WorksheetsPEPATAH DAN BIDALAN
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Disebabkan seorang artis yang berperangai buruk, akhirnya semua artis dipandang serong oleh masyarakat ibarat _______________________
berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati
sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
Sikap yang ditunjukkan oleh Zamri wajar dicontohi. Walaupun sudah berjaya, dia tidak sombong dan lupa diri.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
di mana semut mati jika tidak di dalam gula
alang-alang berminyak biar licin
D air beriak tanda tak dalam
Setelah kemangkatan raja, Negara Kiambang itu diperintah oleh Sultan yang _________________ dan tidak pernah memikirkan nasib rakyat.
beraja di hati bersultan di mata
kalah sabung menang sorak
hangat-hangat tahi ayam
hidup dua mara
Walaupun saya bekerja di luar negara hampir 20 tahun dan hidup mewah, namun bagi saya, ___________________
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
bagaimana rupa begitulah bayangnya
cubit paha kanan paha kiri terasa
Kedatangan wakil rakyat itu ke rumah kami sangat dilalu-alukan, _____________
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
genggam bara api biar sampai jadi arang
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
kecil tapak tangan, nyiru ditadakan
Sofia sering menegur rakannya yang datang lewat ke sekolah sedangkan dia pun sama, ______________
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
Jika hendak mencari kawan, carilah yang setaraf dengan kita. Kata orang biarlah ______________
genggam bara api biar sampai jadi arang
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
ayam terlepas tangan bau tahi
18 “Janganlah sesekali kamu bercerita tentang keburukan ahli keluarga kita kepada orang lain kerana __________________
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
buang yang keruh ambil yang jernih
menahan jerat di pergentingan
Hubungan Samat dengan kakaknya semakin pulih. Dia sedar berapa kakaknya amat menyayanginya.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
kalau tiada rotan, akar pun berguna
cacing hendak menjadi naga
Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berbeza, maklumlah _______________.
biar putih tulang jangan putih mata
orang mengantuk disorong bantal
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
Emak sering menasihati kami supaya berhati-hati semasa bercakap. Mulut hendaklah sentiasa menuturkan perkara yang baik-baik sahaja kerana ______________
mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih
sebab pulut santan binasa sebab mulut badan merana
rambut sama hitam, hati lain-lain
lain duduk lain ikannya
Pak Leman __________________setelah berjemur di tengah panas setelah 20 tahun mengejarkan sawah padi itu.
di mana bumi dipijak di situ langit dijinjing
orang mengantuk disorangkan bantal
air digenggam tiada tiris
alah bisa tegal biasa
Walaupun harga perabot yang dibeli oleh Puan Azura itu mahal tetapi tahan lama. Bak kata bidalan__________________
sebab pulut santan binasa sebab mulut badan merana
sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
alah membeli menang memakai
bertanam tebu di bibir
Penduduk di kampung saya masih mengamalkan _____________dalam menjalankan sesuatu pekerjaan seperti kenduri kahwin.
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
nasi sudah menjadi bubur
musang berbulu ayam
Kesilapan yang lalu itu tidak perlu difikirkan lagi, usah diulangi kesilapan yang sama kerana ______________
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
tidak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah
musang berbulu ayam
susu dibalas tuba
Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
ada sampan hendak berenang
adat juara kalah menang
ada rupa ada harga
ada gula ada semut
Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
belakang parang kalau diasah akan tajam jua
cacing hendak menjadi naga
didengar ada dipakai tidak
Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga
yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
genggam bara api biar sampai jadi arang
biar putih tulang jangan putih mata
Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangkan dia hanya seorang suri rumah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
jauhari yang mengenal manikam
cacing hendak menjadi naga
alah sabung menang sorak
air digenggam tiada tiris
Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
berani kerana benar, takut kerana salah
kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
kalau tiada rotan akar pun berguna
Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
malas menggerit, perut perit
hari tidak selamanya panas
indah khabar daripada rupa
Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
bagaimana acuan begitulah kuihnya
kalah jadi abu menang jadi arang
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
lembu punya susu, sapi dapat nama
rambut sama hitam, hati lain-lain
ringan tulang berat perut
