wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA T4 : MODUL 1 - PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Total questions: 40

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah benar tentang perakaunan ?

a)

Perakaunan adalah lebih luas daripada simpan kira

b)

Perakaunan merancang penggunaaan modal perniagaan

c)

Perakaunan membantu pihak pengurusan membuat keputusan

d)

Perakaunan melibatkan proses merekodkan urus niaga sahaja

2.

Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?

a)

Bank

b)

Akaun Belum Bayar

c)

Pengurusan

d)

Pesaing perniagaan

3.

Encik Shafiq merekodkan perbelanjaan perniagaan dengan mata wang ringgit Malaysia.

Apakah konsep perakaunan yang beliau patuhi

a)

Pengiktirafan hasil dan belanja

b)

Tempoh perakaunan

c)

Entiti berasingan

d)

Wang sebagai ukuran

4.

Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri.

Urus niaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?

a)

Prinsip kos

b)

Ketekalan

c)

Tempoh perakaunan

d)

Entiti berasingan

5.

Pada tahun kewangan 2020, Kedai Buku Aiman masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800.


Apakah konsep perakaunan yang terlibat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Tempoh perakaunan

d)

Wang sebagai ukuran

6.

Belanja belum bayar perlu diiktiraf dalam tempoh semasa ia berlaku walaupun belanja tersebut belum dilunaskan. Prinsip manakah yang dipatuhi?

a)

Usaha berterusan

b)

Pengiktirafan hasil dan belanja

c)

Wang sebagai ukuran

d)

catatan bergu

7.

"Semasa menjalankan tugas, seseorang akauntan tidak boleh berkompromi dan berat sebelah serta tidak terpengaruh oleh mana-mana pihak yang berkepentingan."


Apakah ciri yang berkaitan dengan etika di atas ?

a)

Integriti

b)

Kerahsiaan

c)

Objektiviti

d)

Sifat profesional

8.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Mithran.


‘Encik Mithran merekodkan yuran tuisyen adiknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’


Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?

a)

Pengiktirafan hasil dan belanja

b)

Tempoh perakaunan

c)

Entiti berasingan

d)

Wang sebagai ukuran

9.

Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan yang tidak lengkap.


Apakah Q?

a)

Pelarasan

b)

Imbangan Duga

c)

Penyata Kewangan

d)

Imbangan Duga Terlaras

10.

Akaun berikut menunjukkan catatan lejar bagi satu urus niaga.


Prinsip manakah yang diamalkan?

a)

Usaha berterusan

b)

Pengiktirafan hasil dan belanja

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Ketekalan

11.

Perniagaan Yazmeen telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran belum dijelaskan sebanyak RM300.


Apakah konsep perakaunan yang dipatuhi?

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Usaha Berterusan

c)

Prinsip Kos

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

12.

Encik Thaqif seorang peniaga, telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan.


Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Thaqif?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

13.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Adam.


Encik Adam menggunakan kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai kenderaan bagi setiap tempoh perakaunan.


Apakah konsep yang diamalkan oleh perniagaan Encik Adam?

a)

Tempoh perakaunan

b)

Ketekalan

c)

Prinsip kos

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

14.

Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.


Kerja-kerja pemeriksaan dokumen perniagaan dan rekod kewangan dilakukan untuk mengesahkan rekod perakaunan adalah betul dan tepat.


Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

15.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada kitaran perakaunan yang betul?

a)
b)
c)
d)
16.

Pada 1 Januari 2018, Encik Amin telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2020, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip

a)

pemadanan

b)

Prinsip kos

c)

tempoh perakaunan

d)

wang sebagai ukuran

17.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Cik Fatin. Memulakan perniagaan menjual bunga pada 1 Mac 2020. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Cik Fatin?

a)

1 Mac 2020 hingga 1 Ogos 2020

b)

1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020

c)

1 Mac 2020 hingga 1 September 2020

d)

1 Mac 2020 hingga 30 September 2020

18.
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
a)
Sistem perakaunan
b)
Konsep perakaunan
c)
Kitaran perakaunan
d)
Prinsip perakaunan
19.
Sistem catatan bergu  dikenali juga sebagai
a)
Kaedah Kitaran Perakaunan
b)
Kaedah perakaunan kos
c)
Kaedah simpan kira
d)
Kaedah Venice
20.

Yang berikut adalah contoh perniagaan milikan perkongsian KECUALI

a)

Crystania Enterprise

b)

Rene and Sister

c)

Thalhah & Rakan-rakan

d)

Zhi Ping Bersaudara

21.

Encik Luth telah merekodkan kadar bayaran RM2 300 dalam penyata kewangan termasuk bil elektrik untuk bulan Disember yang belum dijelaskan sebanyak RM500.

Apakah prinsip perakaunan yang diamalkan oleh Encik Luth?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan andaian usaha berterusan?

a)

Perniagaan akan terus berkembang maju

b)

Peniaga akan terus berusaha meningkatkan prestasi perniagaan

c)

Perniagaan akan beroperasi untuk suatu jangka masa yang tidak terhad

d)

Peniaga akan terus menambahkan modal untuk meneruskan perniagaan

23.

Bentuk organisasi perniagaan manakah yang mempunyai liabiliti terhad?

a)

Kedai Buku Eiman

b)

Pasar Segar Alysha

c)

Klinik Amirul dan Asyraf

d)

Syarikat Iwana Berhad

24.

Antara berikut, yang manakah pengguna luaran penyata kewangan?

a)

Pihak pengurusan

b)

Pihak bank

c)

Pekerja

d)

Pemilik perniagaan

25.

Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada kitaran perakaunan. Apakah A?

a)

Lejar

b)

Buku Catatan Pertama

c)

Pelarasan

d)

Catatan Penutupan

26.

Gina Enterprise membeli sebuah kenderaan dengan harga RM350 000 pada 1 Januari 2016. Penilaian yang dibuat pada 1 Januari 2021 menunjukkan nilai pasaran kenderaan tersebut adalah RM175 000.

Berapakah nilai kenderaan dalam penyata kewangan?

a)

RM125 000

b)

RM175 000

c)

RM350 000

d)

RM525 000

27.

Syarikat Mirza Berhad menggunakan kaedah penilaian semula untuk mengira susut nilai aset bukan semasa bagi setiap tempoh perakaunan.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh syarikat tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

28.

Apakah tujuan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) ditubuhkan?

a)

Mengendali latihan dan peperiksaan bagi profesion perakaunan

b)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

c)

Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan

d)

Melatih akauntan dan juruaudit bertauliah

29.

Luca Pacioli diberikan gelaran Bapa Perakaunan kerana beliau telah memperkenalkan ..........

a)

buku Matematik.

b)

rekod perakaunan.

c)

peraturan perniagaan.

d)

sistem catatan bergu.

30.

Puan Mega mengambil RM500 daripada perniagaan untuk membayar yuran kelas piano anaknya dan tidak direkod sebagai ambilan.

Apakah andaian atau prinsip yang tidak dipatuhi oleh beliau?

a)

Prinsip kos

b)

Entiti berasingan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

31.

Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?

a)

Liabiliti pemilik terhad

b)

Modal disumbangkan oleh pemilik

c)

Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan

d)

Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya

32.

Berikut ialah ciri organisasi perniagaan.


Maklumat yang manakah benar?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Kitaran Perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun.

a)

BETUL

b)

SALAH

34.

Apakah ciri kualitatif yang menepati pernyataan berikut?

a)

Kebolehsahan

b)

Kebolehfahaman

c)

Kebolehbandingan

d)

Pemasaan

35.

Kod Etika Akauntan Profesional:

a)

Kompetensi

b)

Integriti

c)

Kerahsiaan

d)

Objektiviti

36.

Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku

Tunai Runcit merupakan ..........

a)

BUKU CATATAN PERTAMA

b)

IMBANGAN DUGA

c)

PELARASAN

37.

PENYATA KEWANGAN terdiri daripada ....

a)

IMBANGAN DUGA

b)

AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI

c)

PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

38.

Berikut merupakan Buku Catatan Pertama (BCP) KECUALI

a)

Lejar

b)

Buku Tunai

c)

Buku Tunai Runcit

d)

Jurnal

39.

Proses memeriksa dokumen perniagaan dan rekod akaun supaya BETUL dan TEPAT, ia merujuk kepada ..

a)

Pengauditan

b)

Percukaian

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

40.

Mengira Untung atau rugi perniagaan pada akhir tahun kewangan . Apakah kitaran perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Penyata Kewangan

b)

Catatan Penutupan

c)

Pelarasan

d)

Imbangan Duga