NEW
Font size
WorksheetsCTU552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Total questions: 31
Worksheet time: 31mins
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Philosophy’?
A. Cinta terhadap ilmu pengetahuan
B. Cinta terhadap nilai-nilai kemanusiaan
C.Cinta terhadap keharmonian
D. Cinta terhadap keadilan
Pernyataan berikut adalah benar tentang falsafah KECUALI:
A. Berfikir secara menyeluruh
B. Berfikir secara kritikal dan radikal
C. Berfikir mengikut emosi dan perasaan
D. Berfikiran secara mendalam
Berikut merupakan impak rukun negara, KECUALI:
A. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
B. Memupuk sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat.
C. Menanam sikap bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi negara.
D.Mewujudkan masyarakat yang progresif dan konservatif.
Apakah tujuan diutuskan Rasul yang selari dengan matlamat pendidikan dalam Islam?
A . Menyampaikan wahyu
B . Menyempurnakan akhlak yang mulia
C. Menyampaikan khabar gembira bagi yang beriman
D. Mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat
Berikut merupakan aliran-aliran baru dalam falsafah KECUALI;
A. Falsafah teknologi
B. Falsafah timur
C. Falsafah metafizik
D. Falsafah alam sekitar
Kajian tentang asas, matlamat, sumber dan ciri-ciri ilmu pengetahuan merujuk kepada falsafah:
A . Ontologi
B. Aksiologi
C. Epistemologi
D. Estetika
Falsafah__________________menjawab persoalan-persoalan dasar dan memuaskan keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara.
A. Relativisme
B. Teoritikal
C. Insan kamil
D. Amali
Berikut merupakan cabang bagi Ontologi KECUALI:
A Metafizik
B Kemanusiaan
C Logik
D KosmologI
Kepentingan ilmu logik dalam memastikan akal berupaya membolehkan ia menerima ilmu pemikiran, KECUALI:
A. Memperkuatkan akal dalam menerima semua input yang ada
B. Membezakan proses berfikir yang benar daripada yang salah
C. Menajamkan akal fikiran dan membina kebenaran dalam berfikir
D. Memelihara akal daripada kesalahan dalam berfikir
Martabat ilmu pengetahuan dalam menjadikan kita percaya kepada hari pembalasan merupakan cabang ilmu?
A Ilmu naqli
B Ilmu syariat
C Ilmu aqli
D Ilmu fardu kifayah
Sesuatu rumusan yang dibuat daripada kajian yang bersifat KHUSUS kepada UMUM dinamakan.
A Induktif
B Deduktif
C Silogisme
D Falasi
Premis 1: Manusia adalah mamalia
Premis 2: Kucing adalah mamalia
Kesimpulan: Manusia adalah kucing
Stuktur hujah di atas merujuk kepada:
A. Logik Klasik
B. Logik Moden
C. Falasi Tidak Formal
D. Falasi Formal
Berikut merupakan pernyataan TIDAK BENAR tentang penciptaan manusia menurut pandangan pelbagai agama, KECUALI;
A. Kitab Bible menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Tuhan ialah daripada darah beku.
B. Tujuan manusia diciptakan oleh Allah dalam agama Islam ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagai hamba dan membuat kerosakan di bumi
C. Matlamat kehidupan manusia menurut agama Buddha ialah untuk mencapai Nirvana
D. Matlamat penciptaan manusia menurut agama Hindu ialah untuk mencapai Karma
Manusia sering mencari dua jenis persoalan dalam kehidupan seharian iaitu persoalan asasi dan persoalan sekunder. Berikut merupakan persoalan-persoalan asasi KECUALI:
A. Apakah destinasi selepas manusia mati?
B. Apakah matlamat manusia ada di dunia ini?
C. Bagaimana manusia nak membangunkan kehidupan manusia?
D. Dari mana manusia datang?
Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sesama insan. KECUALI:
A. Memelihara hal ehwal rumahtangga jiran
B. Membantu mereka yang memerlukan pertolongan
C. Sentiasa hormat menghormati tanpa mengira warna kulit
D. Menjalinkan hubungan sesama manusia
Berikut merupakan pernyataan TEPAT mengenai konsep insan kamil, KECUALI;
A. Umat Islam sepakat bahawa di antara manusia, Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia yang telah mencapai darjat kesempurnaan dalam hidupnya.
B. Insan kamil ertinya manusia yang sempurna.
C. Wajar untuk Baginda s.a.w dijadikan sebagai ikutan dalam segenap aspek kehidupan.
D. Insan kamil boleh dicapai sekiranya manusia megimarahkan bumi mengikut acuannya sendiri.
Joshua percaya kepada Tuhan
dan Joshua percaya bahawa Tuhan itu Esa. Joshua merupakan seorang yang
berfahaman...
A. Agnostisisme
B. Pluralisme
C. Monoteisme
D. Politeisme
X merujuk kepada perbincangan falsafah yang membahaskan mengenai hakikat kewujudan roh. X ialah...
A. Epistemologi
B. Aksiologi
C. Logik
D. Metafizik
Berikut merupakan cara untuk menjaga hubungan vertikal, KECUALI:
A. Menginsafi kebesaran dan keesaaan Tuhan.
B. Meyakini adanya balasan akhirat atas setiap perbuatan yang dilakukan manusia di dunia.
C. Menegakkan syariat agama dalam kehidupan.
D. Menjaga dan melindungi alam.
“Kita melihat sudu yang dimasukkan kedalam segelas yang berisi air dan kelihatan seolah-olah sudu itu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu. Sedangkan hakikatnya sudu itu tidak bengkok cuma kelihatan bengkok”.
Aliran X berpandangan deria atau pancaindera tidak semestinya memberikan gambaran sebenar dan memberi maklumat palsu:
A. Aliran rasionalisme
B. Aliran empirisisme
C. Aliran materialisme
D. Aliran idealisme
Kenyataan (idea) yang sepadan dengan situasi
yang berlaku merujuk kepada teori kebenaran_____
A. Teori kebenaran koresponden
B. Teori kebenaran Koheransi
C. Teori kebenaran pragmatik
D. Teori kebenaran idealisme
Dalam teori epistemologi terdapat dua aliran utama iaitu aliran empirisme dan aliran rasionalisme. Aliran rasionalisme mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperoleh melalui____
A. Intelektual
B. Pancaindera
C. Intuisi
D. Emosi
____________ adalah aliran pemikiran dan gerakan yang berjuang untuk menggantikan segala pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa.
A. Pasca modenisme
B. Modernisme
C. Sekularisme
D. Dualisme
Manakah antara berikut BUKAN kesan fahaman sekularisme terhadap umat Islam?
A. Masyarakat lebih mementingan pembinaan akhlak
B. Masyaraka lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengira kepentingan rohani
C. Masyarakat lebih mementingan pembinaan ekonomi kapitalis
D. Masyarakat mengutamakan perpaduan dan kesamaan
Antara berikut, apakah pernyataan BENAR mengenai ideologi relativisme?
A. Menerima kebenaran mutlak terutama dalam fahaman keagamaan.
B. Menafikan kebenaran relatif (relative truth).
C. Menolak kebenaran mutlak (absolute truth).
D. Agama Islam menerima ideologi relativisme ini.
Merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat tidak tetap dan tidak mutlak. Pernyataan ini merujuk kepada definisi apa? Pilih jawapan yang PALING TEPAT.
A. Modernisme
B. Relativisme
C. Sekularisme
D. Idealisme
Rene Descartes telah mengemukakan teori bahawa manusia terdiri daripada dua entiti yang berbeza : minda dan alam fizikal. Dikotomi ini merujuk kepada faham:
A. Monoteisme
B. Eurosentrisme
C. Antroponsentrisme
D. Dualisme
Penjajahan di Tanah Melayu telah membuka ruang yang besar untuk pihak kolonial menerapkan proses _____________ di Tanah Melayu.
A. Dekolonisasi
B. Sekularisasi
C. Islamisasi
D. Intervensi
Keluhuran perlembagaan bermaksud?
A. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan persekutuan dan perlembagaan kerajaan negeri.
B. Rakyat asing yang tinggal dalam Malaysia mesti mematuhi perlembagaan.
C. Tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan.
D. Menunjukkan bahawa semua rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang
Fahaman X berpandangan bahawa tuhan itu tidak wujud. Apakah fahaman yang mewakili X?
A. Teisme
B. Agnostisisme
C. Pluralisme
D. Atheism
Nyatakan jenis penghujahan berikut:
Premis 1: Semua manusia mempunyai jantung.
Premis 2: Adlina seorang manusia.
Kesimpulannya Adlina mempunyai jantung.
A. Induktif
B. Deduktif
C. Abduksi
D. Heuristik
