan daripada pokok induk? Jawapan ada lebih daripada satu.

a)

Pertumbuhan anak benih akan bantut.

b)

Anak benih akan hidup subur.

c)

Berlaku persaingan yang hebat antara pokok induk dan anak benih.

d)

Tidak berlaku persaingan antara pokok induk dan anak benih.

22.

Apakah akan berlaku kepada anak benih yang tumbuh berdekatan dengan pokok induk? Jawapan ada lebih daripada satu.

a)

Pertumbuhan anak benih akan bantut.

b)

Anak benih akan hidup subur.

c)

Berlaku persaingan yang hebat antara pokok induk dan anak benih.

d)

Tidak berlaku persaingan yang hebat antara pokok induk dan anak benih.

23.

Apakah persamaan antara biji benih pokok meranti dan biji benih pokok sena?

a)

Mempunyai cangkuk yang akan melekat pada bulu haiwan dan manusia.

b)

Mempunyai struktur sayap yang membolehkannya diterbangkan jauh oleh angin.

c)

Mempunyai rongga yang membolehkannya terapung di atas permukaan air.

d)

Mempunyai isi tebal yang boleh dimakan.

24.

Sebab utama tumbuhan perlu dipencarkan adalah untuk...

(pilih 3 jawapan terbaik)

a)

Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan ruang, air, udara dan cahaya matahari

b)

Menjadikan tumbuhan semakin bantut.

c)

Membolehkan tumbuhan terus hidup.

d)

Memastikan tumbuhan hidup subur.

25.

Bagaimanakah tumbuhan ini memencarkan biji benihnya?

a)

melalui air

b)

melalui angin

c)

melalui manusia dan haiwan

d)

melalui mekanisme letupan