Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kita Umpama Sehelai Daun

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema yang sesuai bagi sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

Menjadi seperti daun dalam kehidupan

b)

Amalan yang baik dalam kehidupan

c)

Menjadi seperti unggas dalam kehidupan

d)

Mengamalkan sikap angkuh dalam kehidupan

2.

Antara berikut, yang manakah bukan persoalan sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

Menyumbang dan berbuat baik kepada masyarakat

b)

Perbuatan mementingkan diri akan mengakibatkan insan lain menghadapi kesusahan

c)

Hidup di dunia hanya sementara waktu

d)

Perpaduan yang erat akan membawa kejayaan.

3.

Berapakah rangkap yang terdapat dalam sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

7

b)

6

c)

5

d)

4

4.

Sajak ini berbentuk

a)

bebas

b)

terikat

5.

Frasa "jadilah sehelai daun" memiliki_____suku kata.

a)

5

b)

7

c)

8

6.

Penggunaan" unggas, ranting,dan daun " ialah gaya bahasa____

a)

unsur bunyi

b)

imej alam

c)

metafora

7.

"Kita umpama sehelai daun"


Apakah gaya bahasa bagi perkataan UMPAMA dalam ayat di atas?

a)

Personafikasi

b)

Simile

c)

Metafora

d)

Hiperbola

8.

hijau menunas menyegar mata


Apakah unsur bunyi bagi huruf m dalam ayat di atas ayat di atas?

a)

epifora

b)

asonansi

c)

aliterasi

d)

anafora

9.

Antara baris yang berikut, yang manakah menunjukkan pengulangan di awal baris ( anafora )?

a)

di mana lagi tempat bernaung

b)

ingin bernaung mencari hidup

c)

kita umpama sehelai daun

d)

jadilah sehelai daun

10.

'sehingga lupa makhluk duafa'


Berdasarkan baris di atas, apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata bewarna merah?

a)

Makhluk Tuhan yang lemah atau daif

b)

Makhluk Tuhan yang dalan kesenangan

c)

Makhluk Tuhan yang dalam keadaan lupa

d)

Makhluk Tuhan yang sudah tua

11.

kita umpama sehelai daun

bakal kering sampai waktunya

usahlah angkuh keupayaan diri

sehingga lupa makhluk duafa

ingin bernaung mencari hidup


Berdasarkan rangkap di atas, apakah pengajaran yang boleh kita peroleh?

a)

Kita wajar bersikap meninggi diri atas kesenangan yang dimiliki

b)

Kita wajar bersikap bangga dengan kelebihan diri asalkan tidak menyusahkan orang lain

c)

Kita tidak wajar bersikap angkuh kerana tiba masanya kita juga akan menjadi tua dan mati

d)

Kita tidak wajar bersikap angkuh kerana tiba masanya kita juga akan merasai kesusahan hidup

12.

andai kikir jasa dan bakti

di mana lagi tempat bernaung

dari tusukan bahang memijar

unggas kecil tidak berkudrat


Apakah bentuk rima bagi rangkap di atas?

a)

a b a b c

b)

a b c b d

c)

a b c d

d)

a b b

13.

Apakah nilai yang terdapat dalam sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

Prihatin terhadap golongan yang memerlukan

b)

Bertanggungjawab terhadap diri sendiri

c)

Bersederhana ketika berbelanja

d)

Kerajinan mencari rezeki

14.

Antara berikut, yang manakah bukan pengajaran yang boleh didapati pada sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

Kita hendaklah berusaha membantu orang yang berupaya

b)

Kita hendaklah berbuat baik sesama makhluk ciptaan Tuhan

c)

Kita hendaklah prihatin terhadap golongan yang memerlukan

d)

Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat

15.

Pada pendapat anda, mengapakah penulis mengumpamakan manusia itu seperti sehelai daun?

a)

Kerana daun ketika segar dan kering tidak membantu makhluk lain

b)

Kerana daun ketika segar dan kering memberi manfaat kepada makhluk lain

c)

Kerana daun ketika segar dan kering menjadi makanan kepada makhluk lain

d)

Kerana daun ketika segar dan kering menjadi beban kepada makhluk lain

16.

Antara berikut, yang manakah bukan nilai yang terdapat dalam Sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

a)

Kesyukuran

b)

Bertanggungjawab

c)

Kerajinan

d)

Prihatin

17.

Baris " tempat bercanda unggas meriang" membawa maksud

a)

kawasan haiwan berteduh daripada panas

b)

kawasan burung hinggap dengan riang

c)

ruang burung hinggap setelah mencari makanan

d)

tempat burung membuat sarang untuk bertelur

18.

Penyajak menggambarkan kehidupan ibarat daun kering yang akan gugur, iaitu manusia akhirnya akan

a)

tidak bermaya

b)

kembali ke asalnya

c)

meninggalkan dunia ini

d)

lemah untuk meneruskan hidup

19.

8. andai kikir jasa dan bakti

di mana lagi tempat bernaung

dari tusukan bahang memijar

unggas kecil tidak berkudrat


Apakah maksud rangkai kata 'tidak berkudrat' dalam ayat?

a)

tidak memerlukan pertolongan

b)

tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian

c)

tidak dapat berdikari

d)

tidak sombong

20.

tempat bercanda unggas meriang


Apakah maksud rangkai kata "bercanda" dalam ayat?

a)

berlindung

b)

saling membantu

c)

kediaman

d)

bergurau senda

21.

Cara kita berjasa kepada pokok yang menyeimbangkan alam dan ekologi ialah____

a)

membuka hutan dan membina bangunan

b)

menggunakan baja kimia dalam pertanian

c)

menanam lebih banyak pokok